Wednesday, January 5, 2011

Kahwin Muda

Kahwin itu sunnah. Nak tak nak kita kena ada azam untuk kahwin. Bukan atas dasar gatal, gedik atau tak tahan, tapi atas dasar fitrah.

Tapi kahwin juga adalah suatu hubungan yang suci. Sesuatu yang kena dijaga. Bukan kahwin elok-elok, tunggu 2-3 bulan, cerai berterabur. Hampeh.

Sebab itu kahwin perlu ada sifat-sifat kematangan yang unggul. Seriusly. Dah tu, pehal gua nampak trend sekarang ramai gila budak-budak muda gatal nak kahwin ni?

Sumpah gua rasa geli, geram pada golongan-golongan tersebut.

Matang itu isu relatif. Budak umur 15 tahun pun boleh mencapai kematangan. Betul. Tapi tak dapat dinafikan juga kematangan itu dipupuk melalui pengalaman. Pengalaman melihat, mendengar dan merasa dengan tulang empat kerat sendiri. Dan pengalaman itu datang bersama masa.

Baru-baru ni ada budak umur 14 tahun dah menikah. Penat juga gua bising bersama Fatin sah ke tak sah hubungan kahwin mereka? Rupa-rupanya ikut undang-undang memang sah.

Bahaya. Dalam artikel tulisan Marina Mahathir, beliau menentang keras kahwin remaja. Walaupun pada sesetengah pihak ianya menghalang hubungan seks luar nikah, tapi ianya cenderung untuk meranapkan sistem rumahtangga yang sepatutnya dibina atas dasar tanggungjawab dan BUKANNYA CINTA semata-mata.

Berapa ramai orang pertengahan 20-an yang menikah dan bercerai? Dan apa yang kau jangka bila kau melihat budak belasan tahun menikah?

Boleh budak tu memasak? Jaga suami? Kalau yang jenis tak habis sekolah lagi macam mana? Sekarang trend lepas SPM terus nak menikah. WTF aku cakap sama kau!

Katakan 2, 3 tahun kemudian anak gadis (gua cakap gadis sebab selalunya gadis yang menjadi mangsa keadaan ini ) itu bercerai? Mana hala tuju dia? Nak apply kerja pakai result SPM? Nak teruskan pengajian? Mungkin boleh walaupun sudah rugi 2,3 tahun. Macam mana kalau dah ada anak?

Orang sekarang fikir kahwin sebab mahu puaskan nafsu dan atas dasar cinta semata-mata. Walhal cinta saja bukan boleh bagi makan minum. Ini bukan cerita Hindustan starring SRK dan Kajol. Ini real-life for God sake!

Dan ya, gua menentang keras kahwin muda. Fikir dulu sebelum bertindak. Umur belasan tahun, bagi gua adalah umur untuk terus belajar, jika tak, mencari pengalaman. Bukan menggatal.

Betapa budak-budak remaja sekarang dah berubah. Faking.

fin.

4 comments:

say- O said...

i say yes! gila la kawin muda.

Anonymous said...

rse mcm lhanat giler tgk bdak2 kawin awl..nk ksi mkn ank org mkn pe..mkn rumput ke pe..

hazal said...

I say yes also!

Kalau kata org dulu boleh kawen muda sbb diorg kecik2 dah merantau, mencari pengalaman.

Sekarang sampai universiti pon masih dibawah tanggungan mak bapak lagi. Pengalaman ciput. Ilmu keibubapaan, kekeluargaan cetek. Niat tak betul. Sebab tu banyak kes cerai.

wann afzan™ said...

sbnrnye x salah kawin muda. boleh jauhkan maksiat dan zina. yg skrg ni org marah sbb budak2 bkn guna duit sndri utk kawin. ok, if thats the fact, kawin ala kadar je lah. yg penting, akad nikah tu, ye dak? jamuan2 bagai macam nak kenduri satu malaysia tu xyah la buat pun. boleh timbulkn dosa sbb nanti orang mengumpat. makan x sedap lah. buat kenduri besar2 macam nak menunjuk lah. itu lah ini lah. macam xtau je mulut orang melayu.

then kalau kawin time tgh blaja, si suami tu kena pandai2 lah cari duit sementara nak tggu dua2 habis blaja. part yg ni, kena ade parents yang supporting gak. sbb kalau just nak harap duit ptptn or jpa, mmg makan pasir ah masing2. tapi xde masalah selagi x mengandung.

then bila dua2 dh hbs blaja, dua2 kena cari kerja. si bini tu kena tolong laki cari duit. laki tu untuk disenangi. bukan untuk dibebani.

woh. gua dah macam ustazah dah ha. sbb gua setuju kawin awal. tapi kena tengok keadaan gak la. kalau laki tu x mampu nak jaga diri sendiri, apatah lagi nak jaga bini, ye dak?

er...igtkn perenggan yang atas ni last. ok. ni last.

ok2. yg ni srius last. bye!