Monday, February 14, 2011

Takdir Illahi - 1 Perjalanan

1 perjalanan yang penuh dengan tanda tanya, rasa benci, cinta dan kasih sayang tamat juga akhirnya. Dan sepertimana perjalanan-perjalanan yang sebelumnya, di hujung horizon aku pasti bertemu dengan kekosongan dan kerinduan.

Ah. Banyak benda yang aku tak akan lupa.

Dan mulai hari ini, esok dan lusa hanya benda itu yang akan menjadi penyandar bagi aku. Mengatakan pengalaman sebulan itu bukan palsu.

Untuk produksi dan pelakon Takdir Illahi, aku ingin memohon maaf jika ada salah dan silap aku yang mungkin melukakan hati kamu.

Sesungguhnya sebulan yang lalu adalah pengalaman paling berharga dalam hidup aku.

***

Dan kali ini, sudah tiada lagi jerit-jerit mengutuk paha Mai, berebut Mimi pink, jeritan ibu kepada mak dan romeonya si Ismail. Dan hilangnya juga kutukan tiang dari mereka yang berkenaan.

Ahhh.

Panggung Seni sudah menjadi lohong hitam yang kosong sekali lagi.

fin.

4 comments:

mAi said...

perlu lah paha tu???

Nazrin Saad said...

kalau igt kau, aku igt paha.

so, nak tak nak, terpaksa la..

mAi said...

kalo tgk tiang sy mst terigat bdak nepal ni atau dgn kata lain PATI...

Nazrin Saad said...

peh, mai. ayat tusuk dalam tu. ayat tusuk dalam.

sekurangnya kalau ko hilang dlm gelap, aku masih boleh nampak paha ko. itu trademark.