Klik sini.
Aku tak faham mentaliti kita sekarang. Asal ada ja ura-ura macam ni menggelabah. Selama ni aku tengok orang sambut tak ada pun orang komplen. Sekarang, sejak zaman sharing note FB ni, orang mula menggelabah atas sekecil-kecil hal.
Bagi aku apa ada hal sambut Hari Ibu? Kita mahu meraikan ibu, bukan Dewa Greece. Apa masalahnya? Ada diskaun di merata-rata tempat, hotel dan sebagainya sempena hari itu. Jadi anda bawa ibu anda ke sana. Anda bagi hadiah. Aku kira memang itu menyambut Hari Ibu. Tapi apa kaitannya dengan Dewa Greece?
Samalah kalau kau sambut Hari Raya Aidilfitri tapi berlebih-lebihan. Beli set sofa dan home teater baru. Membazir itu ini dengan niat untuk menunjuk-nunjuk. Menyambut Hari Raya diharuskan tetapi kalau dah buat peel macam ni, tak jadi haram?
Orang sekarang memang pandai berfikir. Tapi atas dasar pemikiran yang terlalu pandai itu lah menjurus kepada benda seperti ini. Pemikiran yang macam ini yang mejadikan kita tak maju. Sumpah laknat tak pula dipertikai, mendedahkan aib orang dan mempermainkan tempat suci untuk kepentingan sendiri. Wallahualam.
Sedarlah. Ya. Aku sambut Hari Ibu. Aku mesej kawan-kawan aku mengucapkan Selamat Hari Ibu. Aku tahu, mereka dan ibu mereka nak dihargai. Dan aku juga tahu, aku dan kawan-kawan aku tu bukan memuja mana-mana Tuhan Greece.
Okay, baca ini pula. Dah besar panjang masing-masing fikirlah sendiri. Jangan pandai-pandai jatuhkan hukum atas apa yang anda baca dalam FB.
fin.

2 comments:
nanti hari bapa pulak. tunggu je lah,.
ehe..apa apa pun,tiz zaqyah xmau dgn remy ishak,bukan remy naz~
Post a Comment