Tuesday, October 25, 2011

Facebook-ers

Satu ketika dulu gua deactivate FB. Sebab gua rasa FB dah tak perlu.

Lepas tu gua activate balik. Sebab gua rasa perlu balik. Sebab bila gua deactivate gua rasa ditinggalkan. Segala jenis hal dibincangkan dalam FB. So gua nak ambil bahagian. Dan gua perlu tahu benda-benda yang berlaku di sekeliling gua juga.

Sebab kebanyakan orang yang ada FB ni, semuanya tak ada handphone, emel dan sebagainya. So satu-satunya cara untuk berkomunikasi dengan mereka ni adalah menggunakan FB.

****

So fine, gua buka FB. Tapi gua tengok macam tu juga.

Link dakwah dishare beramai-ramai. Dan orang like kalau ada kena mengena dengan pandangan mereka. Lepas tu ada la seorang dua komen. Yang selebihnya tahu share ja. Yang share tu baca semua ke tak entah la.

Status bersifat sosial masih lagi banyak, so what? Dah memang laman sosial kan? Dan FB awek cun dan seksi memang cepat dapat komen kalau dia tulis " Tali bra I putus."

Status menganjeng dan mengumpat memang femes. Banyak orang nak babitkan diri mereka. Ini terbaik. Tulis saja macam ni " BN tu kurang ajar. " Maka ramailah yang akan komen.

****

Kat luar negara, Bhutan dan beberapa negara Eropah, tunjuk perasaan berjaya diadakan hanya dengan bantuan FB.

Tapi gua tak tahulah, orang Malaysia ni. Kalau ada status berunsur perbincangan, benda penting dan sebagainya kita buat tak tahu saja kan?

Don't give me "aku tak ada ilmu banyak nak komen situ" shit. Kalau kau diam sampai bila-bila kau bangang ada FB tapi tak ada ilmu.

Dan kalau ada post berunsur perbincangan, kenapa kebanyakan orang kita buka dan "kejap lagi lah komen". Dan seterusnya buat komen bangang macam "k" atau "ikut ah" atau "hoi gua nak pergi tengok wayang, jom ah".

Majulah sikit warga manusia. Majulah. Kalau simpan FB hanya untuk flirt dan nganjeng, tolonglah bangun. Anda sekarang tak ada life. Go and make one before you end up as trash.

p/s : okey, jangan terasa. kalau tak buat jangan terasa. dan jangan nak masam muka dengan aku sebab benda ni. gua tujukan pada warga manusia bukan pada mana-mana Nur atau Muhammad.

fin.


Wednesday, October 19, 2011

JRR Tolkien







Untuk golongan yang tak duduk dalam gua mesti kenal JRR Tolkien. Ya dia adalah penulis Lord of The Rings yang sangat-sangat power.

Sebab bagi gua trilogi paling power yang gua pernah tengok bukan Godfather, bukan Pirates of the Carribean (gua tak kira filem nombor 4 tu sebahagian dari cerita asal) tapi adalah LOTR.

Untuk golongan yang tak tahu juga, novel LOTR adalah antara 4 buah novel sepanjang zaman yang terjual lebih 100 juta naskhah di seluruh dunia.

Apa yang menyebabkan Tolkien ni power?

Berbelas tahun, atau berpuluh tahun sebelum menulis LOTR, Tolkien buat draf Middle Earth dulu. Maksud gua bukan draf yang main-main.

Draf yang dia buat dari sejarah dewa-dewa zaman dulu, macam mana terciptanya Middle Earth, puak Aragorn (Numenorean), puak Elf dan puak Dwarf. Dah habis merangka semua ni baru dia tulis LOTR.

Punya power draf dari Tolkien ni, even bila dia dah mati sekalipun anak dia boleh lagi keluarkan buku berdasarkan draf ni.


Atas ni adalah peta Middle Earth First Age dan Third Age. Untuk LOTR, peta Third Age yang digunapakai (peta bawah.)


Bahasa dan Tulisan

LOTR ni memang klasik. Siapa yang baca buku dia akan tahu sendiri kenapa dia klasik. Satu buku dia penuh dengan poem. Yang belajar sastera Inggeris tahulah betapa indahnya bahasa dalam ni.


Dan lagi satu powernya adalah dia berjaya mereka tulisan Elf, dan bahasa Elf dalam ni. Ini adalah Angerthas, Elf Rune kalau tak silap aku. Simbol G tu simbol Gandalf.
Appendix

Bila korang baca LOTR korang akan berjumpa bahagian Appendix. Bahagian Appendix ni bahagia yang menceritakan apa-apa yang korang tak faham, dalam kes ni sejarah sebelum LOTR. Dalam ni dia ada listkan raja-raja sebelum tu dan family tree Frodo walaupun sebenarnya ada nama dalam ni tak ada kena mengena pun dengan jalan cerita.

The Hobbits


Selain LOTR, novel ni pun mencapai jualan lebih 100 juta dan antara top best selling fiksyen sepanjang zaman. Dan katanya novel ni dah pun dijadikan movie. Tahun depan keluar, Yippeeee!!!

JRR Tolkien

Sepanjang gua baca novel, gua tak pernah baca penulis yang sedetail ni. Kalau minat baca saja tak cukup, korang baca buku ni macam baca buku sejarah.

fin.

Saturday, October 15, 2011

Sebab Apa Kita Masih Bangang?

Kalau kau artis, politician atau ahli sukan, kau kena terima hakikat yang kau akan diperhati. Dan orang-orang macam inilah yang kita kata sebagai public figure atau role model.

Jadi setiap benda bangang yang kau sebut, orang akan quote dan setiap benda pandai yang kau buat pun orang akan gahkan. Itu resam dunia yang kau pilih.

****

Jack Marshall merupakan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun yang merupakan peminat bola sepak. Menginap di England, dia juga merupakan peminat tegar bolasepak, kelab Manchester United.

Apa yang membezakan Jack dan kanak-kanak lain adalah dia menghidap barah otak peringkat akhir.

Dan minggu lepas, Jack telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.

RIP Jack Marshall

sumber

****

Untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat terhadap barah ibubapa Jack telah mendaftar satu akaun Twitter atas nama Jack.

Dan antara selebriti yang menyokong tujuan ini adalah pemain bola sepak England sendiri, Wayne Rooney dan Jack Wilshere.

Yang paling tegar sudah tentu Wilshere, walaupun berumur 20 tahun, dia kerap kali tweet tentang Jack Marshall (walaupun Jack Marshall adalah peminat Manchester United dan Wilshere adalah pemain Arsenal). Pernah pada satu ketika dia membawa Jack Marshall ke Emirates Stadium.

Jack Wilshere

Semasa jelajah Arsenal ke China, seorang peminat dari China datang kepada Wilshere dan bertanya perihal Jack Marshall. Ini membuatkan Wilshere sangat terharu, dan aku juga pada ketika itu.

Seorang pemain bola yang berusia 20 tahun berjaya menyampaikan mesej kepada dunia tentang bahayanya barah dan cabaran hidup seorang kanak-kanak berusia 6 tahun.

****

Secara konklusinya dunia sekarang ni penuh dengan selebriti. Dan sekarang ni bermacam jenis cara untuk mereka berkomunikasi dengan kita. Antara cara yang paling cepat adalah menggunakan Twitter.

Dan aku respek, orang macam Wilshere ni. Walaupun baru 20 tahun, dia menggunakan status selebriti dia ni untuk satu tujuan yang aku rasa, mulia.

So apa kaitannya tajuk di atas dengan segala cerita di atas.

Balik di Malaysia, sila cuba log in akaun Twitter anda dan follow akaun pemain bola Malaysia.

1. Protected Tweet. Maknanya orang selain orang yang follow mereka saja boleh baca. Well fine, aku rasa mereka perlu privasi (aku rasa kalau perlu privasi tak perlu buat Twitter kot, dah kau memang terkenal pun, even pelakon Hollywood pun delete akaun Twitter kalau rasa privasi diganggu, kau siapa yang nak protect tweet ni?) .

2. Dan lagi satu, tweet mereka tak ada satu pun membina.

Paling ketara tweet Amirulhadi (pemain Selangor dan Malaysia). Kalau awek komen, pantas balas. Balas pun cara sempurna terbaik. Pernah sekali seorang peminat Selangor wish good luck untuk perlawanan Piala Malaysia. Dan dia balas macam ni.

"ermmmm, k."

Ermmmmm, k.

Kualiti bola sepak kita dengan England memang jauh macam langit dengan bumi. Tapi sekarang terbukti mentaliti pemain bola sepak kita dan England pun turut jauh.

p/s : kalau tak percaya, follow sendiri Amirulhadi. Gua dah follow, tapi gua terus unfollow lepas 2 hari.

fin.

Wednesday, October 12, 2011

Drama Gampang II


Tajuk Drama : Jangan Hantar Aku ke Neraka

Sinopsis : Seorang ibu tunggal ada 3 anak. 2 laki seorang gadis. Eh silap. 1.5 laki, 1.5 gadis. Disebabkan hal tu, budak ni disisihkan. Orang kampung pandang hina sebab budak ni sotong. Tak ada orang nak kahwin dengan akak dan abang dia. Sampai last sekali abang dengan kakak emo terus halau adik. Last sekali mak mati, abang cacat, kakak kena rogol, adik lembut balik kampung simpan misai (ini gampang sekali ni).

Macam drama gampang yang lain, tajuk langsung takdak kena mengena.

Kegampangan :

1. Mak mati. Adik lembut balik nak tengok mak. Abang turun suruh orang kampung ikat adik lembut kat tiang. Orang kampung akur. Babi. Ini paling bodoh, ada tok imam bagai tengah baca Yasin, orang kampung boleh pula ikat sotong ni kat tiang rumah?

Paling babi samseng kampung ada datang masa tu. Pakai songkok duduk dari jauh gelak-gelak kat sotong ni. Motif??

2. Duduk kampung nama Salimah, pergi KL tukar jadi Sally. Ya Allahhhhhhh!!! Tak boleh lagi klise ke? Berapa ratus dah nama orang kampung pergi bandar tukar jadi nama Sally tah? Salim pun tukar Sally.

3. Duduk bandar rasanya dah kaya hantar duit kat mak RM500. Hantar pakai pos laju. Abang curi buat main judi. Gua tak tahu. Gua tak pernah buat. Nak hantar RM20 pun gua pakai money order. Abang dia tak jahat, budak tu yang bodoh letak duit dalam sampul pos laju.

4. Kalau lu orang lembut pergi bandar nak kerja cari butik pakaian saja. Setakat ni gua tak pernah lagi tengok drama orang lembut kerja kerani atau arkitek. Kerja butik ja.

5. Sekali kena rogol, terus pregnant. Lepas tu dah kena rogol trauma sampai baju pun tak salin. Trauma. Orang kampung boleh buat tak tahu pula. Tindakan yang diambil adalah talipon mamat lembut kat bandar.

6. Seperti mana tugas samseng yang biasa, mula-mula pukul abang sampai cacat. Lepas tu rogol akak. Kedua jenayah dibuat selepas ketuk pintu. Lepas buat jenayah pergi balik markas gelak-gelak. Paling gampang kayu pukul orang tersusun kat markas. Sumpah bangang yang jadi samseng tu.

7. Ending akak mati, adik lembut balik jaga abang. Sekarang dah ada misai. Misai nampak sangat lukis. Gampang la woiiii!!!!

Komen : Drama Melayu sekarang ni suka betul buat drama tak ada kaitan dengan tajuk.

fin

Monday, October 3, 2011

Drawing

Well, tak ramai yang tahu minat aku sejak kecil adalah melukis. Semua pasal terpengaruh dengan Dragon Ball.

Dulu, lukisan aku memang lahanat punya huduh. So aku berhenti bila aku masuk sekolah menengah. Then, tiba-tiba lepas setahun dua, keinginan tu datang balik. Dan aku pun lukis balik.

Aku tak expect lukisan aku akan cantik sebab dah lama aku tak melukis, but rupanya lukisan aku masih maintain. Tak lawa dan tak la gampang sangat.

Akak cakap its run in the family. Abang seorang arkitek dan sepupu aku kalau dia melukis mata seorang perempuan, kau memang akan rasa nak ambil simpan dan jadikannya Monalisa kau. Mata sahaja, baru.

Hence, baru-baru ini aku cuba melukis semula. Asah bakat yang terpendam.

Ini apa yang aku dapat. Sorry, stroke agak kasar sebab aku pakai pensil dan tak guna pembaris. Nak cuba adapt Blade of the Immortal tapi Hiroaki Samura sensei ada kelasnya tersendiri.

****

Aku suka tiru manga yang aku suka. Ini aku tiru dari manga One Piece.



Aku tak pernah cuba lukis potret. Hahahaha. So memang nampak celaka. Lepas ni dah taknak lukis dah potret.


Ini kawan aku suruh lukis.


Dan ini, lukisan yang aku sendiri pun tak tau datang dari mana. Aku ambil pensil dah dapat ini.


Dalam kepala otak ni nak lukis macam-macam, komik, rumah dan sebagainya. Tapi selalu sangat malas.

fin.