Monday, July 11, 2011

Bodoh

Bila Bersih dikaitkan dengan agama itu tersangat la bodoh!

Bukan main ramai dalam FB mengaitkan bahawa Ambiga itu adalah orang yang menentang Islam, menyokong murtad, jadi menyokong perjuangan Ambiga ibarat seperti menjatuhkan Islam, menyokong saudara Islam yang murtad.

Well, aku bukan mana-mana serbanistas tapi aku meluat bila isu agama dikaitkan dengan hal seperti isu demonstrasi jalanan ni.

Aku tak tau hal berkaitan Ambiga itu betul atau tak, tapi apa yang aku tau Melayu/Muslim yang menyokong Bersih itu bukan berniat untuk menjatuhkan Islam. Mereka ada niat mereka yang tersendiri.

Jadi siapa kita untuk menilai mereka macam tu? Kenapa nak tuduh saudara seagama kita nak menjatuhkan agama kita sendiri?

Anda memang la bangang kalau berfikiran macam tu. Bersih adalaha satu demonstrasi jalanan yang nak kita ada pilihanraya yang adil. Leave it that way. Tak payah nak kaitkan dengan isu agama, bangsa dan sebagainya. Benda ni akan jadi panjang kalau benda macam ni diusulkan pula.

Sedangkan kita semua tahu, tujuan rally hari Sabtu adalah untuk apa.

Bukan sebab agama.

Aku bukan penyokong Bersih tapi aku sangat rasa terhina sebab mentaliti kita sangat bodoh bila semua benda kita nak kaitkan dengan hal agama dan bangsa.

Jangan jadi paranoid sangatlah!

fin.

No comments: