Tuesday, April 13, 2010

Gadis Cantik Tepi Padang Bola

Nama gua Azman. Kawan-kawan panggil gua Drogba.

Gua ni gemar main bola petang-petang. Gua main posisi centre forward, selaras dengan nickname gua.

Tiap-tiap petang gua akan main bola dengan kawan-kawan gua. Kerja gua senang je, bila bola sampai kat kaki gua, gua kena jatuhkan badan gua macam kena tembak dengan meriam. Biar kawan-kawan gua dapat penalti ataupun sepakan percuma.

Selain mempunyai rupa paras yang kacak kelebihan utama gua adalah bulu kaki gua yang lebat.

Petang semalam gua skor tiga biji gol. So hari ni gua set target untuk skor 4 biji. Biasalah centre forward. Gua memang kacak. Nama pun Drogba.

Macam biasa, sebelum main kami akan cabut undi untuk pilih kumpulan. Hari ni gua satu kumpulan dengan Mamat Gonzalez, Ibrahima Sonko, Kassim Tevez dan Fikri the Buffalo Buffon.

Gua tak ada hal, gua yakin dapat skor lagi hari ni.

Sepak mula Ibrahima Sonko pass pada Kassim Tevez. Sempat pula main one two padahal depan gol sendiri. Nah, ambik kau. Kassim Tevez terjaring gol sendiri.

Sepak mula kali ni gua yang pegang. Gua yang sepak, gua gelecek pasukan lawan. Yang mana badan kecil-kecil gua tolak ja. Sekejap ja gua dah depan pintu gol. Gua dengar orang bersorak kat tepi. Lagilah gua feel. Gua sepak! Tak masuk gol. Kena Honda Cup pakcik Kasim.

Gua beralih tengok orang yang sorak gua. Masa tu lah gua perasan dia. Seorang gadis cantik di tepi padang bola.

Masa tu juga gua rasa hati gua dah lain. Dada gua dah berpusing. Dada gua sakit dengan degupan jantung yang kian kuat. Gua rasa macam mau pergi bercakap dengan gadis tu. Gua cuba melangkah.

"DROGBA!"

Kawan gua panggil.

Gua pandang gadis tu balik.

Gua pandang kawan gua.

Arhhh, esoklah gua jumpa gadis tu.

Masih ada masa dan peluang kan?

Fin.

1 comment:

Fatin Mazelan said...

kot ye pun tak exam. sampai entri ni pun nak jadi pengaruh. heh.