Sunday, June 28, 2009

Setelah Bunyi Pistol dan Lagu Hucho Mucho...

Sehari selepas Pejal terpaksa menggalas watak Ptuih!, aku seperti biasa memulakan hari aku dengan menganjing dia (dah dia ja roomate aku masa tu). Kata aku pada dia, "Wah, tinggi ko terbang semalam, semua orang puji ko kn?".. Dan dia balas balik, "Pala hotak ko, lagi naik pressure lagi la.." (Bongok, aku yang kena balik)
Tapi memang ya... Semua orang pikul tekanan yang tersendiri dalam produksi ni. Cuma kalau setiap seorang pikul beban seberat 100kg, mungkin Pejal memikul beban 100kg ditambah lagi dengan berat badan Wida. Betapa beratnya beban yang digalas, dipikul. Lebih berat dari mengangkat barua naik ke muzium.
Sudah seminggu berlalu, namun debaran yang sebenar terasa pada hari ini. Malam yang setaraf dengan Malam Anugerah Skrin, AIM... Malam Penyammpaian Hadiah. Di sini, aku lampirkan beberapa pandangan peribadi untuk tatapan bersama. Mungkin boleh digunakan pada produksi yang akan datang.
1. Mimi ; Kalau kau buang ja sifat dan perangai gelabah kau tu, aku yakin kau boleh pergi jauh. Lebih dari seorang Pengarah Produksi. Dan jangan tertekan sebab kerja kau yang satu, kalau ada 18 lagi kerja yang menunggu. Tapi eventually, semua pun siap kan? Menunjukkan kau ada kredibiliti jika pandai mengawal emosi.
2. Pejal ; Entah, aku kesian dengan beliau. Selalu kemahiran dia melimpah-ruah di bidang setting, tiba-tiba terus naik ke bahagian pengarahan. Satu anjakan yang terlalu mengejut aku rasa pada dia. Kadang-kadang pun dia ada tanya aku berkenaan naskhah ni, bagaimana aku buat dulu. Tapi lambat-laun, jelas dia ada idea sendiri. Bagi aku setiap orang mampu. Cuma perlu dididik dan diajar oleh mereka yang tau. Dan sudah tentu yang diajar itu hendaklah mau belajar. Bagus melatih seorang sebagai pelapis seperti yang Abg Haikal pernah katakan "Korang carilah seorang pengarah untuk Bung". Tapi bukankah seorang pelatih memerlukan jurulatih? Terima kasih pada yang melatih.
3. Alumni ; Mengambil balik kata-kata Pejal, kami budak baru belajar. Dan alangkah bersyukurnya budak-budak seperti kami tidak diendahkan begitu saja. Terima kasih pada Kak Ana yang kental bersama mereka dengan kata-kata semangat dan sifat keibuan yang tinggi sepanjang produksi. Aku percaya kehadiran Kak Ana mengukuhkan lagi keyakinan setiap individu dalam produksi. Terima kasih juga pada Kak Salwa yang kerap mengingatkan aku tentang tugas-tugas seorang SM. Terima kasih kepada Abg Boboy yang menggantikan Jai semasa Run Thru Teknikal. Terima kasih pada Abg Haikal yang menjadi Volume Controller sepanjang Show. Terima kasih pada Abg Rajern yang sentiasa bersama. Terima kasih pada Kak Fadilah di atas sokongan yang ada. Owh, terlalu banyak lagi nama. Terima kasih pada semua alumni atas sokongan yang diberi.
4. Aku dan audio ; Kata Nad pada aku, "Kesian ko kan, balik nak nonton tapi kena tolong aku lak".. Cibai, aku memang balik untuk menjadi penonton saja, tapi naskhah ni dah jadi darah daging aku, nak tak nak aku tolong juga. Hehehe, sepanjang aku jadi audio aku tak pernah nampak audio sesesak ini. Kak Fadilah sendiri cakap lagu dah pack. Nasib si Nad pandai mengorganisekan lagu. Owh dan jika dia gelabah, ada Zul di belakang sebagai back up plan. Bagi aku audio tak banyak silap (kecuali bunyi tren, itu dari aku, Nad tak berdosa) cuma dari segi pemilihan lagu dan penetapan untuk memasukkannya di bahagian mana mungkin perlu diperbaiki sikit lagi. Sebab kadang-kadang akan spoil mood apabila lagu tidak dimasukkan pada bahagian yang betul. Bagi aku sikit je yang aku tengok ada masalah ni, sebab overall audio memang perfect! Tengok la gandingan sapa kan?
5. Teknikal lain ; Maaf, aku hanya tau komen audio sebab itu ja produksi yang aku mahir. Seperti yang aku cakapkan dulu dari segi teknikal, pementasan kali ni jauh lebih dari apa yang aku biasa buat dulu. Jadi, syabas! Ini bukan komen, tapi pujian semata-mata. Seemo-emo Kak Ecah, mampu jua dia menyiapkan set tanpa perlu membaling tukul pada mana-mana rakan sejawat yang lain. Syabas!
6. Dunia baru ; Wanie, Widda, Joyah, Aran, ini adalah produksi besar pertama untuk kamu semua. Aku harap ini tak jadi produksi yang terakhir. KTR masih memerlukan kamu. Kegelabahan Widda yang mampu menaikkan emosi, semangat mau belajar Joyah dan Aran dan kerajinan Wanie. Apa yang kamu belajat, jadikan sebagai panduan menempuh hidup, sebab hidup itu seperti perjalanan sebuah produksi. Keindahan di pentas tak menggambarkan penderitaan mereka yang membinanya. Tapi, bila destinasi itu dicapai semuanya akan hilang.
Yang penting, itu saja yang aku nak luahkan... Owh, mungkin lagi satu...
7. Keluarga ; Produksi itu aku anggap seperti sebuah keluarga. Seorang sakit yang lain terasa pedihnya. Seorang gembira yang lain terasa manisnya. Jadi, apa yang dirasa sekarang? Pedih atau manis?
Rasanya inilah satu-satunya post pasal FTS yang tidak mengata Widda. Aku mendoakan kejayaan pada kamu semua malam ini. Berikan aku hadiah hari jadi yang paling bermakna...

3 comments:

widda_me said...

wah2...tidak mangatanya anda kepada sy..
sgt nmpak yg abg naz x mgata kat wida!

Nazrin Saad said...

kan??
kan ak dh ckp yg aku xngata wida dlm post kali ni...

Aisyah Latib said...

pokoknyA DALAM cerita ini adalah wida..