(Based on a true story)
Ini cerita pasal Ali.
Ali tak ada mak. Ali tak ada bapa. Ali tinggal dengan nenek. Jadi, Ali tak pernah tau erti kasih sayang. Apatah lagi cinta.
Ali suka pergi sekolah. Kat sekolah Ali buat banyak kawan. Dengan berkawan je Ali rasa bahagia sangat.
Itu dulu. Sekarang Ali dah besar. Dah masuk UKM.
Di UKM Ali ada kawan juga. Karim, Abu, Kassim, Pian, Ah Seng, Muthu dan ramai lagi. Kawan perempuan pun Ali ada. Minah, Bedah, Siti, Samsiah, Jamilah dan ramai lagi.
Ali kan suka berkawan.
Dalam banyak-banyak kawan Ali paling baik dengan Siti. Kalau ada apa-apa masalah Ali mesti terus cerita kat Siti. Siti pun sama. Pendek kata Ali dengan Siti ni memang baik laa. Macam kawan baik. Adik beradik.
Masa berlalu. Pian, Kassim dengan Ah Seng dah ada awek. Ali tengok je. Ali tak pernah ada awek. Ali tak pernah rasa cinta.
Ali tengok Pian keluar setiap minggu. Balik penat. Tapi senyum meleret-leret.
Ali tengok Kassim tiap-tiap malam bergayut. Bil melambak-lambak. Tapi hati selalu senang.
Ali tengok Ah Seng gaduh dengan awek. Sampai nangis-nangis. Tapi selalu baik balik. Gembira balik.
Ali fikir. Cinta ni ada pahit, ada manisnya. Tapi setiap orang pasti nak merasa cinta. Kerana manisnya cinta tak ada gantinya.
Ali sangat baik dengan Siti. Ali fikir, kalau ni bukan cinta, entah la. Sebab kalau dengan perempuan lain Ali tak segembira ni. Ali tak seserius ni. Ali tak serapat ni.
Satu hari tu, Ali jumpa Siti kat meja kafe. Ali cakap hai. Siti cakap hai. Ali nak cakap dia cintakan Siti. Tapi Siti tanya Ali dulu.
Ali tau cinta?
Ali angguk pun tak, geleng pun tak.
Siti tanya Ali, Ali pernah bercinta?
Ali geleng.
Siti balas, Siti pun tak pernah.
Ali senyum, Ali nak buka mulut cakap. Luahkan hati, tapi Siti cakap dulu.
Sekarang Siti rasa Siti dilamun cinta. Tapi tak tau betul ke tak.
Ali beliakkan mata. Dalam hati, dup dap dup dap dup dap. Dengan Ali ke?
Siti senyum dan buka mulut, dengan Abu.
Hati Ali, dup dap dup dap. Ali tunduk. Ali bangun. Ali keluar kafe. Ali panggil Abu. Ali suruh Abu duduk tepi Siti. Ali pergi duduk jauh-jauh. Dan Ali tengok Siti dengan Abu dari jauh.
Bila Siti senyum, Ali pun senyum.
Kenapa Ali buat macam tu? Sebab Ali tak nak Siti rasa apa yang dia rasa. Rasa sunyi tanpa cinta. Ali rasa kalau dia boleh buat orang yang dia cinta bahagia dia pun bahagia.
Betul ke pilihan Ali ni? Kalau betul, kenapa bila tengok Siti dengan Abu dada Ali rasa sakit sangat-sangat. Betul ke pilihan Ali ni?
Dan Ali duduk kat satu sudut. Tengok Siti dari jauh. Senyum yang entah betul atau buat-buat. Dan dada Ali sakit lagi. Sangat sakit.
P/S : Hidup memberikan kita pilihan... Tapi adakah dengan memilih jalan yang menyakitkan kita telah membuat pilihan yang betul?