Saturday, July 30, 2011

Ops Facebook 1

Objektif :
Membuktikan Facebook sudah menjadi gaya hidup, bukan lagi permainan suka-suka anak muda zaman sekarang.

Hipotesis :
Facebook sudah menjadi gaya hidup anak-anak muda sekarang.

Abstrak :

Semua orang ada Facebook. Dulu Friendster dan Myspace terkubur macam tu saja. Tapi ia tak jadi fenomena sepertimana Facebook. Jadi sejauh mana ianya menjadi fenomena? Adakah menjadi gaya hidup? Adakah ramai anak muda zaman sekarang mendewakan Facebook dan menganggap apa yang diperolehi dari Facebook adalah benar?

Slutwalk, satu perarakan jalanan (bukan Bersih 3.0) telah diadakan di seluruh dunia (Korea dan USA antaranya) hanya dengan bantuan Facebook. Revolusi tahap kecil di Palestin dan Nepal berjaya diadakan dengan Facebook. Malah rejim Israel menganggap Facebook sebagai satu ancaman.

China sudah mengharamkan penggunaan Facebook sejak bertahun lalu.

Malah, ada cubaan untuk memulakan revolusi di Arab Saudi menggunakan Facebook.

Jadi sejauh manakah kehebatan Facebook? Saya cuba menyingkap fenomena ini.

Kaedah :

1. Ubah birthday dalam Facebook dan tengok ramai mana orang yang komen.

2. Minta maaf setelah buat benda lahanat ni sebab benda-benda yang melibatkan Facebook selalunya boleh buat putus kawan.

3. Dalam sebulan lebih sikit, ubah sekali lagi birthday anda dan tengok ada lagi tak orang yang wish birthday anda lepas tu.

Keputusan Awal :

1. Pada awal kajian, aku dapati ada lebih 60 orang wish kat aku. So aku minta maaf pada 60 orang tersebut. Niat anda sweet. I'll appreciate it anyway.

2. Pada sesi kedua penukaran birthday aku nak tengok akan adakah pengulangan orang yang sama wish birthday. Jika ada ianya membuktikan satu teori aku bahawa orang tu tak pernah tengok wall aku pun, dia sekadar wish sebab ada notification dari FB.

3. Dan jika nombor nanti masih dalam lingkungan 30 ke atas, aku berjaya membuktikan yang kita sekarang hidup dalam 'Facebook circle'. Apa saja maklumat yang kita nampak di FB kita anggap betul tanpa kita digest sepatutnya.

NOTIS:

Buat rakan-rakan yang telah wish semalam, terima kasih. Saya hargai ingatan anda walaupun semalam bukanlah hari lahir anda. I received some sweet wish from you guys and I really appreciate it. Minta maaf kalau saya telah memainkan hati dan perasaan anda.

Yang mana tak puas hati boleh roger saya. Boleh kita jumpa, minum-minum teh sama-sama. Yang perempuan saya belanja.



eksperimen akan bersambung sebulan lagi.....

5 comments:

arifpaan said...

nais. ulang ayt ritu, Fesyen FB, HB!

wann afzan™ said...

tp sy berjaya membuktikan fb bkn hidup sy! yeah!!!

Anonymous said...

more like people couldn't be bothered to even remember your birthday...oops, no offense intended :)

Nazrin Saad said...

Anon, lu laki ke pondan?

cacah said...

FB jadi mudah sebab ia dibangunkan selaras dengan kemudahan telefon pintar, dan saat internet sudah menjadi gaya hidup. zaman Friendster dan myspace dulu, internet hanya boleh dicapai melalui PC/laptop...dan internet juga agak tinggi kosnya...