Saturday, August 28, 2010

Entri Mid Ramadan


Bila musim berpuasa kaedahnya gua agak slow dalam mencari idea-idea untuk menulis cerita-cerita pendek gua. Karya jiwang gua apatah lagi.

Hatta gua mula beralih ke arah karya yang lebih berunsur realiti dan ke arah masyarakat yang pelbagai kaum sejajar dengan kempen 1Malaysia yang giat dijalankan di seluruh negara.

"Selamat Berpuasa =B"

Awal Ramadan Diana Danielle atau sekadar DD dalam contact book gua telah menghantar mesej sedemikian pada gua.

Oh. Masih ramai lagi yang menghantar mesej sedemikian pada gua. Gua rasa bersyukur masih ada yang mahu sambut Ramadan semeriah Syawal.

Ramai orang yang sengaja buat-buat salah eja mubarak sebagai murtabak untuk mengambil kesempatan membeli segala jenis murtabak di bazar.

Tapi satu perkara yang sukar gua terima adalah apabila keluar pernyataan ni di kalangan mereka yang berkenaan.

"Derr, ni bulan puasa ni derr. Jaga ah mulut dengan perangai lu."

Gua boleh mencarut. Tapi matlamat gua untuk bersih carut selamat seminggu akan gagal kalau gua mencarut di sini.

Bai, bulan puasa kena jaga perangai, so habis bulan puasa terus dengan perangai lama buat apa? Gua anggap bulan puasa ni sebagai bulan untuk berlatih. Berlatih tak nganjeng. Okay gagal.

Sekurangnya gua berlatih untuk menjadi insan yang lebih sempurna dan kurus.

Untuk rakan-rakan gua, selamat mid-ramadan. Kumpul la segala bagai pahala yang termampu. Ini bulan borong pahala untuk umat Islam.

Dan cubalah berubah. Gua susah nak berubah kalau dari mulut gua ni. Tapi dari segi perangai mungkin akan ada perkembangan dari masa ke semasa. Jangan bulan puasa ni saja baik. Dah habis puasa jadi balik perangai lama. Okay. Gua pun sama. Sebab tu gua saling berpesan.


Okay. Dengar cerita DD nak belanja gua kebab sambil tengok Arsenal malam ni.

Chow dulu.

p/s : game arsenal lepas terawikh kan? kan?

fin.

3 comments:

say- O said...

game arsenal 740 la.............

wann afzan™ said...

bersih carut selamat seminggu...selamat..selamat...

hahahahahahaha...ingtkn ade selamat hari raya je. rupenye ade selamat seminggu gak..ngeee~~

~**Raw Honey**~ said...

Mubarak=Murtabak??!!
haha.