Wednesday, February 3, 2010

Kosong


Di saat jari ini menekan-nekan keyboard PC murahku, ya, aku tersangat-sangat emosi.

Betul.

Emosi berangkai. Dari satu hal kecil menjurus ke hal yang lebih besar. Dan terus menerus sampai tak boleh dibendung lagi. Ya.

Saat ini aku perlu teman. Sangat. Perlu teman yang boleh mendengar. Perlu teman yang boleh senyum dan membuatkanku ketawa.

Aku tak ada itu. Mungkin sebab dah pukul 3.17 pagi. Mungkin sebab aku dah gila.

Okay. Anggap saja aku sedang berlatih untuk handle sebarang masalah secara sendiri. Anggap saja aku seorang tinggal di bumi ni. Anggap saja dunia ni aku yang punya.

Boleh bukan??


p/s: dalam diam-diam dada aku sakit lagi. cuba menangis tapi tak boleh.

Fin.

2 comments:

wann afzan said...

maaf..
tiada ketika diperlukan...

Nazrin Saad said...

jgn risau...
kamu sentiasa ada, wann...