Wednesday, July 29, 2009

Luahan Rasa

Minggu ni aku rasa sangat sedih. Sangat. Banyak yang aku alami dalam emosi aku yang kadang-kadang stabil tak stabil ni. Aku rasa sedih, gembira. Semua ni didownload dalam sereberum aku melalui medula oblongata dengan sepantas impuls bergerak dari saraf tunjang.

Owh, kepala otak ni ibarat didownload dengan satu rantai rasa yang sangat pelbagai dan beraneka jenisnya.

Dan akhirnya? Aku jadi penat, keliru.

Rantai Rasa 1 (sedih):

Owh, Malaysia kehilangan Yasmin Ahmad. Aku tak sedih. Aku tak menangis. Tapi aku terfikir. Hidupku adakah akan jadi biasa selepas ini. Setiap hari raya, apa soalan yang ditanya pada teman?

"Apa iklan Petronas tahun ni ea?"

Kita tak sedar iklan Petronas itu adalah Yasmin sebenarnya. Itu sudah cukup untuk aku menerangkan kemegahan pengarah prolifik ini. Tak perlulah aku sentuh pasal filem-filem beliau. Sedangkan setiap rakyat Malaysia mengagumi, iklan Burung Murai, Ombak Jahat, Tan Hong Ming in Love, apatah lagi filem beliau. Beliau salah satu orang seni yang berjaya menyentuh dan memberi aku inspirasi. Seorang lagi ialah Tan Sri P Ramlee. Ya. Aku pandang tinggi pada beliau.



Al-Fatihah untuk arwah.


Rantai Rasa 2 (gembira):


Akibat semangat di Paris dan komitmen yang tinggi, aku gagal mendaftar kursus tepat pada masanya. Akibatnya JPA aku gagal masuk kerna status mendaftar aku pending. Owh, aku kesal.

Namun, kekesalan itu tidak lama. Kerna baru-baru ini status aku adalah "tidak lagi pending". Oleh itu, JPA telah berjaya menerjah masuk ke dalam akaun aku yang kubela sejak dari 1st year lagi. Terima kasih buat JPA. Aku gembira. Aku boleh makan nasi ayam lagi.



Rantai Rasa 3 (marah):

Maruah aku dimainkan. Hasil usaha aku dan rakan-rakan dikatakan 'stupid'. Mungkin kamu harus mempunyai tahap kesabaran yang tinggi untuk tidak marah jika dikatakan sedemikian.

Katalah aku stupid. Katalah aku gila. Tapi jangan hina orang yang aku sayang. Jangan hina maruah aku. Aku amuk. Aku cakap betul. Aku amuk.




Rantai Rasa 4 (Rindu):

Setiap hari, aku akan mesej adik-adik aku yang sedang giat menghasilkan boria mereka. Aku akan tanya progress. Ok ke tak, semua sihat tak. Aku tak reti nak ungkapkan. Aku ego. Itu aku mengaku aku ego.

Tapi ego aku pun ada tahapnya. Aku rindu. Aku mau pulang bersama orang yang aku suka, sayang dan selesa.





Itu rantai rasa aku.

Sekian.

Tuesday, July 28, 2009

Aku Rindu.

Tanya sama hati
Pernahkah merindu
Ingat masa lena
Apa mimpimu

Bila berjauhan
Apa nak dikenang
Bila difahamkan
Itulah sayang

*sigh*

Kalau aku cakap aku rindu pun, ada ke 0rang nak peduli?
Tapi kalau aku tak cakap pun, sama juga tak ada orang yang peduli kan?

Jadi, kuhabiskan minit-minit berharga dalam hidup ini untuk kuungkapkan kata-kata yang aku tau tak akan memberi erti kepada mana-mana pihak. Tapi ia memberi 1000 makna pada aku. Dan mungkin juga kau.

Aku rindu.

Saturday, July 25, 2009

Jatuh

Kerap kali bila jatuh
Pasti mengharapkan ada tangan menghulur

Ohh, bangangnya ideologi itu!

Kerap kali tersungkur
Pasti mengharapkan ada datang membantu

Cesss, pergi mati semua itu!

Kerna, atas dasar realiti aku suarakan ini

Dunia mau kita bila kita
Kacak, kaya dan mampu membuatkan kita ketawa

Bukan apabila kita
Jatuh, tersungkur dan berbau hamis!

(mood sekarang : ?????)

Saturday, July 18, 2009

Jatuh Cinta Sekali Lagi


Impressi setiap organisma yang melihat diriku adalah, aku seorang yang kacak. Titik dan berhenti di situ. Yang mereka tak tau aku adalah salah seorang lelaki sejati dalam dunia yang meminati permainan bola sepak.

Dan aku sangat tak pandai bermain bola sepak, walaupun pada hakikatnya aku telah menjuarai Liga Juara-juara bersama Arsenal dan memenangi EPL bersama West Brom dalam permainan FiFA Manager 09.

Dan sepertimana peminat bola sepak yang lain, aku takkan tak boleh tak tengok kalau ada orang menyepak bola di depanku hatta itu adalah pertandingan di antara Tadika Kg Pandan dan Tadika Kg Baru sekalipun.

Hatta pada petang tadi, aku bersama jejaka-jejaka sejati yang lain pun menonton perlawanan MU dan Malaysia. Sampai saja, aku pun tengok scoreline. Barangkali aku terpandang ilusi optik, aku nampak scoreline tertulis 2-2.

Enggan percaya pada diri sendiri, maka aku pun bertanya pada rakan sebelah, Ismit.

"Erm, still 0-0 lagi ea?"

"Taklah 2-2, Amri skor dua bijik"

"Biar betul, Malaysia skor dengan MU?"

Kalau kamu minat bola sepak, kamu mesti minat MU, Arsenal, Liverpool atau Chelsea. Tapi tak semestinya kamu minat dengan Malaysia. Lihat saja rekod Malaysia sepanjang 20 tahun ini. Sejak pemergian Mokhtar Dahari dan 'batch' beliau, seolah-olah perginya jua maruah pasukan ini yang pada satu ketika dahulu mampu seri dengan Arsenal dan digeruni Korea Selatan.

Tahun lepas, Piala Merdeka. Satu pasukan yang sangat sempurna. Pergi ke final tanpa bolos 1 gol dan berbelas-belas gol dijaringkan. Namun, akhirnya kalah penalti dengan Vietnam di tempat sendiri.

Aku tak pernah mengharapkan pasukan ini untuk menyaingi Argentina, Sepanyol, Brazil mahupun Croatia. Tapi aku mau lihat 'itu' kembali dalam permainan Malaysia. Itu yang aku maksudkan adalah semangat.

Tadi aku nampak itu. Mungkin masih jauh. Tapi katanya yang diturunkan adalah pemain muda. Jadi perjalanan jauh itu masih sempat untuk dituju.

Harap kamu mengekalkan konsistensi ini kerna konsistensilah yang sering menganggu perkembangan sukan-sukan di Malaysia.

Aku melihat Youtube dan jatuh cinta pada bola sepak Malaysia yang dulu. Hari ini aku jatuh cinta sekali lagi. Tolong. Tolong jangan menghampakan aku lagi.

Dari Aku,

Mewakili 2.5 juta hati rakyat Malaysia yang tagihkan maruah bola sepak Malaysia dikembalikan semula.

Tuesday, July 14, 2009

Penat Mendaki

Karim dah jauh mendaki bukit tu. Tapi tak juga sampai ke puncak. Dah dekat seminggu Karim mendaki. Bajet la. Kalau tinggi sangat, baik bagi nama gunung, jangan bagi nama bukit. Dari segi nomenclature sendiri dah silap.


Namun, apakan daya Karim nak sangat tengok sunset kat puncak bukit tu. Dan Karim akan terus mendaki. Mendaki dan mendaki. Walaupun Karim seekor siput babi.


Kerna dalam prinsip hidup Karim, "Jangan mengalah, meskipun anda seekor siput babi"...

2 hari selepas tu, hujan turun. Karim mati tergelincir dalam gaung. Sebelum mati dia sempat lihat cahaya jingga di horizon.
___________________________________________________________________________
Aku dah separuh jalan praktikal. Dah penat. Dah tepu. Tapi aku akan gagahkan jua menempuh 45 hari yang akan mendatang ini. Dan aku pastinya tak akan mengalah meskipun aku seekor siput babi! Ayuh, Nazrin! Bangun, berdiri dan berlari menempuh 45 hari ini!