Sunday, December 5, 2010

Kawan Lelaki Sejati

Ismeth bukanlah gemuk mana sangat. Tapi dia sering dicemuh kerana berat badan beliau yang dikatakan agak melampau dan membebankan keselamatan awam.

Pada mulanya Ismeth mudah menerima tohmahan semua itu. Bagi dia, itu semua adalah hasad dengki kerana tidak ramai yang punya tubuh badan seksi seperti dia. Namun hati siapa yang tidak terluka kalau setiap hari orang asyik mengeji perutnya?

Bagi Ismeth, dia hanya ada seorang kawan baik. Palie. Palie sering menemani Ismeth dan mendengar suara dan permasalahan Ismeth.

Palie juga dulu punya masalah yang sama. Masyarakat pada asalnya selalu mengeji Palie seorang yang panjang. Namun Palie berjaya juga mengharungi semua itu dengan hati yang tabah.

" Palie, aku ada masalah. " kata Ismeth pada suatu petang tatkala mereka menghabiskan masa di tepi pantai.

" Apa masalah awak? " tanya Palie sambil membelai rambut Ismeth dengan lembut.

" Orang selalu pandang sinis pada aku. Kata mereka aku ni gemuk. " jelas Ismeth, sudah tidak dapat menahan sebak. Air mata sudah mula bergenang di matanya.

" Kau kena sabar. Kau kena ikhlas pada diri kau. " kata Palie sambil menggenggam erat tangan Ismeth.

" Tapi... Aku tak sanggup!! Siapa yang mampu beri aku sokongan? " kata Ismeth sedih. Air mata mula bergenangan di alis matanya.

" Aku kan ada. " jawab Palie sambil merenung manja mata Ismeth.

Kata-kata dari Palie jelas berjaya mengharukan Ismeth. Tiba-tiba dia dengan laju berlari ke arah laut dan menyepak-nyepak air laut sambil menjerit,

" AKU DAH BEBAS!!!!! "

Palie hanya mampu memandang dengan tersenyum. Dengan penuh lemah gemalai dia memegang kedua belah bahu Ismeth dan berkata,

" Dah senja. Jom balik. "

***
notakaki :
* ini bukan cerita gay.
* gay adalah perbuatan terkutuk yang dilarang dan haram di sisi agama serta dipandang sinis dek masyarakat.
* ini adalah cerita rekaan. sebarang persamaan nama karakter di dalam cerita ini dengan orang sebenar sama ada yang masih hidup ataupun telah tiada adalah disengajakan.

fin.

10 comments:

ismeth said...

F.U.C.K...bler mase gua gi pntai ngn palie..

PaLi3 said...

CCCCCCCCCIIIIIIIIIIIIIIIBBBBBBBBBBBBAAAAAAAAAAAAAIIIIIIIIIIIIIIIII AAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH LLLLLLLLLLLLUUUUUUUUUUUUU.....

wann afzan™ said...

berdebar2 doh baca cite ni

say- O said...

gay habis.

Nazrin Saad said...

cerita rekaan, yg nak maki2 ni pehal?

arifpaan said...

ismeth lari laju? memang fiksyen.

Anonymous said...

nice. menghampiri kriteria gay. bila wa bayang pali dan ismeth. gila jijik nak mati.

Nazrin Saad said...

kah! kah! kah!

komen ismeth kelakar gila. dia bukan nak menafikan hbgn dia dgn palie atau nak maki2 mcm palie.

sebaliknya nk menafikan yg dia penah pegi pantai dgn palie.

kah! kah! kah!

~**Raw Honey**~ said...

o.0"~~ .Mmmnnnnnn~~
Broke Back mountain edisi malaysia?
=,=] kelakar ar jugak~komen korg lagi klakar~
*masih bayang scene mata Palie senpai memandang straight pada mata Ismeth oppa*
>.<"

N.W.I said...

bodo jijik dan terkutuk sungguh perbuatan mereka ya,
hahahaha!~