Monday, August 13, 2012

Buku Fixi, PTS dan Popular : Satu Konfessi, eh, Pengakuan!


Baru-baru ini heboh dengan cerita Popular tak mahu menjual 2 judul Buku Fixi yang terbaru (Hilang dan Murtad). Selepas itu Puan Ainon, presiden Universiti Terbuka PTS pula mendedahkan sebenarnya Buku Fixi ini menggunakan Bahasa Melayu Rendah, lantas telah menimbulkan keresahan di kalangan pembaca.

Masya Allah, apakah betul itu semua?

Setelah 10 judul Buku Fixi saya telaah akhirnya saya sedar rupanya saya telah dikaburi penggunaan Bahasa Melayu Rendah oleh pihak Fixi sendiri.

Perkara ini sedikit sebanyak telah menyebabkan saya dipandang serong oleh masyarakat yang rata-ratanya menggunakan Bahasa Melayu Tinggi atau paling kurang pun Bahasa Melayu Sederhana dalam kehidupan harian. Selain itu, ayah dan nenek saya juga sudah mula memulaukan saya kerana saya sudah kurang menggunakan perumpamaan dalam ucapan harian.

Saya juga perasan ramai anak muda di pekan menggunakan kata-kata kesat semasa bertutur dengan rakan-rakan. Sudah pasti mereka ini pembaca tegar Buku Fixi.

Malah, saya juga syak peningkatan golongan rempit di negara ini ada hubungkait dengan penerbitan novel-novel Fixi. Saya harap (kalau Puan Ainon membaca) Puan Ainon dapat membuat siasatan berkenaan isu ini. Entah-entah Syamsul Yusop pun baca Buku Fixi dulu baru keluarkan KL Gangster.

Saya ada dengar penulis BISIK tu gangster besar. Saya dengar la. Takut juga saya. Kalau penulis pun dah gangster, apatah lagi pembacanya?

***

Jadi saya menyokong penuh la kalau Puan Ainon tak kasi masyarakat marhaen ni baca Buku Fixi atas sebab gaya bahasa yang terlalu kesat dan rendah. Kan lebih baik baca novel cinta PTS yang mendidik kita untuk sayang kepada pasangan kita tanpa mengira darjat dan usia? Kan itu lebih penting??

Akhir kata, semoga pihak PTS akan terus menerus keluarkan novel cinta yang artistik dengan penggunaan gaya bahasa tahap tinggi yang melampau-lampau. Kalau boleh keluarkan novel yang gaya bahasanya kalau baca 17 kali pun sepatah haram tak faham lagi. Itu paling hebat.

***

Cis. Asal nak komen kat entri PTS, tapi buat semak pula bila fikir balik. Kah kah kah

fin.

Tuesday, August 7, 2012

Pelik

Ada beberapa benda pelik bila orang kena tegur. Ada perasan tak?

Kalau orang tu alim yang amat tegur, maka mulalah bising.

"Ko ingat ko semayang semua cukup ko dah ada lesen la nak sound orang ni?"

Bila orang yang tak alim mana tegur,

"Alah, bro. Ko pun lebih kurang. Takyah la bising-bising."

Jadi golongan mana yang selayaknya untuk kau?

Mungkin kena tunggu malaikat bersayap gergasi turun dari langit kot. Masa tu barulah selayaknya untuk kau ditegur.

Kalau aku mudah saja. Orang begini tak payah ditegur, elok diterajang saja (buat yang berani).

fin.

Thursday, August 2, 2012

Novel

Asalnya seorang yang cakap,

'tulislah novel, kau ada bakat.'

Seorang saja.

Dan kemudian ada seorang lagi. Dan seorang lagi.

Ah, apa nak jadi hal. Mari mulakan menulis!

fin.

Monday, July 2, 2012

Pengembaraan Ke Kota



Aku malas nak cakap panjang-panjang. Aku pendekkan cerita.

Hari tu dengan tekad yang tinggi, azam yang utuh dan semangat yang membara, aku tabahkan hati dan aku pun mengembara ke kota.


Niat asal sebenarnya mudah, mahu melihat anak kecil (Ameer Zaquan) yang baru lahir.

Maka pergilah aku mengembara ke kota. Tak susah, tak sukar dan tak ada cabaran.

Malam tu aku tengok baby, anak saudara, anak buah dan sebagainyalah. Dia comel, dia pandang aku dan dia memahami aku. Aku dapat rasakan kami berdua akan hangout sama-sama tengok Lord of The Ring nanti.

Hatta, semalam pun aku pulanglah dari kota.

***

Kisah pengembaraan aku ni bosan sebenarnya. Tapi bila ditambah dengan adegan makan lobster dan adegan mengembara ke Pesta Buku, aku rasa terlebih eksaited pula.

Oh, lupa nak cerita. Petang sebelum aku balik, aku pergi UIA jumpa geng tabligh, ajak dia lepak makan Nandos, sambil sembang-sembang hal dunia.

Ahhhhh, senangnya rasa mengembara ke kota.

terima kasih atas layanan padu dan penuh mesra.

fin.

Tuesday, May 15, 2012

Cermin




Sejauh mana seseorang manusia itu mahu berubah? Sejauh mana seseorang manusia itu boleh berubah?

Apa yang menyebabkan seseorang manusia mahu berubah?

***

Sebuah naskhah drama pendek arahan pengarah kacak, lakonan dua gadis comel dan dikendalikan pihak produksi yang gagah (dan K Pop). Apa lagi yang kau nak?

Sila datang ke Panggung Seni 16 Mei ini jam 8.30 malam.

Wednesday, May 2, 2012

Si Bodoh A vs Si Bodoh B


Gua terjumpa tweet ini di dalam twitter.

"Dilema pengundi negara ini : Mahu memilih antara Si Bodoh A dan Si Bodoh B."

***

Anda pergi BERSIH 3.0 atau tidak? Atau anda langsung tak ambil peduli pasal perjuangan BERSIH 1, 2, 3 dan mungkin tak akan habis sampai ke sudah. Itu pendapat anda. Aku tak peduli.

Aku tak pergi BERSIH, sebab aku jauh.

Tapi kalau aku dekat dan ada kesempatan, memang aku pergi. Sebab aku nak tengok si Bangang A lawan si Bangang B dan masing-masing menyalahkan satu sama lain di surat khabar kelak.

***

Si Bodoh A

Tengok saja TV1, maka terang-terang anda dapat melihat apa pak pandir A sedang bercakap.

Dari Mukhzani Mahathir 'Pembangkang mahu adakan kekacauan seperti di Tunisia dan Mesir.'

Masya ALLAH, kenapa bangang sangat?

Kenapa bangang? Sila lihat sendiri apa yang diperjuangkan rakyat Tunisia, Mesir dan Libya. Apa kena mengena?

***

Si Bodoh B

Dulu aku ingat Anwar ni insan yang dianiaya. Jadi aku assume dia ni bangang ringan-ringan je.

Tapi rupanya dia pun bangang juga. Argument isyarat tangan tu memang argument paling babi dalam sejarah cover up. 'suruh berbincang dengan polis' my ass!

At the end of the day, dia adalah insan yang berada di atas trak sementara pengikut bertolak-tolak di bawah.

***

Sungguh, BERSIH ni satu perjuangan. Berjuanglah untuk apa yang kau percaya. Tapi berapa ramai antara mereka ni berjuang sebab mereka ni betul-betul percaya?

fin.

Wednesday, April 4, 2012

.....

Dah lama aku tak menulis. Bukan sebab tak ada idea.

Tapi, tapi tapi....


Ah, entahlah....

Suatu hari nanti, mungkin.

Mungkin.

fin.