Wednesday, February 23, 2011

Zaman Perubahan


Hari ini angin bertiup dari arah yang berbeza. Hari ini dunia melihat dari perspektif yang berbeza.

Jadi GM menang. Bukan perlu diratap, bukan perlu disorak, bukan perlu dikonvoi beramai-ramai, tapi perlu difikirkan bersama-sama.

Kenapa pemerintahan 8 tahun boleh bertukar tampuk? Salah siapa?

Bukan salah mereka yang bertanding. Tapi ianya disebabkan pengundi mahu menyalurkan sesuatu.

Perubahan.

Dunia liberal sekarang dapat melihat pemerintah Arab yang mempunyai kuasa autokratik di negara Arab juga boleh digulingkan, apatah lagi politik kecil varsiti?

Lihat ini di sebelah positif. Tak perlu kita meratap. Kita juga yang memilih. Jangan salahkan siapa-siapa. Kalau mereka mampu memberikan perubahan, apa salahnya kita berikan peluang? Jika tidak, kita tarik semula peluang mereka tahun hadapan.

Ini dunia liberal, dunia free thinker. Kita berfikir untuk diri sendiri.

fin.

No comments: