Tuesday, June 8, 2010

The Threesome

(Ini bukan entri lucah. Tolonglah faham.)

Gua hanya akan pergi wayang untuk menonton cerita Melayu atas 3 sebab saja.

1. Khabir Bhatia
2. Afdlin Shauki
3. Yasmin Ahmad

Oh. Mungkin ada sebab keempat dan kelima.

4. Orang belanja.
5. Diana Danielle ajak.

Semua orang setuju? Ya. Diana Danielle memang hot.

Okey! Baru-baru ini keluar LBS (Lagenda Budak Setan). Marketing Strategy dia adalah sangat menarik perhatian aku.

"Berdasarkan novel Melayu paling laris dalam sejarah."

Gua anti sikit dengan perkataan paling ni. Tak pun ter. Paling putih, paling hebat, paling kacak, paling popular, paling seksi. Terbaik, terkacak, terkurus.

Nak pula ada kawan gua ajak pergi usha filem ni atas sebab ada orang bagi review okay. So kalau gua pergi tengok memang gua langgar pantanglah ni sebab pengarah filem ni adalah bukan threesome di atas. Dan sudah tentu kawan gua tu bukan Diana Danielle. Tak hot pun dia. Nanti gua cerita pasal dia.

Fast forward 3 hari lepas tu, bercambah review dalam Internet mengutuk filem ni. What UP?

Lagi best review kawan gua yang tengok filem ni.

"Saya tengok sikit ja. Lepas tu saya tidur." (Ieka Cutez, 2010)

Gua pelik lah. Beb, Twilight Saga, LOTR, Harry Potter dan Robert Langdon? Pernah dengar? Orang dah baca semua novel-novel ni tapi filem ni masih laku.

Kalau cakap sebab tak sama macam novel, takkanlah. Kawan gua yang tak hot tu dah baca semua Twilight Saga tapi masih juga excited gila tengok New Moon. Ok. Fine. Tiap kali ada adegan tak sama dalam buku dia akan bising sebelah gua. Tapi dia excited juga tengok. Huh.

Gua leh summarize semua kesilapan ni pada 2P. Pelakon dan Pengarah.

Gua tak sure lah pengarah dia baca ke tak novel ni. Berulang-ulang kali masa buat filem ni. Kalau dia baca dia akan tahu apa yang menarik pembaca untuk membaca dan bukannya sekadar mengambil adegan penting untuk dimasukkan dalam cerita.

Pengarah yang bagus dapat menjadikan sesuatu yang bosan sangat menarik. Dan sesuatu yang geli sangat romantik. Kalau tak ia akan jadi lebih geli. Macam tengok porn.

Pengarah akan menentukan tulang belakang sesebuah cerita. Tapi tulang belakang seseorang watak mesti dicari oleh pelakon itu sendiri.

Gua tak tengok lagi. Tapi gua dengar ramai komen pasal FK dan LH.

Afdlin mungkin tak sesuai mengarah filem cinta. Dan al-Fatihah, kita dah tak boleh menonton karya Yasmin lagi.

Mungkin Khabir Bhatia mampu buat sesuatu yang lain kalau dia yang mengarah. Sepertimana Nur Kasih. Well, baca = mungkin.

Semalam kawan gua yang tak hot sms gua.

"Sender : Bukan Diana Danielle

Message :
Saya tak nak tengok lah LBS sebab takut ia akan meranapkan saya punya fantasi macam bila saya baca novel dia. Plus saya tak pernah suka FK."

Auwwww, SNAP!!!

Percayalah, kita boleh buat filem yang menarik. Tapi tolonglah, the 2P, kena upgrade sikit kot.

p/s : tunggu download saja mungkin. kesian. high expectation. low delivery. bang!! sakit jatuh.

Fin.

3 comments:

Fatin Mazelan said...

lu main kasar....nak gak ada bahan rujukan!!

wann afzan said...

sumpah gua bkk ni sbb tgk tajuk lu je..
horgh!!

Nazrin Saad said...

guess what?
sbb terlalu frust dgn LBS mcm2 perkataan aku leh tulis utk menampilkan kefrustan aku tu.