Wednesday, April 7, 2010

Dunia Gejolak Mahsuri

Entri ini agaknya sudah berusia hampir seminggu, namun akhirnya ditulis juga. Penghargaan untuk mereka yang bekerja keras menjayakan hari-hari yang menimbulkan 1001 erti dalam hidupku. Ok. Aku bersifat romantis di situ.

1 April lepas telah berlangsung persembahan teater moden dan bangsawan oleh pelajar kokurikulum. Sepertimana tahun yang sebelumnya aku pasti turun untuk menyibuk, mencelah dan merapu seadanya sepanjang sesi latihan dan raptai.

Tahun lepas aku bersifat agak bias, bersifat melebihkan bangsawan berbanding seni lakon. Tahun ini mungkin agak stabil. Mungkin juga tidak. Bergantung pada nilai setiap individu.

Teater moden membawa teater Gejolak. Tak banyak sangat yang aku bantu, hanya sedikit blocking dan kata-kata nasihat yang aku beri. Terutamanya pada Puan Mas, salah seorang DOTters yang merupakan salah seorang anak didik aku semasa di kolej.

Khairul Khairiyah, agak-agaklah sikit. Baru berlakon terus nak jadi watak utama. Oh, watak lain jangan down. Watak Noni, Ayap dan Gareth tersemat di hati penonton pada malam itu.


Tapi show of the night mestilah dari bangsawan. Sebab tauke panggungnya yang dikatakan punya kredibiliti tinggi untuk meraih johan Raja Lawak musim ke-5.


Tiada banyak yang boleh ditulis tentang kedua pihak. Kerna masing-masing telah memberikan yang terbaik. Hanya ini yang mampu kutulis sekarang.

Dulu,
Anjung seni dan galeri seni,
Penuh dengan gelak tawa,
Caci maki
Jerit pekik

Kini,
Ia akan kembali sunyi,
Berhabuk,
dan tidak membawa erti

Untuk mereka, terima kasih dan jumpa lagi.
Jangan lupa anjung seni itu.
Jangan lupa galeri seni itu.
Kerna di situ kita bertemu dan berpisah.
Dan di situ anda mengenali erti

PERSAHABATAN

ingat lagi?

p/s : gua tak ada gambar. jangan komen pasal gambar.

Fin.

3 comments:

wann afzan™ said...

johan raja lawak?
tp nape x g audition lg??
owh..
sbb bukan warganegara ye?
sabar eh?
nnt harap2 diorg bkk penyertaan utk warga asing lak~~

Lucy S. said...

alah. tula, lain kali letak gamba SM! hahahaha!

Nazrin Saad said...

errr,
perlu ke letak gambar SM?
hahahahaha,
ini saja gambar yg ada, alin.