Dulu,
Dia sentiasa di belakangku
Menangis kerana terjatuh
Dia selalu meraung
Luka akibat bergaduh
Dan aku jelaskan padanya
Tak perlu menangis apabila terjatuh
Kerna kita boleh bangun semula
Tak perlu meraung apabila bergaduh
Kerna esok pasti ketawa kembali
Kini
Tatkala aku menoleh ke belakang
Dia jatuh lagi
Namun dia bangun dengan gagah, dengan rasa bangga
Dia bergaduh lagi
Namun dia senyap membisu, cekal dan kental
Dan kini
Dia yang selalu berlindung di bawah bayang-bayangku itu
Sudah mampu di depan dan punya bayang-bayang sendiri
Aku cuma mampu berdiri, mendongak dan tersenyum
Lalu berbisik
Dia sudah dewasa
P/S: Maaf kerna agak lambat bagiku menyedari kedewasaanmu... Namun itulah diriku, dan sekarang itulah dirimu...

No comments:
Post a Comment