Takdir Illahi Musim Kedua
Gua ingat bulan 2 hari tu dah last dah benda ni. Celaka, ada sekali lagi rupanya.
***
Setelah dipaksa, dikerah dan dipujuk oleh Farah Elyani dan Encik Bung, maka gua pun turun pentas, atas dasar mahu melihat tanda aras yang telah diletakkan pada Februari lepas dipatuhi atau sudah dijangkaui.
Masalah yang paling ketara, sudah tentu menggantikan Mai.
Tiada masalah, klon Mai berjaya dijumpai. Kredit untuk budak-budak ni. Gua tak tahu macam mana boleh jumpa, tapi jumpa juga. Power betul.
***
Pementasan kali ni gua tak join secara langsung, maklumlah, gua dah jemu nak jadi abang Bad. Berikut adalah nota ringkas power tak power pementasan kali ni.
1. Pementasan kali ni menampilkan pengarah produksi paling 'sihat' dalam sejarah Takdir Illahi.
2. Anis, budak KBA yang pendiam, dah berubah.
3. Abang Bad kali ni kurang hensem, bergaya dan tak true Korea.
4. Maknyah dengan pondan tu berbeda besar. Kalau tak percaya boleh rujuk Jalan Bukit Bintang.
5. Skandal cinta SM teknikal dan pengarah produksi. Cinta terlarang ni, jangan tanya gua kenapa berlaku.
6. Kali ni kalau tempah bas, asyik bas 2 tingkat je. Jadi kejadian air tumpah sampai banjir ni kalau berlaku memang akan jadi hujan lebat. Tapi tak jadi.
7. Ain baru takut dengan Mai. Itulah Mai, gua dah suruh ko kecilkan paha.
Yang kiri tu klon Mai, yang 2 dari kanan gua tak tahu klon siapa.
8. Set kali ni power betul. Kalau nak harap si Anis 2nd year tu tak ke mana set kali ni.
Setting 3 generasi.
9. Pokok goyang scene last tu memang true KOREA!!!!!
10. Esok malam penyampaian hadiah. Gua nak satu benda je, satu benda je. Doakan gua dapat benda tu. Gua nak buktikan sesuatu kepada seseorang.
****
Dah 2 hari show berakhir, tapi semua masih meroyan dan cuba mengisi kekosongan pagi-pagi buta yang dulu penuh dengan warna-warni dan jerit-pekik mak memanggil Ain.
Sekarang lohong kosong itu sudah tidak dapat diisi lagi. Ia akan terus menjadi lohong yang dalam dan gelap. Namun, lohong itu mengingatkan kita semua bahawa,
" Kita pernah di situ. "
Cukuplah dengan memori tu.
p/s : nak budak tu menang sesuatu supaya aku boleh buktikan sesuatu pada seseorang. personal glory, maybe.
fin.