Saturday, February 20, 2010

Bad

(Cerita ini cerita rekaan. Tak ada kaitan dengan siapa-siapa pun. On video Youtube, then baca cerpen ni.)

Bad tak pernah rasa kasih sayang. Kalau ada pun dia dah lupa. Mana taknya, umur 5 tahun dah dihantar ke rumah anak yatim Langit Ketujuh. Sejak tu dia hidup sendiri. Trauma agaknya. Yalah, ditinggalkan di tempat sebegitu.

Yang ada dengan Bad hanya sekeping gambar. Budak lelaki 3 tahun, dia la kot, dengan seorang perempuan yang memeluk erat dirinya. Dengan senyuman manis disulamkan tahi lalat di bibir.

Tapi Bad tak rasa itu penting. Bad simpan gambar tu. Bad dah tak tengok gambar tu. Kerja Bad belajar, makan, tidur dan solat. Bad tak berkawan dengan orang.

UPSR 5A. PMR 8A. SPM 10A1. Dapat sponsor belajar di England, kursus Accounting. Dean's List sepanjang tempoh pengajian. Balik Malaysia jadi Akauntan berjaya di sebuah syarikat terkemuka pada umur 24 tahun.

Fast forward hidup Bad. Sekarang dia dah berumur 40 tahun. Masih seorang pekerja yang rajin dan mantap. Tapi masih tiada orang dalam hidup Bad. Bad masih single dan tak punya kawan. Bagi Bad kalau ada hubungan ianya hanya menganggu.

Umur Bad sekarang 56 tahun. Masih. Masih sama dengan gaya hidup dahulu. Bad kaya dan berjaya. Tapi Bad sendiri. Dan selama 51 tahun ini Bad tak pernah tersenyum.

Bad mengamalkan gaya hidup yang sihat. Bad suka bersenam. Suatu hari Bad pergi tasik untuk jogging. Sendiri.

Penat, Bad berehat di sebuah kerusi sambil menikmati angin petang.

Tiba-tiba seorang budak kecil yang berlari-lari terjatuh berhampiran Bad. Kepala terantuk. Apa lagi. Menangis la budak tu. Bad tengok ja. Bising la, desas hati Bad.

Sejurus lepas tu seorang perempuan datang mendapatkan budak tu. Dia tanya sakit tak. Budak tu nangis. Dia kucup kepala budak tu. Dia tanya sakit lagi? Budak tu nangis lagi. Dia kucup kepala budak tu lagi. Budak tu nangis lagi. Dia tanya dan kucup lagi. Berkali-kali. Sampai budak tu diam. Perempuan tu kucup untuk kali terakhir. Dan budak tu terus ketawa.

Bad terpaku. Apa yang perempuan tu buat? Kenapa dia rasa pelik sekarang.

Balik rumah Bad duduk tak diam. Bad selongkar barang dalam rumah. Seharian Bad macam tu. Dan akhirnya Bad jumpa apa yang dia cari.

Gambar dia dan seorang perempuan. Dia tengok perempuan tu senyum. Entah bila air mata Bad mengalir. Mulut Bad mengeluarkan sepatah kata,

"Mak, ayah..."



Bad tak mahu hidup seorang lagi.

Fin.

3 comments:

wann afzan™ said...

thumbs up...
x mmpu berkata pape..

Nazrin Saad said...

hahaha,
alina ko patutnya jelas entri ni tribute utk siapa...
bkn utk prmpuan, yg jelas aku tau ko bhgia skrg...

thanks azwan!

Syafiq Kadiran said...

really nice..