Thursday, September 29, 2011

Spektra



Gua tak tahu kalau lu orang sempat merasa benda ni atau tak.

Dulu masa zaman muda-muda, zaman takde Astro lagi, zaman MegaTV baru nak up, TV2 (ke TV1 tah, gua tak berapa ingat) ada satu slot drama Spektra. Slot ni lagi awal dari drama Kutub Utara Kutub Selatan kat TV3 senja-senja tu kalau lu orang ingat.

Standard RTM lah, dulu pun sama, slot drama ni kadang-kadang ceritanya gampang juga, tapi memandangkan gua kecik-kecik dulu suci, tak sunat lagi, dan tak tahu membezakan yang mana gampang yang mana tidak, maka gua pun layan la slot drama ni dengan arwah mak gua dulu.

(Arwah mak dulu merupakan pengomen tegar setiap drama. Setiap dialog dan pergerakan akan dikritik beliau. Gua rasa gua ada belajar benda ni juga kat dia.)

Berikut merupakan antara drama Spektra yang gua ingat.

1. Cerita pasal orang main badminton. Zaman ni baru setahun dua lepas menang Piala Thomas, masa tu Yap Soon Kit tak menang gangsa beregu tahun 1996 lagi. Cerita dia pasal orang tak reti main badminton belajar main badminton. Pastu ada la musuhnya. At the end menang la dengan musuhnya, lawan beregu. Eleh, buat-buat drop 1 set sebab nak bagi musuh over konfiden. Kahkahkah! Kadang-kadang bila gua tengok Lee Chong Wei kalah 1 set gua mesti ingat dia akan buat comeback macam drama ni.

2. Drama ni gua tak ingat langsung pasal apa. Gua cuma ingat pasal seorang perempuan yang banyak mulut tinggal kat rumah bapa tunggal ni. Satu hari mak perempuan ni datang. Maka mereka berdua pun pergi la pasar pergi beli ayam. Adegan ni gua ingat sampai sekarang sebab sampai saja depan gerai ayam ni, mak perempuan dengan perempuan saling pandang memandang lepas tu angguk kepala dan start kompelin harga ayam kat tauke ayam. Gua tak tahu kenapa gua ingat benda ni.

3. Lagi satu cerita pasal orang miskin kat Indonesia. Kahwin dengan orang sana, datang kat Malaysia, jadi kaya, pastu ingat famili Indonesia dah mati, tak boleh balik. Anak Indonesia dah besar, datang Malaysia cari ayah yang dah kaya. Ayah pula dah ada sorang anak. Maka bergaduhlah bila dah tau pasal identiti budak ni. Cerita ni sumpah best!

4. Ini drama tragik. Pasal seorang laki ni. Ada budak-budak gampang ni main kat kilang mercun. Lepas tu kilang tu meletup. Disebabkan laki ni nak tolong budak-budak ni, maka laki ni cacat. Lumpuh seluruh badan. Disebabkan keteguhan yang ada pada diri dia, dia belajar melukis pakai mulut. Laki ni nama dalam drama ni Mahmud. Nama kat luar Fendi Abu Bakar kot.

5. Ada satu drama tu. Cerita dia macam gampang tapi tajuk dia memang lejen. Tajuk dia : Kisah mencari Ayah. Kisah pasal seorang budak ni nak cari ayah dia kat Kuala Lumpur naik beskal.

Kesimpulan : Walaupun kebanyakan ceritanya macam gampang, tapi gua masih ingat juga. Sebab apa? Sebab cerita dia tak klise macam drama sekarang. Asyik-asyik cerita orang masuk ofis, lepas tu orang pangkat tinggi dengki kat orang pangkat lagi tinggi.

p/s : gua tengok drama dengan mak gua je. adik gua suka tengok cerita cina petang-petang.

p/p/s : kalau lu rasa cerita spektra ni klise juga maka lu silap. mana tahu entah-entah drama klise sekarang yang tiru spekta ni ye dok?

fin.

Tuesday, September 27, 2011

Pari-pari


Hanya ada 2 jenis pari-pari dalam dunia ni.

Pari-pari kerdil dengan pari-pari wajah bengis.

Yang kata ada lagi semua tu tipu.

***

Grats

p/s :
I'm like the morning mist. For when the sun rose I am no more.

fin.

Monday, September 26, 2011

Done and Dusted


Okay gua dah deactivate FB. Kali terakhir gua deactivate tahan seminggu ja. Macam gampang. Kali ni gua harap gua deactivate tahan la dalam berminggu-minggu dari seminggu.

Gua pun dah malas buka FB sejak gua ada Twitter dan gua tulis segala yang gua nak tulis dalam blog (gua dah ada 3 blog seperti yang dimaklumkan kawan gua).



****

Ada yang dah tengok videoklip Cinta Mukabuku? Gua sorang je ke rasa videoklip tu macam gampang?

p/s : I never know why I went back. But, I'm glad I did.

fin.

Friday, September 23, 2011

Gampang


Group Sumber Informasi Pelajar Baru.

Tapi buat post perli-perli banner Pesta Konvo yang pakai kain putih saja, tak lawa katanya. Siap tanya balik yang organise pesta konvo ni tak pernah masuk persatuan ke?

Aku tanya balik orang yang menulis pernah masuk persatuan ke? Kalau penganjuran macam gampang, perli dalam FB juga ke?

Lagi aku cakap kalau nak provokasi tak payah la di group ni.

Dia balas,

" mereka ini dulu pun pernah buat seperti macam ini kat aku "

Ahh, sudah. Apa gampang punya bahasa 'seperti macam' ni?

Lepas tu terus budak tu tak komen dah.

Seperti macam gampang perangai!

fin.

Wednesday, September 21, 2011

Twitter, bukan Facebook



Setelah berhari-hari gua baru dapat tahu yang Facebook dah tukar layout. Dan ramai yang kompelin, macam biasalah, ke atas layout baru ni.

Sesungguhnya gua sikit pun tak peduli. Sebabnya sekarang gua dah bergiat aktif dengan Twitter.

Sepertimana Nami dalam TTGB ( ya, aku pun baca juga TTGB kadangkala) yang katanya sudah jarang update blog disebabkan sudah ada Twitter, aku pun sama juga.

Sebabnya Twitter lagi mudah kalau nak rageeee, lagi compact dan yang paling palingnya Twitter boleh dihapdet pakai henpon hatta 3310 sekalipun dengan bayaran RM 1 seminggu.

(Aku rasa ini sangatlah worthy, aku dapat kontek adik aku di Poland dan kawan aku di Indonesia sebanyak RM 1 je. Siapa sanggup bayar? Dan aku buat semua ni guna henpon cikai sahaja.)

***

Sebenarnya aku dah ada Twitter sejak tahun 2009 lagi. Masa tu Facebook di Malaysia, Asia umumnya baru nak naik. Dan Myspace dah nyawa-nyawa ikan masa tu.

Aku buat Twitter sebab aku dapat info, di Amerika, orang di sana lebih menggunakan Twitter berbanding Facebook. Dan untuk tahu apa bagusnya Twitter, aku pun sign up, yang pada masa tu hanya Opah yang ada untuk aku follow dan dia follow back.

First impression, Twitter bagi aku terlalu simple, sebab dia hanya perlu update status ja itu pun tak boleh lebih 140 aksara. Aku pada masa tu berpendapat, disebabkan Twitter tak boleh upload gambar dan sebagainya, so Twitter ni no fun. So aku kembali pada FB.

Masuk tahun 2011, aku (atau kita secara umumnya) dah tahu segalanya tentang FB dan sudah tentu ada yang bosan sudah kan?

So pada Mei 2011 aku buat langkah drastik, aku buka semula akaun Twitter aku (yang pada masa tu dah dekat setahun aku tak buka) dan aku sign up supaya Twitter ni link dengan henpon aku.

Maksudnya sekarang aku boleh tweet di mana saja aku nak.

Aku juga follow akaun kawan-kawan, staronline dan pujaan-pujaan aku (tolak NajibRazak, mainly semuanya footballer.

Dan sejak tu tahap penggunaan aku di FB dan blog semakin berkurang.

(Mei aku hanya ada 300 tweet dan menjelang September aku dah ada 1700 tweet.)

***

Kelebihan Twitter.

Bagi aku Twitter lagi cepat menyampaikan maklumat dari FB.

Contoh, isu pemain bola nak kena jual mana-mana. Aku dapat terus tahu dari akaun pemain tu sendiri dan mana-mana akaun bola sepak yang aku follow. Tambahan pula akhbar dan mana-mana blog sukan sekarang pun banyak yang follow akaun sportsman untuk berita mereka.

Lagi, aku rasa ia lagi senang untuk interaksi berbanding dengan FB. Sebab apa? Aku tak payah explain lah, sebab bukan korang faham kalau korang tak ada Twitter.

Lagi aku follow akaun Najib Razak. Kehkehkeh! Yang ni best juga. Dengar dia merapu.

Even, Michele Obama pun ada Twitter, so aku figure out, kalau artis, pemimpin dan popstar semua ni berkehendakan untuk membuka akaun Twitter, aku rasa Twitter is really worthy. Dan dengan follow mereka ni anda akan tahu terus pemikiran mereka macam mana.

Contohnya Tiz Zaqyah. Semua orang yang dah percaya yang Tiz tu gadis sopan bila buka Twitter dia mesti melopong. She talked, and she talked bad. Kadang-kadang aku tengok dia macam budak remaja, bukan artis. And bila aku buka page FB dia, peh, skema.

Heh.

All in all, aku simpulkan kekurangkerapan aku membuka blog dan FB sekarang rata-ratanya sebab Twitter. Dan buat masa ini, aku rasa Twitter sudah cukup, dan ianya bagi aku juga jauh lebih bagus dari FB.

Jadi, harap maaf.

p/s : aku harap lagi ramai kawan-kawan aku ada twitter. aku tak follow ramai orang bukan sebab aku malas, tapi sebab twitter ni memang orang tak pandang pun.

fin.

Monday, September 19, 2011

Bosan

Sekarang ni hidup gua dah hilang punca.

Ecewah!

Mula-mula gua ingat nak abadikan hidup gua kalahkan Palie dalam Fantasy Football lepas kasi can dia menang mula-mula.

(Masa gua kasi can.)

(Masa gua still kasi can.)

Mudah. Dah menang dah.

Kalau gua tau macam ni, baik gua mula main masa game yang dah tengah-tengah. Baru nampak ada cabaran sikit.

***

Bilik baru rumah gua ni macam setan punya puaka. Payah nak tidur. Payah nak bangun.

***

ISA dah mansuh ni tenang la sikit gua nak kompelin dalam blog. Nanti tak pasal-pasal masuk lokap payah nak explain kat ayah gua nanti.

***

Okay lah. Gua nak pergi berak.

**awek tu nama shila amzah.
**gua tak pandang pun dia, dia yang nak snap gambar gua, pehal?
**payah lahanat tulis huruf S pakai paint!!!

fin.

Wednesday, September 14, 2011

Kisah Mencabar Palie

** palie merupakan kawan gua yang extra panjang.

Alkisah bermula....

Gua dengan Palie ada main fantasy football. Tapi Palie macam celaka jahanam punya perangai dia start satu minggu awal. Jadi maknanya gua ketinggalan dengan dia satu game. Dah la game first Palie dapat 60 point.

Maka ketika bermulanya game gua ketinggalan 0-60.

3 game berikutnya....
(klik gambar untuk tumbesaran)

Gua hanya ketinggalan 8 mata saja.

***

So gua pun cabar Palie. Kalau dia kalah dengan gua nanti, dia kena pakai baju Arsenal tengok bola dengan gua.

Palie akur. Gua rasa dia berdebar juga. Maklumlah gua belum pakai strategi all out attack lagi.

***

Berikut adalah mesej cabaran gua pada Palie.

Gua : Palie, minggu depan gua mesti menang.

Palie : we'll sea...

(gua tiru bulat-bulat ayat dalam sms)

fin.

Saturday, September 10, 2011

Cheers masa Orientasi itu Bangang?


Minda seseorang boleh membuatkan kita respek atau kita kecam dia habis-habis. Yang baiknya, dalam dunia serba moden minda kita semakin matang, semakin tahu berfikir. Dan itu semua bagus, merangsang kita untuk menjadi sesuatu yang lebih bagus.

Tapi kadang-kadang aku kesal bila tengok minda seseorang boleh menjadi terlalu *mind my words* bangang disebabkan politik.

****

Aku ada terjumpa, entah mana-mana, cari sendiri kalau berminat, tentang hal orientasi di UKM. Katanya pelajar ni banyak yang mental stress, sakit tekak dan lesu semasa minggu orientasi. Dan ada juga keadaan mental stress yang berterusan menyebabkan pelajar tidak dapat meneruskan pengajian dengan sempurna.

Oh. Dan ada juga kajian yang mengatakan pelajar dari luar negara mengatakan mentaliti mahasiswa di negara ini masih lagi bukan berada pada tahap minda kelas pertama.

Dan semua ini disalahkan pada tradisi MMP (sekarang BMP di UKM) yang banyak cheers dan aktiviti keanakan.

****

Aku rasa tak payah aku ulas panjang. Benda ni memang bangang pun.

1. Oversea student ada sekali masa MMP tak? Kalau tanya aku, aku tak pernah pula lihat. Jadi dari apa mereka kata mentaliti kita bukan lagi pada minda kelas pertama? Sudah tentu bukan dari MMP, bukan? Ke aku silap?

2. Dengan cheers lagi katanya kita akan mengundang semangat Assabiyah. Okay. Benda ni paling bangang. Lepas MMP ada jumpa budak KTHO pukul budak Burhan atas dasar berlainan kolej? Ada yang boleh melepak kolej lain sampai lupa balik. Assabiyahkah?

3. Cheers itu bukan kerja mahasiswa minda kelas pertama. Minda kelas pertama, itu definisi masing-masing, tapi apa yang setiap orang, PC dan budak-budak, cheer bukan sebab nak tunjuk yang mereka tu bangang, tapi sebab nak have fun. Simple as that. Jadual dalam MMP memang dah cukup ketat, tak boleh ke orang-orang ini have fun for some while?

4. Akan ada orang bangkang ' datang UKM untuk belajar, bukan untuk berseronok'. Tahniah. Untuk pengetahuan yang mahu membangkang, minggu orientasi bukan dibuat untuk belajar, ia dibuat untuk kesediaan pelajar untuk belajar. Dan tidak ada langsung aku tengok ada pelajar yang buat cheer sebagai tanda protes tak mahu belajar.

5. Hahahaha. Kamu semua pun pergi tengok wayang, bersiar-siar semasa minggu kuliah kan? Maknanya semua yang berbuat demikian bukanlah berada dalam tampuk minda kelas pertama?

****

Bagi aku cheers itu perlu. Kalau tak perlu sekalipun benda ni benda paling kecil untuk didiskusikan dan dijadikan isu.

Tapi, aku open. Kalau ada pihak mampu offer 1 modul tanpa cheers yang ada segala jenis pengisian yang sama dengan MMP kali ini dan dalam masa yang sama tak stressing, well, silakan.

For the mean time, just focus on the bigger things ahead.

fin.