Gua bukanlah Rosham Noor, apatah lagi Johnny Depp mahupun Heath Ledger. Gua hanyalah jejaka tegar yang dipanggil Nas di kalangan rakan-rakan senior, junior mahupun sebaya. Justeru gua bukanlah hebat dari segi lakonan ni.
Kalau gua masuk Anak Wayang, gua mungkin tak lepas pusingan kelayakan. Sebab gua tak hebat. Gua hanya berpegang pada kata kunci ; gua cool. Itu saja. Tapi cool tak menjamin kejayaan dunia dan akhirat. Hahahahaha~~
Namun, gua masih berpeluang jadi macam Johnny Depp. Semua sebab KTR (Kelab Teater Rimba). Kali pertama gua berkhidmat untuk kelab ini adalah menjadi pelakon di hadapan 3-5000 orang pelajar semasa Minggu Orientasi bersama Ain Nur (bukan perempuan, juga bukan pondan). Lepas tu gua join belakang produksi saja.
Sampai ke hari ni rasa macam dah lama sangat gua tak berlakon untuk Kelab yang mendidik gua dalam bidang seni teater ni walau gua bukan ko-k sekalipun. Dah setahun lebih. Kali terakhir di Singapura.
Kali ni gua dikerahkan oleh sahabat gua, Mimi the Batman, untuk mengganti watak seorang teman yang ditimpa kecelakaan.
Alhamdulillah.
Watak itu berjaya gua lakonkan walaupun mungkin terdapat sedikit kelemahan, al-maklumlah gua berlatih seminggu saja dan gua highlightkan sekali lagi, gua bukan Johnny Depp mahupun Jaafar Onn, okay!! Gua bukan profesional.
Nama watak gua Abang Bad. Seorang lelaki terencat yang gagap akibat makan di warung Pak Munawir. Namun cacat di minda, hakikatnya gua masih kacak. Gua rasa Ain kecik cuba mengorat gua tapi gua rejek sebab dia belum baligh lagi.
Gua akui gua banyak improvisasi dalam adegan gua. Contoh : "Sonia la bodoh!". Dalam latihan tak pernah buat. Ok. Sori. Biasalah kalau dah di pentas Panggung Seni. Summersault pun gua boleh buat. Cuma gua segan je. Kan kenalan Maya menonton di depan. Nanti apa pula kata dia pada Maya nanti.
Namun gua still rasa produksi ini akan meninggalkan kesan pada gua. Satu, mungkin ini adalah lakonan terakhir gua dalam Teater Rimba mahupun Teater UKM. Kedua, produksi kali ni betul-betul mengimbau 4 tahun di UKM. Hampir semua rakan teater dari gua tahun satu gua dapat lihat dalam produksi ini.
Gua bukan seorang yang romantik untuk melafazkan kata-kata ni. Tapi gua tak malu menggelarkan diri gua seorang penggiat teater walaupun gua bukanlah super-pro, walaupun gua tak adalah sehebat mana pun kalau nak dibandingkan dengan orang yang di luar sana.
Tapi banyak gua belajar di sini.
Buat produksi USANG, ini mungkin kali terakhir kita berkerjasama, tapi ini adalah memori yang paling indah. So Sweet!! Heee~~~
p/s : gua taknak bagi komen. sebab gua tau korang dah buat yang terbaik. oh dan buat teman yang datang menyokong, terima kasih. tak sia-sia 4 tahun.
Fin.
4 comments:
caya la bro..tringin aku nk join ktr..hehe
waa...
abang saye hensem la...
hahah
gua tgk skit je part lu blakon..
tu pun dr hp mai..
sory ah..
gua x dpt bg sokongan time tu..
lu pun tau pe yg berlaku..
pape pun, gua respek lu...
bkn persoalan byk mana gua brlakon skrg,
tp pehal ada dlm hp mai video gua ni?
gua sdri pn xtgk2 lg??
nway, thanks...
ini dah last pn nway...
Post a Comment