Monday, June 14, 2010

Bukan Orang Seni

Sebelum gua tulis dengan lebih lanjut biar gua bagi tahu ini dulu. Gua bukan orang seni. Gua hanya pernah belajar sedikit Sastera masa di sekolah dan join teater sepanjang di UKM.

Selama itu, gua belajar sedikit sebanyak.

Seni dan kebudayaan bagi gua tak lari jauh. Orang yang kenal seni akan kenal budaya.

Masalah timbul bila orang yang tak tahu apa-apa buat macam tahu. Gua terlibat dalam benda ni tak ada la lama mana, tapi gua sangat sakit hati bila orang ambil seni dan kebudayaan (dalam kes gua, teater) a thing for granted.

Fine. Ini bukan benda yang paling hebat dalam sejarah. Lainlah kalau lu mampu cipta robot penggusti, kapal terbang bagai. So orang lebih nampak benda tu kan?

Well, gua join teater selama 4 tahun. Gua pergi Singapore dan Indonesia secara percuma, gua dapat pujian dari VC, gua dapat kenal orang dan gua dapat masuk Istana Budaya untuk perform. So tak adalah teruk sangat bukan?

Gua bukan lah aktivis yang radikal. Tapi gua cuba menjadi seradikal yang mungkin untuk membantu. Tapi sekarang gua kesal.

Kesal sebab apa? Sebab orang ambil seni dan kebudayaan sebagai a thing for granted. Orang tengok kami ni hanya nak suka-suka ja.

Tapi bila menang, kamu juga mahu tumpang bukan?

90% kawan gua dalam bidang teater berkebolehan untuk memegang sebarang jawatan dalam pelbagai bidang. Mereka juga berkebolehan untuk menganjurkan pelbagai aktiviti. Gua sendiri tak ada masalah melibatkan diri dalam MMMKDO since banyak orang DECTAR yang gua kenal. And guess what, banyak benda yang gua boleh setel dengan connection tu.

Dalam kolej gua sendiri, orang dalam kelab kebudayaan itu jugalah yang pegang jawatan dalam kelab dan sekretariat jaksa yang lain. Dan sudah menjadi kemestian, pasti akan ada 1st year dari bidang kebudayaan yang akan dilantik menjadi jaksa pada sesi seterusnya.

We are not stupid guys. In fact some of us is far cleverer than you think you'll ever be. And so dont treat us like a bunch of idiot.

We are not bad guys, dude. Kenapa orang mesti tengok kami ni sebagai individu yang ingin mengejar populariti? Yang melakukan kerja sia-sia? Yang tak tahu malu?

Well, gua kenal ramai orang yang lebih tak tahu malu dari tu. Jangan pandang aktiviti seni sebagai aktiviti yang hanya mengejar populariti dan buang masa. Padahal kadang-kadang aktiviti yang bersifat akademik yang tak seberapa sangat itu juga lebih mengejar populariti.

Well, siapa yang nak kejar populariti sekarang beb?

p/s : pembetulan, aku memang orang seni dan i'm proud of that.

Fin.

3 comments:

HDS voice said...

Perghh..semart gile post ni bro..
Kalo la wa da ade blog since wa skola dlu lg, da lme wa tulis cmni gak..
Ade ke ptot depa sng2 jeh nk label..
dem..!!wa sedey..
tp u'all jgn riso..u'all semartt ah~

wann afzan™ said...

owh..
proud to b one too

Nazrin Saad said...

thanks mira, komen anda sangat dihargai,
sebab aku menghargai rasa dihargai tu.