Tuesday, September 28, 2010

KTR

Ramai orang sekarang senang terlupa dari mana asal mereka. Teman mereka dulu. Tapi aku bukan macam tu. Sekurangnya aku cuba untuk tak menjadi begitu.

KTR. Aku tak mungkin lupa asal aku di situ. Sampai aku menang anugerah Teater tahun lepas, sampai aku berjaya menggerakkan teater kolej, memberi ilmu kepada mereka. Semua itu dari KTR.

KTR sekarang mungkin bukan lagi KTR yang dulu. Tak sama. Dah tak ada Abang Yus, Haikal dan Kak Ana. Dah tak ada Abang Pisang, Rajern Kak Not, Matmer, Lan Celak, Pejal Sepet, Is, Laili Lin.

Eh. Tak ada mereka semua tak mungkin tak sama.

Cuma adik-adik sekarang kena la lebih gigih berusaha.

Kak Ana pernah cakap ' Dulu zaman Kak Ana, Kak Ana mengamalkan konsep belajar dari alam.'

Hahaha.

Banyak kata-kata Kak Ana yang menyedarkan. Mungkin sebab itu beliau diberi gelaran alumni purba oleh rakan-rakan. Memanusiakan manusia melalui teater pun dari beliau.

Aku tak mungkin lupa KTR. Kerna di situ aku membentuk diri aku.

Ahhh. Rindu saat manis MAKUM, IB dan FTS.

Ada peluang lagikah?

fin.

Thursday, September 23, 2010

Raya Ilya, eh, Alya!!



Cerita ini tak ada kaitan dengan mana-mana pihak sama ada yang hidup ataupun yang telah mati. Jika ada hanya kebetulan semata-mata.

Ramadan 29 ;

" Saya sukakan awak!! " jerit Hazam pada Alya sebelum dia menaiki bas pulang ke Alor Setar.

Ramadan 30 ;

" Ang tu dia la! Loqlaq! " terjah adik Alya, Aizat. Alya memang baik dengan Aizat. Dan sememangnya Aizat kenal Alya sangat-sangat.

Alya memang perangai agak-agak kelelakian. Pengaruh rakan sebaya mungkin. Tapi dia bersekolah di sekolah perempuan. Entahlah. Mungkin kekurangan lelaki menyebabkan dia menyimpan cita-cita untuk menjadi lelaki.

Namun itulah Alya. Jarang jatuh cinta. Terutama pada kawan sendiri.

" Awat aku loqlaq pulak? " jerit Alya kembali.

" Ya lah. Ang berkawan dengan dia sampai dia suka kat ang. Apa yang ang buat? Dan ang suka kat dia dak? Ang ada cakap dak dengan dia pastu? " bidas Aizat, jelas lebih matang dari kakaknya.

Alya terdiam. Memang dia tidak bercakap dengan Hazam pun selepas itu.

Syawal 1 ;

"Selamat Hari Raya =) "

SMS ringkas dari Hazam. Err, nak balas ke tak ni? Desas hati Alya.

" Balas je lah. Nasib ang pompuan kalau dak aku dah cop ang bapok. " terjah Aizat sambil melantak Almond London.

" Selamat Hari Raya juga "

Reply Alya. Ringkas dan padat.

Syawal 2 ;

"Wei, aku nak cakap apa ni kat dia? " Alya makin gelisah.

" Dak. Ang suka dia ke tak? " tanya Aizat sambil menyarungkan baju raya kedua.

Ya. Alya suka Hazam ke tak? Alya pun tak tahu.

Syawal 3 ;

Entah siapa yang mula. Entah siapa. Hari itu Alya SMS dengan Hazam. Bersembang pasal rendang ayam yang hangus, baju raya yang terbakar dan baju kurung oren susu beli di Pusanika.

Masing-masing tersenyum di depan telefon bimbit masing-masing.

Tapi kejadian 29 Ramadan masih tidak disentuh.

Syawal 7 ;

" Kak, esok ang dah nak balik dah. Ang dah pikiaq ka ang nak kata apa? " tanya Aizat sambil memasang mask.

Alya terdiam. Gelisah semula.

" Ambil ni. Penghulu bagi. Buka kalau ang tak tau nak cakap apa. Kelmarin aku pi rumah dia. " terang Aizat sambil menghulurkan secebis kertas.

Alya baca nota itu. Alya senyum.

Syawal 8 ;

Alya sampai di UKM agak lambat. Tengah kalut mengangkat beg ke bilik Alya disapa dari belakang.

" Baru sampai ke? "

Alya toleh. Hazam. Alya senyum.

" Aah. Nak tolong angkat ka? "

_________________________

Di Alor Setar,

" Alah, bengong betoi kakak aku ni. Penat aku pi mintak kat penghulu, dia main tinggai kat sini ja? " geram Aizat sambil mengangkat cebisan nota dari penghulu.

Huh, ini ja ka? Desas hati Aizat. Pada kertas itu tertulis,

" Kadang-kadang sesetengah perkataan tak perlu dilafazkan dengan kata-kata. "

fin.

Saturday, September 11, 2010

Drama Hari Raya

Fatin memang hot. Kaw-kaw punya hot. Ini gua cakap serius. Kalau ada orang lagi hot dari dia gua berani sunatkan apek depan rumah gua.

Dalam carta poll 'hot yang amat' di kalangan pelajar universiti baru-baru ini, Fatin mendapat 0 undi. Bukan apa, semua orang yang klik mahu tengok gambar dia masing-masing koma sebab tak dapat menerima hakikat tahap hot beliau yang terlampau.

Bukan saja tu, dia juga telah menerima pelbagai tawaran berlakon filem, namun katanya dia mahu fokus belajar saja buat masa ni.

Dah namanya hot, Fatin mestilah punya ramai kawan-kawan. Sama ada kawan yang mahu mengambil kesempatan ataupun kawan karib yakni sejati.

Ini kisah pasal kawan sejati Fatin. Arif namanya.

Arif kenal Fatin sejak minggu pendaftaran lagi. Kenal dan terus berkawan. Entah kenapa, Arif tak berkawan sebab Fatin hot atau punya kereta Kancil, Arif berkawan sebab Fatin seorang yang peramah. Agaknya otak Arif short di mana-mana atau Arif dilahirkan tanpa nafsu.

Nak dijadikan cerita, walaupun Fatin seorang yang peramah, Fatin tidak gemar bercerita mengenai hal peribadi beliau. Maka sedikit saja hal mengenai Fatin yang Arif tahu.

Suatu hari, seorang kawan Fatin, Daniel datang dari kampung untuk melawat Fatin. Daniel badannya segak, kacak dan punya bulu yang sedang-sedang di badan. Okay lah, dalam jangkauan normal juga.

Jumpa saja dengan Fatin, terus bersembang. Kebetulan ada Arif ketika sesi reunion tersebut. Wah, macam-macam cerita dibincangkan Fatin dan Daniel. Parut di dada, pondan mengorat Fatin, perut menggeleber Fatin semasa darjah 5.

Di saat itu, Arif hanya terdiam. Dada dia sakit. Dia tahu dia cemburu. Tapi, dia juga sedar. Dia langsung tak kenal Fatin. Mungkin Daniel dan Fatin lebih...

Sekarang Arif sedang makan kambing. Sebab bila Arif down Arif akan makan kambing. Oh Arif suka Fatin rupanya. Ada nafsu juga budak ni rupanya.

Di saat Arif mula down dan mahu putus asa dengan Fatin, dia teringat pesan penghulu pada beliau dalam bahasa Inggeris, (Arif ambil TESL)

" It doesnt take a lifetime to know a person. If you know her, you know her. Even it is just for 1 second. "Justify Full
If you know her, you know her. Berbekalkan kata-kata itu Arif pergi berjumpa dengan Fatin.

" Fatin. Maaf. Aku baru sedar. Aku sukakan kau. "

Fatin tersentak.

" Aku tahu. Aku tahu aku hanya kenal kau 2 tahun. Daniel dah 20 tahun kenal kau. Aku tahu aku tak tahu apa pasal kau. Aku hanya tau kau suka gigit jari bila mengantuk, makan nasi dengan kicap dan pakai baju warna kuning. 3 perkara tu saja... "

" 3 perkara? " Fatin memintas.

" 3 perkara tu saja yang kau tahu. 3 perkara tu lah yang membezakan kau dan orang lain. 3 perkara yang kau tahu adalah 3 perkara lebih dari orang lain. "

Fatin tersenyum lagi.

" Terima kasih Arif. Aku kenal Daniel 20 tahun. Tapi aku sudah 2 tahun menunggu kau luahkan kata-kata ini. Dan ya, aku suka kau juga."

fin.

Wednesday, September 8, 2010

Meriam Buluh Sadur Emas buat Rudy

Banyak orang dalam dunia ni tak tahu apa yang mereka mahu. Tapi Rudy tahu. Rudy tahu sangat apa yang dia mahu.

Kata orang tepuk dada tanya selera. Rudy dah berkali-kali tepuk dada Rudy dan Rudy memang dah nekad. Dia mahu itu.

Rudy mahu meriam buluh itu. Rudy mahu meriam buluh sadur emas display yang ada di Tesco itu.

Sudah berapa lama Rudy terliur melihat meriam buluh sadur emas yang seolah-olah sengaja ditayangkan di belakang cermin Tesco itu.

Harga yang tertera adalah 20 juta pound sterling.

Dalam poket Rudy hanya ada 13 pound. Campur berat badan Rudy yang hampir mencecah 200 pound, maka berapa sangatlah yang Rudy dapat kutip. Baru 213 pound.

Maka sepanjang bulan puasa ni, Rudy berazam untuk mencari 19, 999, 787 pound. Di samping berazam untuk tidak tinggal puasa dan terawikh serta menunaikan zakat fitrah tanpa menggunakan SMS.

Rudy dapat bayangkan dalam kepala otak sendiri. Hasnol, Amelia dan Maria mesti cemburu apabila Rudy membawa pulang meriam buluh sadur emas itu ke Kluang. Hahaha, Rudy tergelak sendirian di dalam KTM.

Maka sepanjang Ramadan Rudy bekerja dengan gigih. Pagi jadi arkitek, petang menjual pau di bazar Ramadan, malam cuti sekejap sebab terawikh dan lepas terawikh jadi GRO di kedai mamak yang berdekatan.

Itu rutin Rudy sampailah Rudy berjaya mengumpulkan 20 juta pound sterling pada 29 Ramadan. Maka Rudy pun apa lagi, bergegas lah ke Tesco untuk memborong meriam buluh sadur emas itu.

" Maaf, dik. Meriam buluh sadur emas itu sudah diborong orang 4 minit 13 saat yang lalu. " Jawab akak counter Tesco sambil tidak memandang wajah Rudy. Sibuk tengok sinetron gamaknya.

Maka Rudy pun pulang ke rumah dengan hampa.

Esoknya di Media Prima, pemberita melaporkan seorang lelaki hilang kemaluan setelah meriam buluh sadur emasnya meletup dengan tiba-tiba.

Di saat itu juga Rudy teringat pesan Penghulu kampung Rudy :

" Rudy, dalam dunia ni kau tak akan selalu dapat apa yang kau nak. Sebab Tuhan akan beri pada kau apa yang lebih baik. Cuma kadang-kadang kau tak sedar saja. "

Okay. Sekarang Rudy sudah sedar.

Rudy tak dapat meriam buluh, tapi Rudy masih dapat menyimpan kelelakian Rudy.

Selamat Hari Raya untuk Rudy.

fin.

Wednesday, September 1, 2010

Orang Kita.

Orang kita ada satu common sense yang ketara. Hangat-hangat tahi ayam.
Justify Full
Bila bulan merdeka, wah, sibuk mahu tunjukkan diri seorang yang patriotik. Bila bulan puasa, gigih pula mahu tonjol sifat-sifat Muslim sejati dalam diri.

Kalau ada bulan flora, mesti gigih mahu tunjuk kat rumah tanam macam-macam jenis pokok.

Okay. Jadi apa salahnya aku terjerumus sama.

Ini entri berbentuk kemerdekaan dari gua.

Bila sampai saja bulan Ogos, 12 malam hari yang 31, orang akan mula bertanya, merdekakah kita?

Okay. Dari segi fizikal kalau ditanya anda memang bodoh lah. Sah-sah kita merdeka. Tapi dari segi minda?

Dan sering saja mata ditoleh pada remaja berambut punk dan berseluar koyak yang sering berkeliaran di kota raya sambil mulut sinis berkata, "merdekalah sangat".

True. Mereka ini memang bangsat. Tak menghargai jiwa merdeka sesebuah negara.

Tapi lebih true, orang yang sepatutnya merasai jiwa merdeka itu, ada rasa tak?

Kalau anak-anak gagal dididik, ibu bapa akan disoal. Kalau rakyat gagal dididik?

Sekarang ni gua tengok semua benda orang nak politikkan. Kalau boleh kalau ada yang pergi sembahyang Jumaat tak pakai seluar dalam pun nak masuk berita, cover page Berita Harian.

So, the question, back at you. Merdeka ke ni bai?

Cara gua, gua hargailah merdeka tu. Cara gua. Bukan kena kibar-kibar bendera tapi dalam jiwa kosong, penuh hasad dengki.

1Malaysia orang asyik tengok, kliche, perpaduan 3 kaum utama. Macam mana perpaduan di dalam kaum sendiri tu dulu? Tak capai tu tak payah gebang 1Malaysia.

Heh, orang kita. Entah bila mau berubah, entah bila mahu merdeka. Orang kita.

Untuk Malaysia, selamat menyambut Kemerdekaan yang ke 53.

Untuk orang kita, berubahlah.

fin.