Wednesday, June 2, 2010

Gadis dari Changlon v2.0 Finale

15 tahun lepas..

Masa ni gua kanak-kanak lagi. Dan gua sangat hebat dalam bahasa Inggeris, Melayu mahupun Mandarin. Dah gua sekolah jenis kebangsaan.

Dan gua ada seorang kawan baik. Sabrina binti Muhammad. Gua panggil dia Sab ja, takpun Ina.

Nak senang gua panggil dia S.

Dari kecil lagi si Sab ni telah melalui perjalanan hidup yang susah. Ayah meninggal, so dia terpaksa tinggal dengan mak dan akak dia ja.

Ibubapa aku selalu tolong dia, jadi nak tak nak gua pun baik la dengan dia.

________________________

"When star are dim,
and moon seem gloom,
I have a dream,
that is to be your groom."

Gua buat sajak ni untuk Sab. Bila gua tau Sab nak pindah rumah ke KL, gua buat ni. Sebab mak gua ada cakap kat gua bila gua protes tak nak jauh dengan Sab.

"Im, diorang ada keluarga kat sana. Hidup diorang senang kat sana, Im. Lagipun, nanti besar Im pergi la lawat diorang ya?"

"Mak, Im tak nak pisah dengan Sab! Sab kawan Im!" protes gua.

"Im. Kawan mesti la berpisah. Lain lah kalau Im kahwin dengan dia." bentes mak gua sambil ketawa.

________________________

Hari last gua dengan Sab, gua bacakan sajak tu untuk Sab.

"Im, kita leh jumpa lagi ke?" Sab dah mula menangis.

"Sab. Im mesti cari Sab balik. Im janji. Bila Im dah jumpa Sab. Im janji Im akan kahwin dengan Sab."

"Im janji?" tanya Sab pada gua.

Tanpa fikir panjang gua jawab,

"Im janji. Im tak akan lupa. Im akan cari Sab."

________________________

Sejak tu gua lost contact dengan dia. Sampai lah gua ke Changlon semula.

Hari tu dia ada mesej gua. Dia tanya pasal janji gua kat dia. Dia kata dia terharu sangat sebab gua masih pegang janji tu.

Tapi dia cakap, dia nak move on. Dia cintakan tunang dia. Dengan aku, well, itu hanya perasaan yang dah berusia 15 tahun. Cinta monyet.

Oh. Itulah cerita gua. Semalam Sab dah selamat melangsungkan perkahwinan dia. Alhamdulillah.

Gua sedar. Kalau kita sukakan seseorang, kita hanya nak tengok dia senyum dan gembira saja. Walaupun bukan dengan kita.

Bagi aku Sab adalah sebutir bintang yang paling terang dalam hidup ini.

Sab, kalau kau membaca ini, tahulah, tak akan ada cahaya yang lebih terang dari cahaya kau Sab.

Selamat Pengantin Baru untuk Sab.

Fin.

2 comments:

wann afzan said...

nope..
she's still not hot enuf...

HDS voice said...

bes bro crite2 lu~