Friday, March 5, 2010

Samsul The Supernatural

Hero cerita ni nama Samsul. Tahun 2030.

Sekarang bumi dah hancur. Gila-gila punya hancur. Yelah, sejak pertempuran Angel dengan Demon ni banyak tempat-tempat peranginan yang dah terbakar. Banyak juga mapley-mapley yang dah tutup kedai.

Kelab-kelab bola sepak dunia semua pun dah tutup. Bankrap. Kecuali MU dan Arsenal. MU dah berpaling tadah. Memihak kat side Demon. Arsenal pula tak ada orang berani kacau. Kalau ada yang kacau kena tembak dengan meriam lah. Berlubang kepala hotak.

Cerita sikit pasal pertempuran Angel dan Demon. Ketua Angel nama dia Michael. Ketua Demon pula nama dia Lucifer. Diorang ni gaduh atas alasan yang tak dapat dikenalpasti. Yang tak bestnya diorang ni power. Pernah sekali Lucifer hentak kaki dia, terbelah menara Petronas. Michael punya tahi hidung pula sekali lempar lemas 200 orang.

So diorang memang power. Nak tak nak ramai la orang yang mati dalam pertempuran ni. Yang hidup pula dah kena rasuk dengan geng-geng Angel dan Demon ni. Sampai la tinggal seorang ja. Samsul la. Dah kata hero kan?

Hari ni Samsul dapat tahu ada seorang lagi manusia yang masih hidup. Tapi dengar kata dia dah diculik oleh set-set Lucifer. Kalau Samsul lambat lauklah budak tu. So Samsul pun pack segala senapang bagai dalam kereta Impala hitam yang dia pinjam dari arwah Dean Winchester. Penuh barang dia dalam kereta tu. Nak taknak pencuci muka kena juga tinggal. Tapi boxer tak boleh tinggal. Kena bawa juga. Jauh perjalanan, takkan nak pakai boxer yang sama.

Semua polis dah mati. So selamba je ah Samsul pecut ikut halaju yang ditetapkan oleh diri sendiri. Dalam 3 hari sampai la dia di tempat kejadian. Samsul cool. Tangan kiri pegang pisau, tangan kanan pegang pistol Colt. Dalam seluar ada surah Yasin.

Tempat tu memang sarang Demon. Samsul keluar ja, 10 Demon datang serang Samsul. Samsul tembak pakai Colt. Peluru mana cukup. Nak tikam guna pisau ramai la pula. Lenguh tangan Samsul. Samsul keluarkan Yasin. Nah, ambil kau. Terbakar semua Demon.

Samsul teruskan perjalanan. Dia nampak seorang manusia kena ikat dekat pokok. Pehh, memang dasar Demon. Ingat ritual ke ikat-ikat orang kat pokok ni? Yang bestnya tu awek. Boleh tahan lawa juga. Lagi semangat Samsul. Yang tak bestnya Lucifer ada kat situ. Lucifer dah la power sejak dia take over badan Sam Winchester.

Tak apa. Samsul cool. Dia terjun bawah, dia jerit kat Lucifer.

"Baik ang lepaskan pompuan tu!"

Lucifer usha je Samsul. Dia balas la,

"Bakpe saye nak lepaskang dia? Die gewe saye boh! Mung nok gewe mung cari sendiri! Ke mung nok gocoh sini?"

Peh. Hangin Samsul. Samsul buka langkah. Silat Cekak. Sekali dia terajang Lucifer, 18 kali dia kena hentak balik. Dah Lucifer pandai taekwando pula dah.

Samsul keluarkan Colt. Baru Samsul sedar. Peluru dah habis.

"Bolo' sokmo mung ni! Mung nok gocoh ke dop mau ni?" perli Lucifer.

Samsul dah mati akal. Tiba-tiba azan Subuh. Hah, on the spot Lucifer terbakar. Maka Samsul pun menang battle tu dengan bergaya.

So dengan langkah cool, Samsul pun pergilah buka ikatan awek tadi. Dan disebabkan kadar gersang yang ketara dan dah memang tinggal diorang dua ja atas muka bumi ni, Samsul pun melafazkan kata jiwang,

"Err, awak. Awak nak kapel dengan kita dah? Sebab kalau awak tak kapel dengan kita memang awak jadi anadartu la, wak"

Kata Samsul. Kalau tak makan gak, Samsul nak bagi alasan sains pula. Menjamin kemandirian spesies. Perempuan tu balas,

"Euwwwww... Tak nak okay. Ko tu tak hensem."

Erkk. Samsul terkedu. Dan sayup-sayup Samsul terdengar satu suara familiar.

_____________________________________

"SAMSUL!! Bangun sembahyang Subuh la bongok!" jerit mak Samsul dalam kadar garang yang tinggi.

Oh. Samsul mimpi rupanya.

Samsul bangun, garu-garu kepala dan berfikir pasal statement awek tadi.

"Ceh. Perempuan tipikal." desas hati kecil Samsul sebelum mencapai towel.

Fin.

2 comments:

PaLi3 said...

BENGONG!!!

BONGOK!!!

pa lg ek utk crita ni? hmmm...
kacao feel btoi la, last bngun solat subuh...mmg antiklimaks giler!!!

wann afzan said...

er...
lu nk ckp psl sape beb?