Monday, January 31, 2011

HAKERA 10/11


Klik [sini] kalau ada sebarang was-was dan malu bertanya dengan gua.

Ini kalau gua tak promote gua risau kena pijak, caci dan kena pukul. Jadi demi menjamin nyawa gua selamat gua promote juga.


Ini siapa-siapa yang tak ada uzur sebarang benda boleh la datang. Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad 11-13 Februari.

Untuk orang lelaki yang nak datang hari Jumaat gua sarankan jangan lupa nak sembahyang Jumaat pula. Masjid dekat saja.

Nak tau best tak best datang dulu. Senang cakap lepas Hari Raya Puasa, benda alah ni lah yang paling best.

p/s : gua mengharapkan insentif dari AJK promosi hakera sebab beliau kroni-kroni gua juga.

fin.

Monday, January 24, 2011

Babi Pelik Gini!

Banyak benda pelik dalam dunia, dalam hidup ni. Ada orang hidup balik lepas mati. UFO atas langit. Jadi kurus lepas gemuk sepanjang hayat. Jadi billionaire muda. Orang biasa kahwin artis.

Banyak benda pelik.

Contoh benda pelik yang terasa dalam hidup gua lebih kurang macam ni.

Orang yang kita tak kenal atau baru kenal lagi senang kata terima kasih, senyum dan bersetuju dengan kita dari orang yang kita kenal.

Mungkin mentaliti. Kalau baru kenal, mungkin tengok kita baik lepas tolong dia, jadi dia mudah kata terima kasih dan hargai kita.

Orang dah lama kenal pula sebab dah lama kenal beranggapan dah lama kenal so bolehlah main pijak-pijak kepala, dan sepak ke hulu hilir sebelum berterima kasih.

Jadi tak hairan orang dah lama kenal segan nak cakap terima kasih pada kita.

Pelik kan?

fin.

Tuesday, January 18, 2011

Hari Stress Sedunia bhgn 2.0

Mungkin hidup ni lagi senang kalau kita boleh menyumpah seranah semua benda di depan mata kita.

Mungkin hidup ni lebih senang kalau kita sekadar mengkritik perkara yang kita langsung tak pernah berusaha untuk mencuba mahupun mengubahnya.

Mungkin hidup ini lebih senang kalau banyak orang macam kita.

Tapi hidup ini memang susah.

Take it up people. Jangan buat emosi tak tentu hala. Orang lain boleh buat, takkan kau tak boleh?

Apa kau fikir ini dunia yang direka khas untuk kau?

Pergi mampus kalau kau mahu fikir macam tu!

Others opinion matter!

fin.

Hari Stress Sedunia

Hari ni hari stress sedunia. Betul. Gua tak tipu.

Kalau lu tak percaya apa gua peduli. Gua ni kalau dah stress dalam pembikinan sebarang kerja gua susah nak berkongsi kasih sayang dengan siapa-siapa.

Minta maaf Diana Daniele. Malam ni gua tak boleh rumah. Tak payah masak nasik.

fin.

Sunday, January 16, 2011

Aku Masih Dara

Okay. Ini memang gila babi celaka punya cerita.

Cerita ini bertujuan untuk menginsafkan tapi gua tak rasa akan ada pun orang-orang yang insaf tengok cerita ni.

Tahniah Ahmad Idham. Setelah menghasilkan filem-filem bagus macam Tentang Bulan dan Jangan Pandang Belakang, dia sanggup menjatuhkan reputasi dia dengan mengarah filem teruk dan tak ada value untuk dilihat ini.

Gua geram. Gua memang geram.

Kononnya filem ni nak ajar kita untuk hidup berlandaskan hukum Islam. Tapi kenapa gua rasa segala apa yang berlaku dalam filem ni seolah-olah mengeji prinsip yang ada dalam Islam.

1 contoh saja gua beri. Konon Raja Farah dah insaf. Tapi tudung pakai stail tudung getah yang boleh terus sarung saja. Boleh terima lagi cara tu. Tapi anak tudung haram tak pakai, rambut masih berkaler. Amacam?

Kalau iye pun nak tunjuk yang lu buat filem tu atas dasar untung dan bukan hipokrasi, tolong lindungi benda-benda macam ni. Bagi gua itu sensitif. Apa kata orang yang asyik berfikir kaler rambut itu halal atau tak? Adakah filem ini cuba sampaikan selagi lu insaf, tak kisah rambut kaler apa?

Gua dah banyak sangat tengok filem hipokrit gini. Syurga Cinta pun sama tapi sekurangnya Heliza itu menjaga pemakaian tudungnya di luar, dan ya, dia memang pun bertudung.

Ashraf Muslim pula sempat lagi bagi salam kat Yana Shamsudin bila dia dalam keadaan tak sopan (bertuala dan sebagainya, gua malas nak cerita). Dan bila Yana lari hal salam yang dipersoalkan. Gua tak faham. Hipokrit sangat di situ.

Lepas tu jadi trend la dalam filem dakwah Metrowealth ni ada scene anak yang insaf tengah solat lepas tu ada parents termasuk dan nampak, lantas sentap? (rujuk Syurga Cinta dan Aku Masih Dara)

Tu belum gua cakap kesilapan konti yang bodoh macam tikam di perut tangan boleh patah lagi tu. Ke accident on the way ke hospital yang buat tangan mamat tu patah?

Tolonglah. Kalau nak buat filem dakwah sila jangan nampak sangat hipokrit tu. Tunjukkanlah betul-betul apa orang Islam akan buat pada masa dan keadaan sedemikian.

fin.

Friday, January 14, 2011

Mefek Tahun Ni

Gua rasa Mefek ni memang berpuaka.

Mefek dulu gua demam.

Mefek kali ni pun gua demam.

Cuma Mefek tahun ni dah tak ada angels dah.

*sigh*

*pandang langit*

fin.

Thursday, January 13, 2011

Memang Gua Tak Tahu Tulis Apa Dah!

Semalam gua cakap gini sama kawan gua.

" Kawan jenis apa yang terasa bila tengok kawan dia happy? "

Ini terjadi bila ada sedikit sebanyak konflik yang berlaku di kalangan member-member. Biasalah, semua orang mahu berubah dan akan berubah. Jadi kita kena lah adaptasi demi kebaikan diri dan rakan-rakan.

Bila gua tengok balik apa yang gua cakap semalam, gua rasa ayat-ayat gua ni makin boleh tahan juga.

Tak mustahil cita-cita gua nak tekel Diana Daniele gini!

p/s : dah besar ni baru gua sedar kalau senang buat kawan, hilang kawan pun sama senang juga caranya.

fin.

Wednesday, January 12, 2011

Winner of the Loser

" Nah, awak balik ni. " kata saya lantas menghulurkan sekujur jasad yang ku robek dari dada saya.

" Eh, ini hati saya yang saya kasi dulu. Ambillah, kan awak punya? " kata dia, tegas namun tersenyum kehairanan.

" Ambil saja. " kata saya sambil menghulurkan hati itu kepada jasadnya.

" Kenapa ni? " tanya dia pada saya.

" Saya lagi suka awak bila awak ada hati macam dulu. "

fin.

Monday, January 10, 2011

Fill in the Blank

Semalam berjumpa semula dengan anak saudara yang paling kecil itu. Masya ALLAH, dah besar sekarang. Kali terakhir aku berjumpa dengan anak gadis tu, mata pun tak boleh celik lagi. Sekarang, gelak pun dah pandai.

Dah besar, 4 bulan, cantik dan comel.

Sebelum balik aku cium pipi dia. Dia ketawa kecil.

Hilang saja dia dari pandangan aku sebak tiba-tiba. Anak kecil itu dah besar, di mana aku sepanjang masa ini?

****

Entah kenapa semalam aku merasakan sesuatu yang lain dalam diri. Bukan aku rasa sesuatu yang hilang, tetapi aku merasakan sesuatu mula muncul dalam diri aku.

Hati aku berdebar-debar.

Orang cakap kalau hati berdebar-debar maknanya sudah jatuh cinta. Dan cinta itu pula luas maksudnya. Dan secara konklusi aku tahu, dalam dada aku rasa kasih dan sayang, itu yang aku rasa.

Oh Tuhan, aku bersyukur. Mungkin aku tak dikurniakan susuk tubuh dan raut wajah yang kacak di pandangan masyarakat tapi aku bersyukur aku punya rasa kasih sayang yang tidak kurang hebatnya.

Aku sayang pada keluarga dan aku sayang pada kawan-kawan. Buat masa ini, aku rasa itu sudah cukup bagi diri ini untuk direinkarnasi dalam dunia yang serba korup ini.

You might dont like me cause the way I look but I have the heart that is second to none.

Dan untuk itu saja aku bersyukur.

p/s : mereka kata rasa sayang mampu merubah segalanya, kita tengok saja nanti.

fin.

Saturday, January 8, 2011

Abang Bad



Sepanjang gua terlibat dalam bidang teater samada secara pasif (produksi) ataupun aktif (lakonan) gua rasa inilah puncak segala-galanya. Gua tak pernah rasa sepuas ini.

Merujuk kata-kata Matmer, watak kecil impak maksima.

Tapi semua ini bermula dengan nasib saja sebenarnya. Datang menjenguk latihan dan dipaksa menggantikan watak Abang Bad yang pada asalnya dipegang oleh Saido.

Secara tidak langsung watak stand in yang gua lakonkan secara spontan mendapat sambutan dan dek kerana Saido gagal sembuh pada masa show, gua terpaksa menggalas watak ini.

Macam gua cakap, nasib.

Gua berlatih pun dalam 2,3 kali sahaja menjelang show. Hasilnya yang dilihat semasa show adalah 40% tindakan spontan yang tak pernah gua buat semasa latihan. Menambah-nambah tapi tanpa gua sangka mendapat sambutan yang tinggi.

Watak gua memang lah sikit tapi setakat gua mendapat komen, ini memang persembahan gua yang terbaik setakat ini.

Sebab itu baru-baru ini gua disuruh menggalas balik watak ini gua jadi ragu-ragu mahu terima. Bukan apa, mampu ke gua ulang balik persembahan mantap gua?

Lagipun orang lagi senang mahu kenang atas persembahan buruk kita dari persembahan baik kita ye dak?

fin.

Wednesday, January 5, 2011

Kolagen

Ada doktor pembedahan plastik cakap, budak-budak ni banyak kolagen sebab tu diorang tak ada kedut-kedut.

Sebab tu juga pipi budak-budak ni tembam, buat orang geram tengok.

Dan bila dah besar, kolagen pun dah tak ada. Sebab tu yang tegang jadi kendur.

Tapi.....








Ni apa jadah ni? Kata budak-budak saja ada kolagen!!!

Penipu punya doktor pembedahan plastik!!

fin.

Kahwin Muda

Kahwin itu sunnah. Nak tak nak kita kena ada azam untuk kahwin. Bukan atas dasar gatal, gedik atau tak tahan, tapi atas dasar fitrah.

Tapi kahwin juga adalah suatu hubungan yang suci. Sesuatu yang kena dijaga. Bukan kahwin elok-elok, tunggu 2-3 bulan, cerai berterabur. Hampeh.

Sebab itu kahwin perlu ada sifat-sifat kematangan yang unggul. Seriusly. Dah tu, pehal gua nampak trend sekarang ramai gila budak-budak muda gatal nak kahwin ni?

Sumpah gua rasa geli, geram pada golongan-golongan tersebut.

Matang itu isu relatif. Budak umur 15 tahun pun boleh mencapai kematangan. Betul. Tapi tak dapat dinafikan juga kematangan itu dipupuk melalui pengalaman. Pengalaman melihat, mendengar dan merasa dengan tulang empat kerat sendiri. Dan pengalaman itu datang bersama masa.

Baru-baru ni ada budak umur 14 tahun dah menikah. Penat juga gua bising bersama Fatin sah ke tak sah hubungan kahwin mereka? Rupa-rupanya ikut undang-undang memang sah.

Bahaya. Dalam artikel tulisan Marina Mahathir, beliau menentang keras kahwin remaja. Walaupun pada sesetengah pihak ianya menghalang hubungan seks luar nikah, tapi ianya cenderung untuk meranapkan sistem rumahtangga yang sepatutnya dibina atas dasar tanggungjawab dan BUKANNYA CINTA semata-mata.

Berapa ramai orang pertengahan 20-an yang menikah dan bercerai? Dan apa yang kau jangka bila kau melihat budak belasan tahun menikah?

Boleh budak tu memasak? Jaga suami? Kalau yang jenis tak habis sekolah lagi macam mana? Sekarang trend lepas SPM terus nak menikah. WTF aku cakap sama kau!

Katakan 2, 3 tahun kemudian anak gadis (gua cakap gadis sebab selalunya gadis yang menjadi mangsa keadaan ini ) itu bercerai? Mana hala tuju dia? Nak apply kerja pakai result SPM? Nak teruskan pengajian? Mungkin boleh walaupun sudah rugi 2,3 tahun. Macam mana kalau dah ada anak?

Orang sekarang fikir kahwin sebab mahu puaskan nafsu dan atas dasar cinta semata-mata. Walhal cinta saja bukan boleh bagi makan minum. Ini bukan cerita Hindustan starring SRK dan Kajol. Ini real-life for God sake!

Dan ya, gua menentang keras kahwin muda. Fikir dulu sebelum bertindak. Umur belasan tahun, bagi gua adalah umur untuk terus belajar, jika tak, mencari pengalaman. Bukan menggatal.

Betapa budak-budak remaja sekarang dah berubah. Faking.

fin.

Tuesday, January 4, 2011

Semester 1 di Bulan September

Benda ni tak adalah baru sangat. Tapi terang-terang ada kontroversi pada isu ini.

Apa hal?

Secara lahiriahnya semester 1 untuk kemasukan pelajar-pelajar IPTA selalunya bermula pada bulan Julai dan berakhir pada awal November. Namun untuk sesi depan pihak KPTM berhajat mahu menganjakkan permulaan semester baru pada bulan September.

Alasannya mudah, mahu sama dengan IPT tersohor di luar negara yang lain.

Kebanyakan universiti tersohor yang terletak di hemisfera utara mengamalkan sistem semester yang bermula pada bulan September. Jadi untuk tujuan ini, IPT di negara kita juga akan bermula pada September untuk berada pada keadaan yang sama seperti mereka. Lapor akhbar semalam.

Gua tak tahu sama ada keputusan ini dibuat atas research yang betul-betul cukup atau tidak. Tapi gua tak rasa pihak Kementerian ambil kira universiti tersohor di hemisfera utara tu ada 4 musim dan sistem semester mereka mengambil kira itu dalam kalendar akademik mereka. Sebab itu ada summer dan winter break.

Kita hanya ada 2 musim. Kemarau dan tengkujuh. Dan gua tak rasa pihak Kementerian ambil kira menjelang peperiksaan akhir semester 1 adalah musim tengkujuh dan banjir di sesetengah tempat. Melainkan Malaysia turun salji tahun ini, gua nampak alasan nak sama dengan universiti lain tu sangat tak relevan. Geografi punya sebab la bai.

Alasan dua nak bagi masa untuk pelajar SPM yang cemerlang fikir mahu teruskan pelajaran di mana. Sistem sekarang masanya singkat sangat, sebab tu pelajar kita terus belajar di luar walaupun IPT dalam negara pun tak kurang hebatnya.

Faking. Kalau seorang pelajar berumur 17 tahun diberi pilihan, IPT dalam negara dan sebuah universiti di Wales, agak-agak lu mana dia pilih walaupun dia diberi masa yang cukup ya amat untuk memilih.

Alasan ketiga lagi keparat. Kalau semester baru mula bulan September, senang untuk kemasukan pelajar luar negara kerana keputusan mereka lambat keluar dan mungkin tak sempat jika kemasukan Julai.

Alasan ni nampak sangat kapitalis. Nampak sangat mementingkan duit dan imej. Padahal tak ambil kira orang yang tengah belajar dan mengajar sekarang.

Gua tak kisah perubahan. Tapi perubahan yang macam celaka memang gua kisah.

Benda ni terang-terang tak ada research yang cukup. Dan gua rasa benda ni akan jadi hangat-hangat tahi ayam sama macam pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

fin.