Tuesday, December 29, 2009

Muallaf - Realiti yang Cuba Dinafikan


Setelah lebih setahun tayangan perdana di Singapura, akhirnya Muallaf ditayangkan juga di Malaysia. Itupun kesan dari kematian Yasmin Ahmad, pengarah cerita ini. Kalau tidak, jangan harap.

Sungguh cerita ini penuh dengan mesej. Penuh dengan pengajaran yang kita cuba terapkan dalam matapelajaran Pendidikan Moral di sekolah-sekolah. Dan betapa kita gagal. Dan bila seorang pembikin filem mau menampilkan realiti ini di mata kita, kita menggelabah.

Tahun lepas, Muallaf ditayangkan selama 4 minggu di Singapura, mencatatkan jualan tiket yang lebih tinggi dari filem terbaik Yasmin, Sepet. Betapa orang luar lebih menghargai karya kita. Sedangkan filem ini sangat mengagungkan Islam, kenapa ia mendapat sambutan di negara yang didiami sebahagian besar orang bukan Islam? Fikir-fikirkan wahai minda masa depan.

Muallaf ialah cerita tipikal Yasmin Ahmad. Penuh mesej, tapi sukar untuk ditafsir. Ini tafsiran aku sendiri. Brian adalah watak yang telah berjauhan dengan ibunya dan agamanya (Katholik) kerna ayahnya yang terlalu tegas mendidiknya atas dasar agama. Namun setelah berjumpa Ani dan Ana yang tegar dengan Islam, Brian mula berubah. Tidak keterlaluan dikatakan Brian mendekati keluarganya adalah disebabkan Islam itu sendiri.

Secara tersirat, Yasmin cuba menyatakan keindahan Islam. Betapa Islam mampu menyatukan, mampu menakjubkan walau orang yang bukan penganut. Subhanallah.

Selain itu, Ani dan Ana juga selalu mengulangi verse dari Bible dan Quran. Ini mungkin antara adegan kontroversi filem ini. Ini sangat unik. Kerna ada orang pernah mengatakan pada aku, macam mana kita mau mempertahankan agama sendiri jika kita hanya tau agama sendiri dan malas membuka minda untuk mempelajari agama-agama lain?

Yasmin mengucup Sharifah Amani selepas adegan yang diibaratkan Amani antara adegan yang paling sukar. Note : Amani memanggil Yasmin ibu.

Secara ringkasnya Muallaf membuka mata kita untuk lebih sedar betapa pentingnya agama dalam hidup ini. Namun ada yang cepat menggelabah, tidak nampak sesuatu yang mereka tidak faham lantas mengatakan filem ini suatu yang keterlaluan.

Aku malas mereview cerita ini. Filem Yasmin mungkin bosan bagi sesetengah orang. Tak ada muzik, hanya kata-kata. Bagi aku filem Yasmin adalah inspirasi. Filem Yasmin adalah realiti.

Selepas ini, tiada lagi. Bolehlah orang kita tidur disaluti fantasi lagi. Dan mari menonton Pulau Asmara okay!!!!!

Fin.

Thursday, December 24, 2009

25 Disember

...ini mungkin entri paling panjang...

Apa signifikan tarikh ni dalam hidup setiap orang? Krismas? Cuti?

Aku tak tau la korang, tapi tarikh ni memang signifikan dalam hidup aku. Sebab? 25 Disember ni adalah ulangtahun kelahiran arwah ibu aku yang ke 55 jika dia masih ada. Ibu telah kembali ke rahmatullah pada 8 tahun lepas, tarikh 21 November 2001 jam 2.20 petang.

Apa signifikan entri ini pada aku? Apa signifikan entri ni pada mak aku?

Besar signifikan dia. Entri ini adalah tribute pada mak aku yang aku rasa mak yang paling hebat dalam dunia. Percayalah, tak akan ada gantinya.

Ayah atau aku lebih mesra memanggil pak adalah seorang yang garang dan tegas. Sangat. Mak pula seorang yang penyayang. Kerap dirotan, pasti aku berlari ke arah mak. Tipikal. Setiap anak kecil macam tu. Sebab aku tau marah macam mana pun mak pada aku, mak tak akan pukul aku. Sayangnya dia pada anak-anak dia. Mungkin itulah keseimbangan suatu famili. Betul?

Pernah aku ponteng kelas mengaji. Aku tipu mak dengan alasan atok (atok yang mengajar aku mengaji dulu) sakit perut. Petang itu mak pun mau pergi menziarah atok. Aku gelabah. Kantoi. Menangis aku seorang depan mak. Mak senyum dan berkata " Malam ni pak ang tau, habis la". Reaksinya, lagi kuat aku menangis. Malam tu mak beritahu pak sambil tersenyum. Pak pun tersenyum. Selamat.

Pernah juga aku dihadapkan ke badan disiplin sekolah sebab aku menggunting blazer seorang pengawas dengan tidak sengaja. Guru disiplin mau ibu bapa datang esok. Teka dengan siapa aku beritahu? Ya, pastinya dengan mak.

Satu lagi peristiwa yang membuatkan aku tak lupa. Semasa kecil aku suka tengok gusti. Satu hari aku pergi ke pasar sehari di rumah (orang Perlis panggil nat). Aku nampak baju yang aku minat. Tapi aku mana ada duit. Aku cakap pada mak. Mak beri duit. Kata-kata mak yang membuatkan aku sebak setiap kali aku ingat sampai ke hari ni "Biarlah, dia tak pernah minta apa-apa pun sebelum ni". Sungguh. Aku tak perlu cakap. Aku memang sayang mak.

Setiap minggu ada nat. Mak mesti pergi. Berjalan seorang membeli barang dapur. Setiap minggu mak akan bawa balik laksa. Sebab dia tau itu kegemaran aku. Betapa aku menyesal aku tak pernah mengucapkan terima kasih setiap kali mak membelikan aku laksa. Sampai hari ni, aku masih akan ke nat membeli laksa untuk diri sendiri. Mungkin itu satu cara untuk aku tunjukkan yang aku masih mengingati mak aku.

Dulu mak selalu tak sihat. Dan aku sangat takut. Bercita-cita untuk jadi seorang doktor atas alasan mau menolong mak. Tapi aku tak sempat.

Hari 21 Disember 2001, mak pergi tak kembali. Aku berusia 14 tahun masa tu. Tapi hari tu aku menangis. Menangis sekuat hati. Tak ada siapa yang mampu pujuk. Anak lelaki mak tapi dalam usia yang sedemikian apa saja yang boleh aku buat. Aku hanya mampu menangis. Sepupu aku memujuk, 'life must go on'. Betul. Tapi life will never be the same.

Memang. Memang ini suatu dugaan. Memang ada yang menghadapi dugaan yang lebih teruk. Dan memang aku tak patut merungut, tapi sungguh aku rindu.

Kerap aku mendengar kawan-kawan bercerita mau pulang ke rumah jumpa mak. Mak maki sebab result teruk lah. Sembang dengan mak pasal boyfren/girlfren lah. Mak panggil balik jaga adik lah. Mak suka nyakat lah.

Banyaklah.

Dan sumpah aku jeles. Dan bila ada penceritaan sedemikian, aku terdiam dan tersenyum hipokrit. Seronok dan sebak dalam satu masa.

Aku bukan lelaki yang mampu meluahkan segala isi hati (trait yang aku perolehi dari ayah aku), tapi dalam hal ni aku sedar. Aku memang rindu. Dan aku memang tak bersedia untuk semua ini.

Aku tak mungkin pandai menulis sesuatu untuk mak. Hanya ini yang mampu aku ungkapkan. Maaf, tak ada gambar mak dalam bentuk digital. Esok aku tulis lagi tentang mak aku. Aku tak memaksa kamu membaca. Aku menulis kerna ini saja ruang luahan aku.

Esok 25 Disember 2009. Orang lain sambut Krismas. Bagi aku, aku akan menyambut ulang tahun emak aku yang ke 55 jika dia masih ada. Dan aku harap kalau dia masih ada dia boleh tersenyum.

"8 tahun tanpamu bukanlah suatu perjalanan yang mudah"

Hargailah apa yang kamu ada kerna kamu tak akan tau bila kamu akan kehilangannya.

Fin.

Wednesday, December 23, 2009

Gadis dari Sungai Petani Eps 6

Dah 2 minggu perempuan tu tinggal di rumah aku. Aih, tak ada sindrom yang menunjukkan dia akan berambus pun. Aku nak halau, tak sampai hati pula. Tapi biarlah. Sekurangnya, ada pembantu rumah percuma. Bila aku tak ada di rumah, dia akan mengemas dan memasak untuk aku. Bezanya, aku tak payah memberikan gaji pada perempuan tu.

Dan dalam 2 minggu ini juga, aku langsung tak tau nama perempuan tu. Lagipun bukan dia ingat. Memang menyusahkan bila mahu panggil dia. Asyik-asyik dengan 'hoi, hei, wei'. Tapi kalau diadakan poll aku paling kerap memanggil dia hoi. Kalau aku mau panggil dengan nama-nama ciptaan sendiri seperti Yati, Melur dan Kathy rasanya agak keterlaluan pula. Jadi buat masa sekarang, aku kekal dengan hoi.

Hari demi hari berlalu, perempuan ni makin buntu untuk cari identiti dia yang asal. Kadang-kadang ada juga dia keluar pergi Pudu dan tempat aku jumpa dia. Tapi hasilnya hampa. Balik muka muram macam itik. Ada pula masa untuk aku pujuk.

Dan aku masih lagi dengan aktiviti riadah aku. Berekreasi di disko, minum air pemberi tenaga seperti Carlsberg dan Heineken, tak lupa juga bersenam bersama gadis-gadis bandar ni. Tapi cuma kali ni aku tak bawa balik ke rumah. Aktiviti aku dihadkan hanya di rumah gadis-gadis tersebut atau hotel-hotel murah di pinggir bandar. Gila, kalau gadis kota ni jumpa perempuan tu, tak ke jatuh saham aku nanti?

Hidup aku kian menguntungkan. Mungkin perempuan tu bawa tuah pada aku. Mungkin.

...........................................

Hinggalah hari tu. Aku tak tau. Hari yang paling indah atau malang dalam hidup ini. Hari tu aku dinaikkan pangkat.

Ya, aku masih ingat. Hari tu hujan renyai-renyai membasahi bibirku yang tersenyum lebar ni.

Bersambung...

Monday, December 21, 2009

Pan's Labyrinth : Kisah Fantasi Realiti Tragis

Rasanya gua tengok cerita ni masa gua first year. Gua balas DVD kawan gua, Eddy. Dia tak kisah pun, dia lagi suka kalau orang tengok cerita-cerita fairy tale ni, jadi sekepala ah dengan dia. So gua expect cite ni cerita fairy tale ala-ala Narnia ah, masuk kua almari camtu.

Sekali gua tengok, terus gua sentap. Hati gua ni bagai dikoyak-koyak walaupun gua tak menitiskan air mata. Walaupun cerita ni diucapkan dalam kalimah Sepanyol, tapi gua terharu gila tengok cerita tu.

Gua malas nak cerita sinopsis, korang boleh tekan google dengan kudrat korang sendiri rasanya. Korang juga boleh buka wiki untuk mengetahui betapa cerita ni mendapat standing ovation di Cannes Festival selama hampir setengah jam. Okay, kalau korang tak tau kualiti Cannes, korang memang diisytiharkan oleh gua skema.

Cerita ni telah memasukkan unsur-unsur realiti dan fantasi dalam satu adunan yang menarik. Korang boleh tengok makhluk yang pelik tapi unik dalam cerita ni. Korang boleh tengok adegan pecah kepala. Korang boleh tengok adegan yang menyayat hati.

Gua tak tau macam mana mau puji cerita ni, tapi gua rasa cerita ni adalah antara cerita yang paling bagus gua tengok sepanjang hayat gua. Dengan ending dia memang akan membuatkan orang yang berhati tisu seperti Say O dan Pejal menangis teresak-esak.

Dan lagu ni memang mendatangkan kesan pada gua. Gua tak berani dengar malam-malam kalau sorang ni, nanti gua rasa sedih.



Dua kali buat FTS gua pakai lagu ni. Gua harap FTS yang akan datang pakai lagi lagu ni. Wahahahaha!!!

Kalau gua boleh bagi bintang, gua akan bagi tahi bintang kat cerita ni. Sebab filem-filem lain semua dapat bintang so gua bagi tahi bintang, susah nampak kan?

p/s : tengok la cerita ni kalau korang suka berangan, tengok la cerita ni kalau korang rasa hidup korang membosankan..

Fin.

Saturday, December 19, 2009

Mr 2 Bon Clay : Watak Sampingan Penting


Hanya untuk peminat-peminat One Piece. Disebabkan post yang sebelum ini adalah terlalu serius, maka aku mengambil keputusan untuk menulis post yang lebih santai.

Mr 2 Bon Clay@Bon Kurei. Dia muncul dalam manga dan anime One Piece sebagai kawan, kemudian menjadi musuh dan akhirnya menjadi kawan kembali. Tiada watak jahat dalam One Piece yang kembali dan memberi impak seperti dia setakat ini.

Jadi, apa yang menariknya watak ini. Satunya dia adalah pondan, satu-satunya pondan dalam One Piece. Dia juga merupakan satunya Officer Agent Baroque Works yang tak punya partner disebabkan kepondanan beliau, kerna dikatakan beliau sudah memiliki trait lelaki dan perempuan dalam diri.

Keunikan dia juga ditambah kerna di antara watak yang kuat dalam One Piece tanpa menggunakan kuasa Devil Fruit. Dia hanya menggunakan kuasa Devil Fruit untuk menipu lawan (Mr 2 berkeupayaan untuk menukar rupanya menjadi sesiapa saja yang pernah disentuh). Kekuatan dia adalah Okama Kenpo yang berjaya mencederakan Sanji. Oh, bounty dia hanya 32juta sedangkan bounty Mr 3 adalah 50juta, tapi kekuatannya masih menandingi Mr 3.

Jadi kenapa watak Mr 2 sangat penting? Well, aku percaya tanpa Mr 2, Luffy tak akan menjadi kuat seperti sekarang.

Kali pertama Mr 2 menyelamatkan Luffy adalah ketika di Arabasta, dia telah mengumpan Hina demi membiarkan Luffy terselamat. Kali kedua ketika di Impel Down, dia membawa Luffy bertemu Ivankov untuk merawat Luffy yang sudah nyawa-nyawa ikan pada masa tu. Tidak dilupakan juga dia sendiri juga nyawa-nyawa ikan setelah bertarung dengan Unit Serigala di Impel Down. Dan yang paling hebat dia sanggup ditinggalkan di Impel Down demi membiarkan Luffy, Jinbei, Crocodile dan Buggy melepaskan diri atas alasan persahabatan.

Percayalah, tanpa Mr 2, Luffy tak akan sampai di Ibu Pejabat Marine. Tanpa Mr 2 juga Luffy tak akan berjaya sampai kepada Ivankov, Jinbei dan Crocodile. Keunikan Mr 2 disebabkan dia telah membuat comeback sejak Arabasta dan mampu meninggalkan kesan kepada peminat One Piece.

Dan setiap kali dia muncul, pengorbanan yang agung akan disusuli. Dia telah dianugerahkan sebagai watak One Piece yang ke-21 paling popular.

Dia dikatakan telah mati setelah bertarung dengan Magellan di Impel Down.

Selain watak utama One Piece, dia layak meninggalkan kesan mendalam kepada peminat.

p/s : tulis pasal One Piece. agaknya memang dah tak ada benda mau tulis kan? lihat lagi biografi Mr 2 di [sini]

Fin.

Thursday, December 17, 2009

Suka-suki di Maal Hijrah


Lima bulan lalu adalah kali terakhir gua tulis pasal bola sepak Malaysia di [sini]. Itu masa mereka kalah 2-3 dengan MU. Hari ini gua tulis lagi. Sebab apa? Sebab hari ini sejarah tercipta lagi.

Gua tak tau la, kalau sebut ja pasukan bola sepak Malaysia. Pasti gua terbayang harapan yang menggunung yang tinggal harapan saja. Berapa kali mereka memberikan kita sinar, yang kononnya mereka adalah pasukan yang akan membawa kembali kegemilangan Malaysia. Tapi di saat akhir, terkandas jua. Ingat lagi Pesta Bola Merdeka yang terbaru ni?

Kali ni K Rajagopal membawa skuad U-23 yang dah cukup sinonim dengan beliau. Dan dari pemerhatian gua pada penulisan gua 5 bulan lalu, gua rasa mereka ada peluang. Entah kenapa, tapi itulah yang gua rasa. Mungkin sebab mereka masih muda dan mungkin sebab mereka kenal dengan jurulatih. Tak lupa juga K Rajagopal juga merupakan seorang jurulatih yang tak pernah menjanjikan apa-apa. Itu gua suka.

Gua terkilan melihat mereka dibaham Vietnam pada peringkat kumpulan. Tapi mereka berjaya membuatkan gua menoleh dengan keputusan 2-1 menentang Thailand yang mana gua tak pernah anggap sebagai suatu benda yang mampu dilakukan. Gua silap. Gua silap besar.

Petang tadi gua tengok mereka masuk ke padang dengan gah. Menyanyikan lagu Negaraku dengan bersemangat. Dan mereka bertempur macam wira tadi. Itulah Harimau Malaya.

Gua tak expect Malaysia akan menjadi segarang itu. Separuh masa pertama agak hambar, tapi datang saja separuh masa kedua, penyokong Vietnam yang merangkumi 2/3 stadium terdiam melihat kegarangan Malaysia. Malaysia boleh skor 2,3 gol sebelum gol pembukaan di minit ke 80.

Gol tu tak adalah cantik. Tapi gol itu yang membawa perasaan 20 tahun lalu. Perasaan juara. Pasukan ini masih muda, jika dipupuk dengan betul siapa tau apa lagi yang boleh digapai. Jika bersih dari mainan politik, gua yakin Malaysia mampu menjadi lebih maju.

Buat masa ini, cukuplah dengan gelaran juara Sukan SEA. Siapa tau langkah seterusnya adalah Piala Dunia?



Syabas Malaysia, pemenang pingat emas Sukan SEA acara bola sepak lelaki edisi ke 25!!

Fin.

Malaysia vs Vietnam : Sejarah Tercipta?

Usain Bolt, Michael Phelps dan Argentina. Tiga nama ini disebut dalam 1 nafas pada Sukan Olimpik lalu. Phelps dengan kejayaan merangkul 11 pingat emas, Bolt dengan kepantasan kilat mencatatkan 3 rekod dunia. Dan Argentina kerna berjaya memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki.

So, bila Malaysia layak ke Final untuk berentap dengan Vietnam pada esok hari satu euphoria kembali ke Malaysia. Wah, pasukan negara berentap dalam final Sukan SEA, dah lama kita tak dengar kan?

Di saat ini juga semakin ramai orang menjadi fan FAM di dalam Facebook, mangsa terbaru adalah sahabat gua, Pejal. Buat rakyat Malaysia, itulah sokongan mereka kerna mereka tak mampu nak terbang ke Laos, nak menjerit anak tekak menyokong pasukan negara.


1st step Sukan SEA, next year gua nak menang World Cup lak-K. Raja gopal yang cuba menafikan realiti.

Untuk pasukan Malaysia, apa saja yang boleh dibuat sudah dibuat. Mengalahkan Thai dan Laos bukanlah suatu benda yang mudah. Rasanya Malaysia melalui perjalanan yang lebih sukar dari Vietnam untuk ke final ibarat kena mendaki gunung berapi 18 tingkat dulu, manakala Vietnam pula diibaratkan menaiki kereta cable naik ke puncak.

So sekarang masing-masing dah sampai kat puncak. Dah sampai puncak kena ah gocoh kan? Seperti mana yang gua baca dalam suatu blog, kemenangan dah memang milik kita sebab pemain Malaysia lagi handsome.

So, gua expect Malaysia menang. Gua harap Malaysia menang.

Tapi selalunya harapan tinggal harapan je kan?

Fin.

Tuesday, December 15, 2009

Festkum : Satu Konklusi

Baru sehari aku menaip berkenaan kontroversi malam semalam, sudah ramai yang memberi komen. Sudah banyak kata-kata yang dilemparkan, sama ada betul atau salah sama-samalah kita tafsirkan sendiri. Aku bukan pandai menilai dikir barat, akustik mahupun tarian india. Jadi aku tak pasti sama ada yang hak yang beroleh pingat pada malam itu. Tapi aku hargai komen yang aku terima.

Aku menulis semalam, aku akui berdasarkan amarah yang tinggi. Aku bukan jenis yang mahu berlagak sombong. Sedangkan bukan atas jasa aku seorang kami beroleh juara. Aku tulis kerna mau membalas cacian yang aku kena pada malam semalam. Mungkin kata-kata aku nampak arrogant, tapi ya, memang aku tulis sebab aku ego. Dan harap maaf, mungkin amarah lebih mengaburi entri semalam.

Aku sudah agak isu biased akan dijadikan sebagai pertaruhan. Baiklah, buat IPT yang rasanya layak untuk menang, aku mau tanya. Dengan bersikap seperti semalam, adakah anda memburukkan UKM atau memburukkan IPT anda sendiri? Kalau ya sekalipun kami menipu, kenapa perlu berlagak sedemikian dalam majlis rasmi seperti semalam? Maaf kalau aku katakan aku kesal kerna universiti yang terlibat sebagai tuan rumah yang berlagak seperti itu. Walhal IPT lain yang datang dari jauh, yang rasanya turut teraniaya, mengamalkan konsep lebih diplomatik dan sopan.

Bukan aku mau mengeji IPT saudara/i, tidak sama sekali. Aku cuma mau kamu semua memikirkan kesan dan akibat kejadian semalam. Yang buruk namanya siapa? Kamu sendiri bukan? Dan apa hasil dari sikap anda semua itu? Apa keuntungan yang anda peroleh?

Aku tak tau mengenai dikir, aku dah dengar mengenai pelbagai kontroversi. Pantun, aku rasa terhina apabila ada yang mengatakan kami mengubah syarat untuk menang walhal pertandingan lain turut kami juarai dalam apa syarat sekalipun. Dan boria, sudah malas aku mau jelaskan. Mungkin bukan rezeki aku(itu aku sedar dari malam show lagi) dan USM. Dan rasanya ada medium lain yang boleh anda hubungi jika dakwaan anda berasas.

Mahasiswa, bangunlah. Entri ini bukan untuk provokasi. Tetapi mau menyedarkan anda. Anda semua adalah bakal pemimpin tapi malangnya semalam, anda telah menyamakan diri anda dengan mat-mat rempit di Dataran Merdeka.

Mungkin benar UKM tak layak menang. Tapi kalau kita boleh selesaikan secara lebih bertamadun rasanya pasti lebih baik kan? Lagipun penilaian juri siapa yang tau.

Sudahlah. Aku bukan mau mulakan pergaduhan tapi hanya mau jernihkan keadaan. Yang sudah tu sudahlah. Aku maafkan kamu yang boo kami, dan aku jua mohon maaf pada semua yang merasakan kami tak layak menjadi juara walaupun aku tak tau langsung mengenai hal ini.

Aku berharap dapat berjumpa lagi dengan kamu semua pada mana-mana festival seni yang akan datang. Dan pada masa itu, aku harap kita boleh sama-sama bangun dan berjabat tangan.

Maaf jika ada yang terasa. Sekali lagi, entri ini bukan berbentuk provokasi.

Fin.

Monday, December 14, 2009

Eh, Ini Pertandingan Boo ke??

Maka jam 11.30 tadi berlabuhlah sudah acara FEStKUM (Festival Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia). Acara pembukaan di UKM, gah kata mereka yang hadir. Jadi UM pun cuba menandingi pembukaan dengan penutup yang sama gah.

Syabas. Cubaan yang baik. Mungkin ada yang tak betul, tapi tiada insan yang semuanya betul. Kita semua masih belajar. Syabas, aku kagum dengan kesungguhan urusetia dari UM.

Tapi barangkali kalau aku mau menegur pun, mungkin dari segi backdrop pentas. Agak kurang tepat. Majlis Penutup FEStKUM yang dilabel mungkin boleh diganti dengan Acara 'Boo' IPT yang Lu Tak Suka Secara Tak Bertamadun Bersama Rakan-rakan.

Tema FEStKUM kali ni 1Malaysia, mungkin mau menerapkan prinsip ini dalam diri setiap pelajar IPT. Syabas buat pihak penganjur, misi ini gagal sama sekali!

Kontinjen UKM di'boo' oleh sesebuah kontinjen yang konon hebat dari mula majlis. Tak tau mana salah. Tak tau mana tak betul. MC sebut nama UKM, mereka mau 'boo'. Oh, seperti kawan-kawan yang mereka bela di ladang itu kan? Patut la IPT kamu penuh haiwan tersebut setiap kali gua melintas mau ke Mines.

Gua tak nafikan, UKM juga membalas selepas itu. Tapi, come on la beb, anak jantan kan? Apa lagi yang boleh kita buat setelah tempat kita menuntut ilmu diinjak-injak seperti itu? Apatah lagi kalau kita tidak berbuat apa untuk menerima itu semua? Pasti kau membalas kan? Maaf. Senyap bukan cara aku.

Sehingga kami ditenangkan oleh pegawai, mereka masih mengejek-ejek. Walhal kami menang pingat emas, mereka apa pun tak ada. Barangkali cuba menambat hati penganjur untuk mengadakan pertandingan 'boo', yang sah-sah mereka menang. Aku mengaku kalah dari awal!

Dah, kalau aku mau mengeji kau, sampai esok pun tak habis. Summary malam ini adalah seperti berikut, kau 'boo' kami dari jam 9 hingga 11 malam. Keputusan akhir :

Gangsa : UPM
Perak : UiTM
Emas : UKM

Maaf, 'boo' kau tak menarik perhatian juri pun. Maaf. Sekuat mana pun 'boo' kau, kau masih kalah. Kami menang.

Kau 'boo' lah sampai keluar anak tekak. Aku hanya perlu bisik ini pada kau. UKM juara.



Nak 'boo' lagi??


Fin.

Friday, December 11, 2009

Gua Tak Perfect

*ceh*

Gua bukan pernah minta untuk jadi sempurna.
Gua bukan pernah ingin untuk jadi sempurna.
Gua bukan pernah ingin dipuji sempurna.

Namun.

Ketaksempurnaan gua la yang membuatkan gua menyakitkan orang.
Ketaksempurnaan gua la yang menyebabkan orang tak suka gua.

Entah apa lagi yang mampu gua buat.

p/s : merindui orang-orang itu yang kerap menjadi tempat gua mengadu...

Fin.

Wednesday, December 9, 2009

Bacaan Doa Pagi

"Bacaan Doa pagi" diketuai oleh Yeh. Dan bergegas menaiki bukit ke dewan makan untuk menyantap roti canai yang separuh besar dari roti canai yang saiznya hanyalah separuh dari apa yang mamak-mamak al-Fareez mampu bagi. Itu semua selepas bacaan al-Mathurat dan kuliah Subuh oleh Herr Karim.

Itulah rutin harian Jumaat gua selama 2 tahun.
Itu 5,6 tahun dulu.

(Sebab apa hari Jumaat? Suka hati gua ah!)

And how things have change.

Gua sekarang dah boleh bangun pagi. Tak perlu lagi dikejutkan oleh besi kontot Herr Karim. Peh, kalau lu dengar, lu tau sendiri lah. Sampai sekarang pun gua tak mampu cari bunyi yang sekuat bunyi tu. Dan sampai sekarang juga gua bingung macam mana besi kontot tu boleh keluarkan bunyi sekuat itu. Gua juga bingung mana la tempat dia simpan besi kontot tu, sebab gua dan rakan-rakan cuba cari dan sembunyikan tapi gagal.

Dulu gua pemalu. Tak percaya tanya la kawan sekolah gua. Gila pemalu. Kalau ada gua nampak perempuan dalam dewan makan gua terus nyamar jadi abang kerja dewan makan. Gua ingat lagi, gua kena hadiahkan purse warna cream(kalau tak silap) kat kawan perempuan sebagai 1 aktiviti form 5. So nak tak nak kena ah bincang dengan awek tu apa dia nak, berapa harga dan apa nak sebagai balasan. Perbualan dia macam ni ah lebih kurang,

Awek : Eh, Nazrin. Erm, kita kena tukar adiah kan?
Gua : Eh, yeke? Erm, oh ok. Apa yang lu nak?
Awek : Erm, tah la. Nazrin?
Gua : Gua cool je. Gua kan gentleman, lu ah cakap dulu.
Awek : Ok. Leh bagi saya purse warna cream?
Gua : Oh, tak ada masalah. Lu jangan risau la.
Awek : Thanks. Nazrin nak apa?
Gua : Sekadar tengok lu senyum ja dah cukup untuk gua.

(Ok. Ayat di atas semuanya hiperbola. Ini perbualan sebenar.)

Awek : Nazrin, nak bincang pasal hadiah leh?
Gua : Ok.
Awek : Erm, kalau aku nak purse warna cream leh?
Gua : Ok.
Awek : Ang nak apa?
Gua : Jam tangan cukup ah.
Awek : Ok. Ada apa-apa lagi?
Gua : Tak.

Pastu sampai habis sekolah gua dah tak cakap dengan dia. Gua segan ah beb! Lu bukan tak tau gua ni senang blushing!

Dulu juga status pelajar skema bagi je ah kat gua. Dulu gua bukan pandai sangat, tapi sekadar Add Math gua kira pakai bulu kaki gua jer. So gua bukan dalam kelas P dan S yang diterajui oleh set-set yang boleh buat Add Math sambil tidur ja. Dan gua pun buat kerja last minit gak ah. Dan selalu juga kerja rumah gua jadi bahan rujukan yang tak sempat gua patenkan. Ada kawan gua siap minta tunjuk ajar gua lagi. Gila betul. Nasib baik awek.

Dan gua gila tegar. Masih ingat lagi, dulu gua kena masuk dorm rumah sukan lain. Tapi rumah sukan tu tak kuat mana pun. So gua decide gua walaupun gua blok Merbau, gua nak stick dengan rumah sukan gua, Angsana. Sebab rumah sukan gua ada Tok Led, yang bermata sepet dan mampu berlari laju dan sekarang ni dah jadi pilot dah pun. Gua bajet dalam 2 tahun setengah lagi dia akan jadi orang Malaysia pertama sampai ke bulan. Syabas buat orang bermata sepet! Oh, berbalik pada cerita. Dan seperti mana dijangka, gua dikeji lah oleh sahabat rumah Merbau sebab gua bukan rumah Merbau. Tapi gua tegar juga. Gua kena paksa tukar rumah sukan. Gua taknak. Sebab apa? Sebab gua expect sesuatu. Gua expect Angsana menang. Gua betul. Wahahaahahhaaaha~~~

Itu gua yang dulu. Dulu gua baik, sekarang gua naughty. Dulu gua skema, sekarang gua pemalas nak mampus! Dulu gua pemalu, eh, tapi sekarang pun gua pemalu juga. At the end of the day, my past built myself and thus my future.

Gua tak expect budak Saina akan baca ni. Tapi just for the sake of writing, ini satu kenyataan. Kalau gua bukan di Saina dalam tahun 2003 dan 2004, maka mungkin gua bukan di sini pada 9 Disember 2009.

p/s : jangan tanya kenapa gua minta jam...gua pun pelik, patut gua minta no talipon rumah dia, macam [sini]...

Fin.

Sunday, December 6, 2009

Cerita Pukul 2.27 pagi, Hari Ahad

Hari ini hari Ahad. Pakcik-pakcik yang berkemeja kolar dan bertali leher akan membasuh uniform tersebut pada hari ni. Kecuali pakcik yang memandu komuter, terpaksa juga berkorban untuk remaja masa kini yang ingin buang masa di Midvalley.

Bagi gua, aksesori katil dan bantal yang sering gua aplikasikan di setiap hari minggu sudah tak dapat gua praktikkan lagi. Hari ini pukul 9.30, gua diskusi, sekarang 2.34 gua tak tidur lagi. Biarlah, gua memang suka bajet diri gua hebat walaupun gua tau alarm henset gua tak akan gua endahkan sepertimana gua endahkan dendangan lagu Siti Nurhaliza dari bilik sebelah jam 7 pagi tadi.

Hari Ahad adalah hari yang baik untuk melakukan aktiviti yang sudah sekian lama gua tangguh, seperti tesis. Hari Ahad juga hari yang baik untuk berbincang projek yang akan dihantar esok. Hari Ahad juga hari yang baik untuk menyambut kemenangan Arsenal ke atas Stoke dan keserian Liverpool ke atas Blackburn.

Jika pakcik berkemeja kolar putih itu menanti ketibaan hari Ahad, maka gua tak rasa hari Ahad gua lain dengan hari yang lain. Ahad masih sekeping hari, lainlah kalau hari Jumaat. Hari Jumaat memang gua rasa lain sebab gua kena pergi masjid pada hari Jumaat.

Tensi gua pada hari Ahad ni.

Gua menantikan 11hb Dis. Dah hantar tesis dan semua assigment, kelas semua dah habis. Kalau ada yang nak spoil tarikh itu untuk gua, silakan. Tapi jangan pelik bila nampak gua naik brutal nanti.

Kawan gua patah tulang rusuk sebab nampak gua naik brutal. Oh, gua tertekan sebenarnya, banyak kerja. Sebab tu gua menulis. Hilang tensi gua sikit.

Gua akhiri entry gua dengan kata pepatah peribahasa gua,

"Tak guna ada hardisk baru yang beli di pcfair kalau dalam tak ada isi apa-apa, terutamanya episod One Piece terbaru"

p/s: entry merapu release tensi.

Fin.

Thursday, December 3, 2009

No Point

Rasa mau menulis Gadis dari Sungai Petani lagi...
Tak mengharapkan ada yang membaca..
Cuma mau habiskan apa yang dah dimulai...
Dan mau buat skrip kisah ini jika mampu...

My First Love Story

p/s : cuba menghasilkan karya love story yang setanding new moon. gila! mana ada vampire di sungai petani!

Fin..