Wednesday, September 8, 2010

Meriam Buluh Sadur Emas buat Rudy

Banyak orang dalam dunia ni tak tahu apa yang mereka mahu. Tapi Rudy tahu. Rudy tahu sangat apa yang dia mahu.

Kata orang tepuk dada tanya selera. Rudy dah berkali-kali tepuk dada Rudy dan Rudy memang dah nekad. Dia mahu itu.

Rudy mahu meriam buluh itu. Rudy mahu meriam buluh sadur emas display yang ada di Tesco itu.

Sudah berapa lama Rudy terliur melihat meriam buluh sadur emas yang seolah-olah sengaja ditayangkan di belakang cermin Tesco itu.

Harga yang tertera adalah 20 juta pound sterling.

Dalam poket Rudy hanya ada 13 pound. Campur berat badan Rudy yang hampir mencecah 200 pound, maka berapa sangatlah yang Rudy dapat kutip. Baru 213 pound.

Maka sepanjang bulan puasa ni, Rudy berazam untuk mencari 19, 999, 787 pound. Di samping berazam untuk tidak tinggal puasa dan terawikh serta menunaikan zakat fitrah tanpa menggunakan SMS.

Rudy dapat bayangkan dalam kepala otak sendiri. Hasnol, Amelia dan Maria mesti cemburu apabila Rudy membawa pulang meriam buluh sadur emas itu ke Kluang. Hahaha, Rudy tergelak sendirian di dalam KTM.

Maka sepanjang Ramadan Rudy bekerja dengan gigih. Pagi jadi arkitek, petang menjual pau di bazar Ramadan, malam cuti sekejap sebab terawikh dan lepas terawikh jadi GRO di kedai mamak yang berdekatan.

Itu rutin Rudy sampailah Rudy berjaya mengumpulkan 20 juta pound sterling pada 29 Ramadan. Maka Rudy pun apa lagi, bergegas lah ke Tesco untuk memborong meriam buluh sadur emas itu.

" Maaf, dik. Meriam buluh sadur emas itu sudah diborong orang 4 minit 13 saat yang lalu. " Jawab akak counter Tesco sambil tidak memandang wajah Rudy. Sibuk tengok sinetron gamaknya.

Maka Rudy pun pulang ke rumah dengan hampa.

Esoknya di Media Prima, pemberita melaporkan seorang lelaki hilang kemaluan setelah meriam buluh sadur emasnya meletup dengan tiba-tiba.

Di saat itu juga Rudy teringat pesan Penghulu kampung Rudy :

" Rudy, dalam dunia ni kau tak akan selalu dapat apa yang kau nak. Sebab Tuhan akan beri pada kau apa yang lebih baik. Cuma kadang-kadang kau tak sedar saja. "

Okay. Sekarang Rudy sudah sedar.

Rudy tak dapat meriam buluh, tapi Rudy masih dapat menyimpan kelelakian Rudy.

Selamat Hari Raya untuk Rudy.

fin.

3 comments:

~~Masha~~ said...

Ko ni ske eh mereka2 crite ni..mesti borin eh..hehe..well..ade pengajaran gak le..tp xlogic cket..tp, ok la:-)

PaLi3 said...

tetiba gua confuse, smbl berfikir...sapakah gerangan rudy itu?

Nazrin Saad said...

wah marsha, tak sangka anda salah seorang pembaca cerita-cerita xlogik aku. hahahaha.
saja aku buat tak logik, orang sekarang kalau baca cerita yg logik sgt takut diorang kata skema ja.

dan aku akan terus buat cerita-cerita xlogik macam ni. thanks sebab baca cerita xlogik aku. hehe

palie, xpayah fikir. wat batal puasa ja