Monday, August 31, 2009

Merdeka.

Pulang dari Parit dengan abang dan keluarganya Sabtu lepas. Di dalam kereta sempat pula aku bergurau dengan 2 orang anak saudara aku yang sudah lama tak ketemu. Maka, selaku bapa saudara yang prihatin, amanah dan mithali, aku pun mengambil keputusan untuk bertanya tarikh hari lahir mereka yang sudah lama kulupa. Maklumlah, susah nak sambut bersama.

A : Aku L : Lis, anak saudara pertama Ls : Lissa, anak saudara kedua

A : Oh, next week birthday Ikram (ini anak sepupu aku, boleh juga dikatakan anak saudara secara tak langsung) ea?

L : Ye, kitorang ingat nak celebrate sama-sama. Birthday Lis 31 hb.

A : Oh, yeke. Dah lupa lak, birthday Lissa bila pula ea?

Ls : Birthday Lissa on the 11th of March.

A : Alamak, susah nak ingat, tak macam birthday akak.

Ls : Pak Andak (panggilan anak saudara padaku, jangan komen ini), birthday Lissa sama dengan Tun Abdul Razak la. Takkan tak tau.

A : Oh yeke? Kalau camtu, that's great. Birthday Lissa sama dengan Tun Abdul Razak, birthday Lis sama dengan birthday merdeka Malaysia.


......................................................................................


Oh, so patriotik kan my family?

Selamat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke-52. Sambut dan hargai.

Fin.

Saturday, August 29, 2009

Aku dan Mereka

Kadang-kadang aku rasa aku bukan sebahagian dari mereka
Mereka terlalu gah
Aku di sini, compang camping baru belajar mengenal dunia

Mendengar mereka bicara
Ibarat berada di negara asing
Dengar tapi tak faham

Mereka terlalu jauh di hadapan
Kadang kala mereka berhenti untuk menunggu
Tapi sampai bila mereka akan buat begitu?

Hidup ini tak indah kalau tak punya siapa
Aku rasa aku punya mereka
Tapi, mungkin mereka terlalu jauh buatku

Ahhh, mungkin mereka bukan sebahagian dariku
Mungkin aku tak layak menjadi sebahagian dari hidup mereka
Siapalah aku?

Tapi

Kalau kita cuba memahami
Kita boleh mengenali

Mereka memang gah
Tapi mereka masih satu keluarga

Dan alhamdulillah

Aku bangga menjadi sebahagian dari keluarga itu
Keluarga yang sanggup kukorbankan segalanya

Fin.

Thursday, August 27, 2009

Infinite Emotions v3.0

Mula rasa mood bebas bersama teman di sana

Nantilah wahai teman, 2 hari lagi tinggal

Wednesday, August 26, 2009

Tuesday, August 25, 2009

Infinite Emotions

Bangun pagi dengan rasa yang tidak indah.

Biarlah, 4 hari lagi tinggal.

Sunday, August 23, 2009

Boria : Puncak

(Sebenarnya post ini mau ditulis dalam blog DOT, tapi nanti bercanggah dengan entry Say O, maka biarlah ia mengimarahkan blog aku)

Orang kata aku ni sentimental. Entah betul entah tak. Tapi rasa-rasa aku memang sentimental. Produksi DOT kali ini penuh dengan kelainan. Banyak kelainan.

Satu-satunya produksi yang aku tak melibatkan diri 100%. Satu-satunya produksi yang tiada kelibat encik Safwan (sudah selamat grad dengan jubah purple beliau). Satu-satunya produksi yang aku hanya mampu melihat tapi tersadai di tepi pada hakikatnya.

3 tahun bersama DOT kali ini aku tak membantu, tak terlibat dan tak di sini pun. Oh, dan mereka menang TANPA aku.

Dan orang kata aku sentimental. *huh*

Kali ni aku memang menggunakan autoriti, senioriti dan apa-apa saja yang menggambarkan keadaan yang sama. Semua bermula dengan 1 mesej.

"....akan diadakan perjumpaan untuk membincangkan boria bagi pesta konvo..."

Erm, nampaknya Puskeb buat lagi inovasi. Lagi menarik bila dimesej Say O dan Ijan, masing-masing tiada pengalaman boria. Oh, paling hebat Leha di darjah 3. Itupun sudah beliau lupa. Ayat Ijan yang masih kuingat "Oh, dalam boria ada sketsa ea?"

Maka minggu itu kupulang dan kujelaskan asas boria pada senior dan junior. Minggu depannya aku pulang lagi, kali ini memberi tugasan seperti berikut:
Pengarah : Ijan
Produksi : Aida Najwa dan Ariff
Sketsa : Ilya
Muzik dan Tari : Yana dan Aida Najwa

Damn! Aku memang telah menggunakan autoritiku. Setelah itu, kutinggalkan mereka semua. Ahh, masing-masing sudah besar. Pasti tau menguruskan, pasti tau jaga diri.

Sorry guys. Sekarang aku sedar. Jangan hanya tau beri dan tinggal. Kerna jika difikirkan, sebarang masalah yang terhasil mungkin berpunca dari aku. Sebab aku yang membentuk produksi ini. Oh, aku sangat down pada ketika itu.

Bila pulang pula, hanya mampu menolong Leha dan sketsa. Yang lain aku hanya tengok dan bertepuk tangan. Oh, pergi mati dengan senioriti!

Dipendekkan cerita, kami menang. Oh, mungkin salah kata ganti nama diri tersebut. Mereka menang.

Di saat jerit-pekik budak-budak menyahut kegemilangan ini, aku diam. Merenung tangis, tawa dan gembira.

Mereka menang.

Namun, aku suka. Aku gembira. Kerna katanya kalau insan yang kita suka gembira, maka sebahagian dari rasa itu datang juga padaku.

Mereka menang. Mereka di puncak kini.

Dan aku tersenyum, mendongak ke puncak. Memandang mereka yang berdiri sendiri tanpa perlu dipapah. Peh, gua tak cam terharu lak bila tengok korang julang piala beb!

Seronok. Tapi perjuangan masih belum tamat. Kerna jatuh ketika di puncak lebih perit deritanya berbanding jatuh tika sedang mendaki. Jangan riak, takbur. Anggaplah ini hadiah dari Tuhan yang menghargai hasil usaha anda semua. Dan jika anda berusaha lagi, pasti lebih banyak hasil untuk dituai.

Selepas ini, pasti lebih sukar. Tapi jika kekal bersama, pasti sekali lagi mimpi bakal menjadi realiti. Buat sementara itu, lets just cherish the moment.



Ini pasukan boria. Superb pada malam tersebut.
Bawah dari kiri : Izayu, Wann, Ismeth, Oja
Atas dari kiri : Palie, Ariff, Say O, Yana, Dayah, Syira, KK



Ini pasukan penyanyi latar. Pemeriah suasana. Rasa seperti mau bersama mereka.
Dari kiri : Hazal, Aliaa, Zul, Aida Najwa, Roy



Ini pasukan sketsa. Tak perlu jejaka di tengah pun untuk persembahan sehebat malam itu.
Dari kiri : Amir, Ilya, Azrin



Dan ini hasilnya...



Fikirkan ini. Tanggal 17 Januari, kita merangkul Piala Pusingan Muzikal Kajai. Tanggal 17 Ogos, Piala Pusingan Pesta Konvo pula. Cukup genap 7 bulan. Kebetulan?





Fin.

Tuesday, August 18, 2009

Gua tak Kisah Kolej Gua Tak Ada Cheer!

Semalam pentas Konvo digegarkan. Bukan disebabkan Ilya yang melompat. Atau Say O yang mengundang bencana. Tapi disebabkan keseronokan DOT-ters meraih gelaran, memecahkan dominasi TEKAD selama 5 tahun berturut-turut.

Aku diam, di satu sudut. Memori lalu menjurus masuk diupload terus ke sereberumku. Aku pernah di pentas ini. Aku rindu menggegarkan pentas ini. Tapi, apakan daya, kata Leha, aku dah tua.

Aku dah letih mengucapkan terima kasih semalam. Jadi tidak lagi pada hari ini. Aku puas, selesa dan aku sudah mau pulang ke Parit. Jadi, untuk kali ini aku mau mengucapkan Tahniah buat semua. Ini adalah kejayaan anda, bukan kejayaan aku.

Ini amanat aku. Ilya, Azrin dan Amir, kamu adalah pelajar yang paling senang untuk kuajar. Jadi tetapkan momentum. Jika ada rezeki, aku akan menghasilkan skrip untuk kamu.

Maaf, tiada ucapan selamat tinggal kerna aku pasti kembali.

Fin.

Sunday, August 16, 2009

E.G.O. v2.0

Cristiano Ronaldo = 80 Juta Pound
Sebuah Kelab Bola Sepak = 200 Juta Pound
Air Mata Seorang Lelaki = Pricelessssss

Itu kata-kata orang. Konon sebab seorang lelaki macho pasti susah untuk menangis. Biarlah diberikan kesakitan melampau ataupun kesedihan yang paling memeritkan. Namun, untuk menitiskan air mata, tidak sama sekali.

Dari kecil aku diajar sedemikian. Jangan tonjolkan perasaan pada orang. Nanti orang senang untuk pergunakan kita. Aku belajar untuk menyembunyikan rasa. Dalam erti kata lain, aku diajar menjadi lebih hipokrit.

Namun, semalam paksi pemikiranku seolah berhenti berjalan dan telah melakukan putaran berlawanan.

Ya. Semalam.

Hingga kini aku bertanya sebab kejadian semalam berlaku. Setiap yang aku lafazkan semua datang dari hati, tak pernah aku rancang. Tapi aku lafazkan.

Mungkin ini sebabnya.

Apabila kita menyayangi dan mempercayai seseorang, semuanya boleh berlaku. Entah. Aku sendiri tidak tahu sebabnya. Tapi aku puas.

Kata orang air mata lelaki memang mahal. Mungkin ya, mungkin tidak. Tapi sekurangnya aku telah memberikan ia pada orang yang aku rasa layak menerimanya.

Kita tak mungkin bersama selamanya. Tapi sekurangnya kita ada saat ini bersama.

Fin.

Friday, August 14, 2009

E.G.O.

Masih ingat lagu itu yang popular di era 90-an. Semasa kecil, aku sering mendengar kalimah 3 huruf ini tanpa mengenali erti sebenar kalimah ini. Sekarang, aku dah tau.

Sering kali ego dikaitkan dengan jejaka-jejaka macho Semalaya. Konon, kalau tak ego, jatuhlah imej. Sering mengikut telunjuk wanita tersayang. Jadi, ego itu perlu. Dalam konteks seorang lelaki, untuk menunjukkan kekuasaan dan kemachoan.

Owh, bagiku ego perlu dalam hidup seorang. Dengan ego, orang akan nampak keteguhan sebuah jiwa.

Mungkin.

Tapi terlalu banyak ego, adakah perlu? Aku sayang dia, tapi biarlah dia tau sendiri. Aku tak akan cakap. Kalau aku cakap, pasti aku dicop poyo dan jiwang dalam 1 ayat yang ringkas. Malu la aku.

Erm, ideologi ini adakah betul? Seringkali aku diajukan soalan ini. Kalau tak cakap macam mana orang nak tau?

Jiwa ini dilahirkan sangat susah untuk menyayangi sesiapa. Namun, bila jiwa ini mula menyayangi, sukar untuk aku lepaskan. Itu aku. Aku sukar untuk menyayangi. Tapi bila aku sudah mula menyayangi, aku sangat susah untuk melepaskan kasih sayang itu. Tapi aku jua ego. Mana ada yang pernah kuungkap sayang lagi dalam hidup ini. Aku lebih suka melafazkan dengan perbuatan.

Tapi, kalau tak cakap macam mana orang nak tau?

Entah. Hidup sendiri sangat susah. Itu aku belajar. Jadi kalau ada yang sanggup memberi sokongan, aku pasti terharu.

Kataku, aku dah tak nak jadi ego lagi. Jadi, punahlah kemachoan yang terpendam selama ni kan? Erm, ada aku kisah?

Fin.

Thursday, August 13, 2009

Siapa Kawan, Siapa Bukan

Maaf la. Macam apa yang aku cakap semalam. Aku tak ada orang nak kongsi kat sini. So aku kongsi la dengan blog aku. At least, aku tak payah pendam apa-apa dah.

Kali terakhir aku rasa macam ni, masa bulan Jun. Masa tu, aku emo. Aku masih ingat. Aku emo, aku seorang. Dan aku rasa tak ada seorang pun yang kenal aku. Then, aku call Ilya. Nak dijadikan cerita si Ilya pula ada hal. Maka, bertimbunlah emo yang sedia ada.

Terus, aku off henset. Suatu yang tak pernah aku buat sebelum tidur sepanjang aku memiliki seketul objek yang bernama henset. Esoknya, aku keluar seorang ke Ipoh. Nak release tension, aku nonton cerita Terminator dengan Monster vs Alien. Tapi, still aku tertekan.

Then, Ilya SMS, merasa bersalah dan minta maaf padaku. Owh, bukan salah kau dik. Dah agak okay, aku berbicara dengan Opah. Kata Opah, aku ni memang macam perempuan masa PMS (entah betul ke tak). Owh, sampai hati kau, Opah.

Tapi aku rasa memang aku macam ni. Luar mungkin aku nampak teguh. Tapi dalam, aku memang, seperti kata Opah, ibarat perempuan masa PMS. Entah la, suatu nilai dalam diri aku yang sukar untuk aku ubah.

Aku boleh menjadi hipokrit depan semua orang. Tapi apabila berada di depan cermin, aku tetap aku. Itu aku tak boleh tipu. Aku boleh tipu semua orang tapi aku tak boleh tipu diri aku sendiri.

Ini kesimpulan aku tentang diri aku sendiri. Aku boleh hidup dalam suasana ramai, tapi tak mungkin dapat bertahan dalam suasana sendiri. Jadi salah lokasi praktikalkah semua ini?

Mungkin.

Sekurangnya dengan hidup keseorangan, aku tau siapa kawan, siapa musuh yang bertopengkan persahabatan. Siapa yang sanggup angkat call aku malam-malam, siapa yang sanggup dengar masalah aku, siapa yang sanggup menerima ucapan selamat pagi dan selamat malam aku.

Secara kasarnya, Parit mengajar aku berdikari. Dia mengajar aku mengenal dunia. Sekarang aku dah kenal. Siapa kawan, siapa bukan. Ia mengajar aku mengenal dunia. Setiap hari aku celik, sunyi dan sendiri. Pada yang tak pernah rasa, bayangkan aku merasai semua itu selama 4 bulan. Pulang kerja, hanya bertemankan PC. Tiada teman, tiada rakan. Dan orang rasa pelik bila tiap-tiap malam aku mengucapkan selamat malam pada mereka. Aku buat itu kerna aku mau meyakinkan diri aku bahawa masih ada sahabat di luar sana.

Cubalah. 4 bulan tanpa teman. Pasti korang kenal siapa kawan, siapa bukan. Aku dah kena. Aku taknak alami lagi.

Macam biasa. Kalau ada yang baca, terima kasih. Kalau tiada, aku tak kisah. Aku dah biasa.

Fin.

Wednesday, August 12, 2009

Gua Insan Biasa je beb, Ini Luahan Gua.

Dah lama gua tulis ayat nak tapis-tapis jer. Nak jiwang jer. Nak tersirat jer. Tapi kali ni tak payah la. Biar la gua tulis apa yang gua rasa. Sebab sekarang gua rasa tak happy.

Kenapa?

Banyak sebabnya. Tapi sebelum tu gua nak ulang. Gua rasa tak happy. Bukan gua nak maki sapa-sapa pun kat sini. Gua cuma tak happy.

Gua ada masalah gua sendiri. Itu gua ngaku. Semua orang pun ada masalah mereka yang sendiri. Aku tak peduli masalah mereka. Gua tak kisah. Kalau diorang nak minta pandangan, aku bagi. Tapi gua bukan dewa mahupun siapa-siapa nak masuk campur urusan mereka.

Cukuplah dengan itu. Komplikasi di sini adalah lokasi gua di sini. Entah la, orang cakap jauh di mata dekat di hati. Kimak la dengan peribahasa tu! Banyak sangat yang gua dah tengok. Jauh di mata, di hati lagi jauh la beb! Dulu gua tengok, sekarang gua rasa.

Alah, gua bukan tak biasa hidup sorang ni. Kalau kat UKM pun, gua gi tengok wayang sorang je kalau tak ada teman. Ada gua kisah? Tapi gua ni still manusia biasa gak beb. Kalau gua terbeban dengan masalah, gua kena gak lepaskan. Kat UKM, gua kongsi dengan member-member gua. Kat sini gua nak kongsi dengan sapa? Penagih dadah sebelah rumah yang gua sewa tu? Kimak tul!

Entah la bai. Gua tak la rasa gua leh salahkan orang pun. Tapi kat sini baru la gua rasa macam mana hidup sorang.

Maybe dah dalam naluri gua. Gua memang bermasalah sejak kecil. So bila gua tengok member gua bermasalah, gua mesti nak tau, gua mesti nak dengar atau tolong dia sedikit sebanyak. Mungkin sebab tu orang suka cerita masalah diorang kat gua. Even penagih dadah sebelah rumah gua pun cerita liku-liku hidup dia kat gua, padahal gua tak minta pun.

So gua expect, bila gua bermasalah, hidup seorang, maka orang tu akan buat benda yang sama kat gua. Huh, itu mimpi. Lu dengar la masalah sapa-sapa pun bai, bila masalah diorang dah setel, lu ingat diorang nak ambil peduli kat lu lagi? Gi mati la! Memang lumrah alam, bila sedih, problem banyak, datang sini! Then, bila dah bebas, ada ke orang nak peduli pasal lu lagi?

Gua tau la, gua ni takde la kacak mana pun. Bukan pandai buat lawak pun bai. So bila dengan gua, mesti la rasa macam gua ni 'tak fun'. Tapi dah itu gua, nak buat macam mana lagi? Gua dilahirkan dalam suasana konservatif, tak reti clubbing dan tak pandai memuaskan nafsu orang!

Pada yang sayang gua, terima kasih. Pada yang tak sayang gua, tolong jangan pura-pura sayang kat gua. Hati gua hancur sangat bila gua rasa dikhianati.

Tapi sebelum apa-apa gua nak ucapkan terima kasih kat member-member gua yang buat gua rasa hidup ni bukan keseorangan. Pejal, masa FTS dulu kerap gila mesej gua ajak gua balik tolong dia. Padahal gua bukan hebat pun. Selalu gak kongsi masalah dengan gua. At least ada gak orang yang anggap gua masih hidup. Opah, walau dia pakai Celcom, dia selalu balas mesej gua. Masa bestday gua pun, dia semangat gila nak call gua. Beb, gua suka gila kat lu. Ilya, masa gua rasa sorang gua selalu call budak ni. Dan bila gua call dia, gua rasa macam ramai je sebelah gua. Gua dah jadi diri gua balik bila gua call dia.

Tah la, gua tulis ni bukan nak maki sapa-sapa. Cuma gua nak luahkan kekecewaan gua kat dunia ni. Sejak masuk sem baru lagi la gua sedar. Oh, kalau kita dah ada kawan yang lagi menggembirakan, buat apa nak ingat mangkuk tingkat kat Parit ni lagi?

Sekarang ni gua memang bermasalah. Kalau ada orang baca post gua, terima kasih. Kalau tak ada pun, tak pe. Gua dah biasa dah.

Fin.

Monday, August 3, 2009

Pentas

*3, 2, 1 light on*

Berdiri di bucu pentas itu
Disoroti cahaya lampu paken
Dialun ambiens pagi
Diulit dengan muzik mendayu

Gadis itu bangun
Berdiri
Bersuara

Sayup-sayup dialognya
Menusuk kalbu yang mendengarnya

Emosinya
Merentap jiwa yang merasanya

Perlahan-lahan dia duduk kembali

Ambiens fade out
Muzik fade out

*light off*

____________________________________________________________________

Hidup tak seindah pentas. Tak sesempurna itu. Sebab kita tak boleh jangka. Tapi tolong. Cuba jadikan ia indah. Aku tak sanggup mengalihkan pandangan aku padamu setelah 4 bulan berlalu dan melihat zarah-zarah keindahan yang pernah aku saksikan itu pudar, lesu dan meruap.

Tolong. Ini rayuanku.