Saturday, July 18, 2009

Jatuh Cinta Sekali Lagi


Impressi setiap organisma yang melihat diriku adalah, aku seorang yang kacak. Titik dan berhenti di situ. Yang mereka tak tau aku adalah salah seorang lelaki sejati dalam dunia yang meminati permainan bola sepak.

Dan aku sangat tak pandai bermain bola sepak, walaupun pada hakikatnya aku telah menjuarai Liga Juara-juara bersama Arsenal dan memenangi EPL bersama West Brom dalam permainan FiFA Manager 09.

Dan sepertimana peminat bola sepak yang lain, aku takkan tak boleh tak tengok kalau ada orang menyepak bola di depanku hatta itu adalah pertandingan di antara Tadika Kg Pandan dan Tadika Kg Baru sekalipun.

Hatta pada petang tadi, aku bersama jejaka-jejaka sejati yang lain pun menonton perlawanan MU dan Malaysia. Sampai saja, aku pun tengok scoreline. Barangkali aku terpandang ilusi optik, aku nampak scoreline tertulis 2-2.

Enggan percaya pada diri sendiri, maka aku pun bertanya pada rakan sebelah, Ismit.

"Erm, still 0-0 lagi ea?"

"Taklah 2-2, Amri skor dua bijik"

"Biar betul, Malaysia skor dengan MU?"

Kalau kamu minat bola sepak, kamu mesti minat MU, Arsenal, Liverpool atau Chelsea. Tapi tak semestinya kamu minat dengan Malaysia. Lihat saja rekod Malaysia sepanjang 20 tahun ini. Sejak pemergian Mokhtar Dahari dan 'batch' beliau, seolah-olah perginya jua maruah pasukan ini yang pada satu ketika dahulu mampu seri dengan Arsenal dan digeruni Korea Selatan.

Tahun lepas, Piala Merdeka. Satu pasukan yang sangat sempurna. Pergi ke final tanpa bolos 1 gol dan berbelas-belas gol dijaringkan. Namun, akhirnya kalah penalti dengan Vietnam di tempat sendiri.

Aku tak pernah mengharapkan pasukan ini untuk menyaingi Argentina, Sepanyol, Brazil mahupun Croatia. Tapi aku mau lihat 'itu' kembali dalam permainan Malaysia. Itu yang aku maksudkan adalah semangat.

Tadi aku nampak itu. Mungkin masih jauh. Tapi katanya yang diturunkan adalah pemain muda. Jadi perjalanan jauh itu masih sempat untuk dituju.

Harap kamu mengekalkan konsistensi ini kerna konsistensilah yang sering menganggu perkembangan sukan-sukan di Malaysia.

Aku melihat Youtube dan jatuh cinta pada bola sepak Malaysia yang dulu. Hari ini aku jatuh cinta sekali lagi. Tolong. Tolong jangan menghampakan aku lagi.

Dari Aku,

Mewakili 2.5 juta hati rakyat Malaysia yang tagihkan maruah bola sepak Malaysia dikembalikan semula.

6 comments:

Anonymous said...

latest score, manchester united-malaysia:3-2..

mu-rooney,nani,owen
malaysia-amri(2)

Unknown said...

baru nk gi tgk isnin ni....waa~!!

Nazrin Saad said...

ko nk g tgk ape isnin ni wei?

wann afzan™ said...

sy tetap sokong MU!!!
go MU!!!
*terkesima*
hurm..
adekah sy bakal ditindas oleh penyokong m'sia?
*berpeluh peluh*

Nazrin Saad said...

tak..
tapi mungkin kamu bakal ditindas oleh pnyokong liverpool dan chelsea..

serta pnyokong arsenal sprtiku...

wann afzan™ said...

baiklah..
moleklah kiranya jika sy mengundur diri.....

*sopan santun mengundur diri...pastu kelam kabut lari smbil jinjit slipar sbb x smpat nk pkai*