Wednesday, June 29, 2011

Promoter

Gua ni orang yang sibuk. Jadi kadang-kadang gua taknak diganggu dalam hal yang remeh. Sebab tu bila pergi shopping kompleks, gua buat muka berlagak tak ingat bila jumpa dengan sebarang promoter.

Tapi kadang-kadang gua pun teringin nak bergurau dengan promoter. Hari tu gua ada jumpa promoter Domino's Pizza.

****

P : Promoter N : Gua

P : Hello abang. Nak tanya, ni boleh cakap Melayu tak?
N : Fakiiiiu! (dalam hati) Boleh. Nak apa? (garang)
P : Abang, saya dari Domino's Pizza, ada promotion (blablablabla) ada kupon (blablabla) boleh sambut birthday (blablabla) murah je bang!
N : Oh lagi? Bila promotion ni habis?
P : Oh, promotion ni habis bila (blablablabla yang nak dekat 15 minit blabla). So, abang boleh tulis nama dan bayar RM 20.

P : Jadi abang berminat tak? (tunjuk muka eksaited)

N : Famili saya tak makan pizza.

Lepas tu gua terus pandang tempat lain dan buat muka berlagak.

fin.

Tuesday, June 28, 2011

Hari Sukan Sekolah

Minggu ni ada hari sukan di sekolah dekat dengan rumah gua. Kalau hari sukan, macam biasalah ada yang menang dan ada yang kalah. Yang menang tahniah, yang kalah bolehlah cuba lagi di tahun depan kalau tak pindah sekolah ataupun kena tindakan disiplin buang sekolah sebab masuk asrama perempuan.

Menang dan kalah ni adat lah. Yang menang tu power, yang kalah tu tak power. Macam Maharaja Lawak, Sepah power, Jozan tak power.

Tapi gua bukan nak tulis pasal power tak power Sepah. Hari ni gua nak tulis pasal Hari Sukan Sekolah.

Fakta #1

Selalu bila hari sekolah, cikgu-cikgu jadi gila mike. Cikgu yang muka garang macam lanun tiba-tiba jadi sweet bila jadi deejay. Tapi ini perkataan klasik yang mesti ada dalam setiap hari sukan. Bila dengar ni pagi tadi, gua jadi berdebar.

" Para peserta bersedia untuk dilepaskan. "

Entah kenapa.

Fakta #2

Golongan yang tak bersukan atau tak bertanding ni selalunya dikategorikan kepada dua. Golongan yang menyokong dan golongan yang sepatah haram pun tak ambil peduli.

Gua selalunya dalam golongan kedua. Bila tengah panas bersukan, gua lepak bawah pokok minum air sirap sambil sembang dengan member gemuk-gemuk pasal rancangan katon semalam.

Fakta #3

Masa sekolah rendah gua pengakap. So selalu juga la gua jadi kuli batak cikgu angkat meja dan sebagainya.

Tapi dulu benda yang paling legend untuk seorang pengakap sekolah rendah ialah bila boleh pegang papan yang orang tembak masa lepaskan peserta lumba lari.

Itu memang legend. Tapi gua tak berapa nak minat. Telinga gua ni sensitif dengan bunyi bising.

Fakta #4

Selain lagu-lagu marching, antara lagu yang mesti ada dalam playlist atau folder Hari Sukan Sekolah ialah lagu Kau Boleh. Lagu ni tak boleh tak ada. Seperti lagu Gemuruh, lagu ini juga dikatakan menguatkan konsep spiritual yang dikatakan dapat membakar semangat peserta, guru yang menjadi urusetia dan juga pak pacak.

Tapi hari sukan di sekolah dekat rumah gua dah lain. Dia pasang lagu Bruno Mars.

Fakta #5

Gua dulu masa Sekolah Derma, gua rumah Biru. Ataupun rumah Sekolah. Gua pun tak faham kenapa dipanggil rumah Sekolah, agak payah juga kalau nak difikirkan dari konsep komersialisasinya. Rumah Hijau rumah Syed Ahmad, Kuning rumah Raja, Merah rumah Perlis. Gua tak paham juga. Tapi gua ikut juga. Mana boleh lawan orang mainstream, nanti kena tahan ADS ; Akta Dalam Sekolah.

Masuk Sains Pokok Sena baru nampak gah sikit. Gua rumah Kuning atau rumah Angsana. Rumah sukan lain pun nama pokok, nampak ada tema dan melambangkan kemegahan dan kestabilan sesebuah rumah sukan yang dijadikan entiti pelajar bersaing sesama sendiri dalam arena jasmani.

Tapi nama rumah sukan sekolah dekat rumah gua ni menyampah pula gua dengar. Semua pakai nama kereta Proton.

Nak melambangkan apa? Gua risau juga, sebab nama-nama kereta Proton ni tak melambangkan kestabilan dan boleh mendatangkan rosak dan kemik.

****

Itu saja ulasan gua pasal hari sukan sekolah. Nak ulasan yang lebih bersifat kesukanan sila rujuk kepada Haji Hasbullah Awang, beliau lebih berpengalam dan bersemangat kental.

Akhir kata dari gua, bersukan-bersukan juga, nasik jangan lupa makan.

fin.

Monday, June 27, 2011

Astro dan Guest

Mula-mula gua nak mohon maaf dengan abang Guest. Mungkin dia terasa dengan bahasa gua yang terlalu kasar. Jadi mohon maaf, gua tak reti nak berpribahasa, tapi gua try juga lah sedaya yang mungkin.

Kalau-kalau abang Guest baca, gua harap abang Guest terhibur.

***

Okay. Saye dah komen pasal Astero awal dulu, sekarang saye nak komen lagi la pasal Astero.

Baru-baru ni di Dewan Rakyat ada dibincangkan apa relevannya Astero naik harga. Iyalah, harga naik tak naik sama juga gampangnya. Masa hujan masih tak ada siaran. Cerita ulang-ulang benda yang sama. Dan yang paling penting sifat kapitalis yang tinggi dalam jiwa abang Astero sekalian.

Dijawab begini lebih kurang oleh orang kerajaan yang berkaitan.

" Astero naikkan harga ni ada relevannya, lagipun bukan semua cenel naik harga. Sesetengah cenel saja naik harga. Lagipun boleh konsider juga sedikit sebanyak sebab tak banyak iklan dalam Astero kalau nak banding dengan tibi lain. Iklan dalam Astero pun promote rancangan Astero juga, so tak kira iklan sangat lah. "

Ini ibarat menarik rambut dari tepung ya abang Guest, pujian itu semata-mata untuk membodek Astero bagi menjamin Astero lebih banyak sponsor program 1Malaysia.

***

Dah tu orang nak komplen banyak betul CD cetak rompak kat luar sekarang ni. Abang Guest tahukah melanggan Astero First untuk 1 movie hanya RM15 dan ianya boleh ditonton untuk 15 orang kalau famili ramai, kalau kurang bahagi la dalam lebih kurang 4 macam tu. Lagi murah dari harga tiket wayang.

Jadi, adakah orang akan pergi menonton wayang Melayu? Ce abang Guest fikirkan dengan lebih teliti tanpa rasa bias jika abang Guest kerja dengan Astero.

p/s : Fak! Astero dah tutup link Maharaja Lawak dalam Astero!

fin.

Monday, June 20, 2011

Gampang Lagi Satu


Ini gua baru perasan. Sorrylah. Gua tak layan sangat shoutbox sebelah ni. Tambah-tambah kalau ada manusia bangang macam ni yang pondan nak mampus nama pun tak berani letak.

Kalau lakilah. Kalau perempuan tak apalah pondan pun.

***

Gua tak ada hal orang mau kritik blog gua. Apa adahal, ini bukan website kerajaan yang kalut bila dah kena hack. Ini blog peribadi yang gua buat sebab suka-suka dan tak dapat untung pun.

Komen gua :
* Orang bangang kalau tak berfikir bangang jugalah sampai mati. Macam lu. Bangang.
* Lu memang hipokrit. Lu suruh gua pakai BM. Sila cari dalam kamus perkataan 'jz', 'asik', 'mcm' dan 'bajet'.
* Lu tau ke tak BM tu apa. Lu jangan nak tipu tahu. Lu sendiri cemar bahasa Melayu. Sekurangnya gua tak ubah-ubah ejaan Bahasa Melayu.
* Dan gua tak cakap lu-gua, gua tulis lu-gua dalam blog. Kalau blog lu, ada muka lu bercakap tak tahulah. Mesti nampak bangang muka lu kan?

Gua kalau nak maki orang, gua letak nama. Bukan macam gampang ni. Kan dah kena carut. Tapi apa ada hal? Blog gua, rumah gua, gua nak carut kan?

I speak what I want, where I want, whichever languages I prefer to. I dont care for it being 'sedap' or not. If you spoke total Malay then surely you are a total moron from a second class society.

Kalau lu baca, gua harap lu bengang. Eloklah tu. Bengang dan bangang. Feel free to comment. Kalau rasa telur dah masuk ke dalam tak payah tulis nama. Kalau perempuan tak kisahlah. Anda kan insan yang lemah. Tak payah tulis nama. Letak gambar dengan nombor telefon ja.

Untuk insan bangang di atas.

fin.

Drama Melayu yang Gampang!

Tajuk : Kembar Papa

Sinopsis : Mengisahkan Ash (apa jadah nama orang macam ni lahanat gua tak tau) yang bermusuh dengan Aqil di dalam kelas sehingga permusuhan memuncak apabila Aqil merampas awek Ash, Tiara. Takdir menentukan segalanya apabila ibu Ash meninggal dalam kemalangan dan Ash terpaksa tinggal dengan bapanya yang jarang berjumpa. Dan cuba teka, siapa adik beradik lain mak Ash? Betul. Aqil adalah abang Ash rupanya. Faking klise!

Sebab apa gua tengok : Sebab ada Puteri Sarah dengan Faezah Elai.

Gampang #1

Adegan dalam klinik.

Doktor : Bacaan puan Rokiah ni agak okay berbanding minggu lepas. Tapi bacaan darah macam kurang sikit.
Rokiah : Iyeke? Saya ikut arahan doktor. Saya kurangkan makan. Cuma saya makan nasi je. 3 kali sehari.

Gampang apanya makan nasi 3 kali sehari pun cerita doktor!

Gampang #2

Adegan dalam kelas masa nak hantar paperwork projek. Ash hantar paperwork lambat seminggu. Tiba-tiba....

Aqil : Saya tak setuju puan terima paperwork dia. Dateline kan minggu lepas. Kalau macam tu kami pun boleh hantar paperwork ni hari ni lah.

Tiba-tiba rusuhan dalam kelas. Semua jerit-jerit sokong Aqil. Gampang betul!

Gampang #3

Tiara : Tiara risau la, paperwork Tiara tak siap lagi ni.
Aqil : Erm, kalau camtu biar Aqil tolong buatkan.
Tiara : Betul ke ni, Aqil?
Aqil : Betul, lagipun buat apa kita nak kedekut ilmu.

FAKKKKK!!! Tolong buat tu tiru la gampang!!! Apa jadahnya kedekut ilmu, babi!!!!!

Gampang #4

Lepas baik-baik Ash dengan Aqil pun balik kolej jadi kawan baik. Tiba-tiba datang Tiara. Yang bangangnya tiba-tiba si Tiara ni maki-maki Ash. Pastu kena maki balik dengan Ash.

Lepas tu cerita habis. Gampang sungguh!

Gampang #5

Mana kembarnya pun gua tak nampak dalam drama ni!


fin.

Saturday, June 11, 2011

Astro First itu Bangang!



Pengarah filem paling power pernah tweet benda ni. Gua rasa dia bersifat sinis sangat sebab masam dia tweet filem dia Nur Kasih the Movie tengah ditayangkan dan filem dia TAK ditayangkan di Astro First.

Kemudian malam tadi ada orang dah jadi pandai. Baca sini.

So ada orang dah sedar benda tu angkara Astro First. Benda ni bukan benda main sebenarnya, tapi dah setengah tahun baru sedar.

Tapi yang paling lahanat sila baca perenggan-perenggan bawah artikel tu. Katanya orang yang merakam tu boleh didakwa. Gua rasa benda ni bangang yang amat bangang.

Selagi ada Astro First, lu tangkap la mamat mana pun yang merakam. Akibatnya sama juga, akan ada lagi yang merakam. So benda tu akan berulang. So faking, just shut off the source which is Astro First itself!

****

Sebelum ni kerajaan bengang, karyawan pun bengang. Kononnya piracy menghancurkan kredibiliti industri perfileman negara. Tapi apa bezanya piracy dengan Astro First.

Gua sendiri tak akan susah-susah ke wayang kalau dah ada Astro First. Dan gua sendiri bukan minat sangat pun filem-filem Melayu.

Yang untungnya Astro. Yang jahanamnya filem Melayu.

Sebab apa Astro First tunjuk filem Melayu saja. Sebab orang Melayu bangang! Sebab nampak duit Astro tunjuk saja!

Lama-lama nanti tak payah ada wayang, filem Melayu keluar Astro saja terus!

****

Pagi tadi gua dengar kat Hot FM. Kerajaan nak dakwa website download movie yang tak sah. Means the like of syok.org, jieazzmovie.net is currently under harms way.

Sementara itu kapitalis Astro untung berjuta-juta.

Kerajaan pun turut belakang Astro.

Bangang jenis berikut-ikut.

fin.

Thursday, June 2, 2011

Cukup 1Malaysia




Siapa yang ada Twitter mesti tahu ada suatu topik tengah trending ni. Ini cerita pasal seorang budak remaja yang mengaku dia dah pernah main. Jadi semua orang nak cakap pasal hal tu, nak spam blog budak tu.

Mana orang yang nak, cari sendiri. Dah jadi trending topik kan Tweet dan FB dah, kalau tak dapat cari memang Tuhan tak nak bagi anda dapat dosa. Ataupun lagi elok tak payah cari, nanti ko sendiri akan judge budak tu.

So budak remaja ni mengaku dengan bangganya dia dah main dengan boyfren dia.

Since sex before marriage is a taboo here, memang ramai sangat yang spam blog budak ni konon nak bagi nasihat dan paling hina, maki dia.

Well, itulah 1Malaysia untuk kita. Bila ada benda ni semua orang bersatu padu kondem budak ni. Dan kita langsung tak tengok diri kita sendiri.

Ayat yang paling aku tak suka bila aku baca blog minah tu.


'Sebab awak berjuta orang dapat dosa.' Bangang sangat pemikiran tu. Dosa pahala semua atas usaha, amal diri sendiri. Ayah ko pergi masjid, pahala turun kat ko ke? Sepupu ko minum arak, dosa dapat kat ko ke?

Aku cukup bengang dengan orang macam ni. Konon berilmu nak nasihat orang tapi diri sendiri pun macam celaka.

Janji dapat spamming orang yang dilihat 100% berdosa oleh umum, so korang ingat dosa korang akan terhapus?

Get a Life people! Middle finger up!

fin.

Wednesday, June 1, 2011

Kau Adalah...

Kau bukan bintang. Sebab kau hilang bila pagi tiba.

Kau bukan bulan. Sebab sekejap kau ada, sekejap kau tak ada dalam sebulan.

Kau bukan mentari. Sebab kadang-kadang kau panas macam setan.

Kau bukan emas permata. Sebab kau akan ada susut nilainya juga.

.
.
.
.
.
.

Kau adalah udara. Kerana tika suka dan duka, sihat dan merana, kau tetap akan terus ada.

fin.