Friday, August 20, 2010

Salleh Gregor Samsa: Exhibit A


Kali ini puasa dan raya aku sambut dengan agak hambar. Macam juga tahun-tahun lepas. Rasa raya cuma ditambah seri dengan bersama ahli keluarga. Sudah sesi lawatan pecah kepala lutut pusing kampung, aku akan ke rumah nenek dan tidur sampai maghrib. Itu rutin tahunan aku.

Ya. Kemeriahan raya bagi aku sudah lepas. Bukan masa zaman kanak-kanak. But at least, Raya masih aku sambut. Masih aku terima mesej dan menghantar mesej 'Selamat Hari Raya' pada teman yang menyambut ataupun tidak.

Aku tak menyambut raya dengan meriah tapi aku masih menyambut Raya itu. Sebab aku berbangga puasa penuh 30 hari selaku Muslim. Sekurangnya aku boleh pandang sinis orang yang tak puasa penuh tu. Cerita lain.

Tapi tahun ini Muslim memang dipenuhi dengan gelora hidup. Mungkin Tuhan mahu tunjuk. Mungkin juga petanda akhir zaman. Siapa tahu? Bukan aku yang masih cetek dalam ilmu agama ini dan baru semalam dibetulkan oleh sahabat aku tentang fahaman aku mengenai Mazhab-mazhab di dunia.

Kita menyambut Aidilfitri, insya Allah pada 10 September. Malangnya 11 September, sudah ada gereja di Florida yang merancang untuk meraikan Aidilfitri, versi mereka, dengan membakar al-Quran demi mengenang peristiwa 11 September.

Masya Allah.

Ini memang mencetus kemarahan Muslim seluruh dunia. Aku yang hanya mampu bertapak di bumi Malaysia ni hanya boleh melemparkan doa supaya agama aku lebih dihormati. Sebab aku tak pula dengar ada yang bercadang mahu bakar gereja setelah kejadian karikatur Nabi Muhammad tahun-tahun lepas.

Itu aku faham lagi. Aku faham bahawa orang yang lain dengan kita memang susah nak memahami kita. Granted.

Klik link [ini]. Kalau yang membaca sampai sini sila klik link itu. Kalau yang membaca ada masa ke bazar membuat pusingan sebanyak 2 3 kali dan ada pula masa untuk menonton filem di bulan ini, sila klik link itu.

Aku tak tahu nama betul dia. Mungkin Salleh. Mungkin juga apa-apa saja. Mungkin dia tipu. Tapi aku rasa marah+kecewa membaca penulisan dia. Sayang. Penulisan dia bagus, pemikirannya tinggi tapi mindanya tercemar.

Kau bacalah sendiri jika mahu tahu cerita. Aku cuma tahu apa yang aku tahu.

Apa yang aku tahu?

Setiap orang punya agama. Tak kisahlah bertuhankan Jesus, Buddha sekalipun, bagi aku setiap orang perlu beragama. Sebab manusia itu rapuh. Manusia perlukan pegangan. Sebab sejauh mana kita perlu berharap dengan minda kita yang punya had dan kapasiti ni?

Atas alasan itu, aku rasa kita perlu ada rasa ada 'higher power' yang tengah memerhati kita pada masa ni. Iman dan Islam bagi aku sudah cukup untuk meningkatkan rasa percaya pada diri. Rasa hidup.

Encik Salleh ini bagi aku seorang yang duniawi, dari kecil mungkin dididik untuk berfikir dalam setiap aspek. Kenapa dia perlu disekolahkan? Kenapa dia perlu berpuasa? Dan mungkin juga sampai ke tahap kenapa dia perlu menjadi penganut agama Islam?

Rasanya telah dijelaskan oleh dia, dia tidak percaya untuk menganut mana-mana agama lagi. Memilih jalan Atheis sebagai haluan hidup. Walaupun semasa lahir dia telah diazankan oleh bapanya, telah diajar mengucap dua kalimah syahadah. Biarlah. Pilihan hidup dia.

Tapi selaku Atheis, rasanya aku kurang paham hak dia untuk mengeji agama Islam sebegitu. Kawan aku, orang Cina. Boleh berpuasa. Yang tak puasa, tak ada pula mahu menghina kami yang berpuasa.

Kau, Salleh, di sebalik intelek dan pemikiran kau yang tinggi sayangnya kau kurang 1 sifat. Respek. Kalau kau baca dan mahu membalas, silakan. Mungkin kau ada hujah kau dengan minda kau yang sangat suka berfikir tu. Tapi aku masih rasa kau kurang rasa respek dalam diri.

Orang Amerika pun ada sense of respect.

Sesudah mengeji bangsa sendiri, dia mahu pula mengeji agama sendiri. Aku malas mahu berhujah tentang sifat kemelayuan ni. Sebab Melayu orang tengok banyak sangat flaw. Aku pun banyak flaw. Tapi agama? Memang menyirap darah aku bila baca ni.

Kalau kau rasa apa yang aku tulis ini fitnah dan bukan berlandaskan fakta, terpulang pada kau. Tapi aku tulis atas apa yang aku fikir.

Aku bukan Muslim yang sempurna. Tapi at least aku cuba menjadi Muslim. Aku percaya. Dan most of all, aku tak mengeji apa yang aku tak faham dan tak suka.

Oh, correction. Rasanya aku dah mula mengeji kau.

fin.

No comments: