Monday, August 29, 2011

Hari Raya


" Bulan lepas you dapat gaji banyak, bulan ni lagi banyak. Eh, you tak kerja masa raya eah? "


****

Ya. Gua tak kerja masa raya. Sebab gua dah berhenti pun bila raya.

Bagi gua raya masa untuk makan kuih, pergi sembahyang raya, pergi kubur, makan kuih lagi, makan laksa pula, tidur sekejap, sambung makan kuih dan balik rumah buat muka kesian kot kot ada duit raya.

Ya. Itu definisi raya bagi gua selain melayan sanak saudara dan budak-budak kecik serta berkumpul ramai-ramai.

Ya. Itu dia.

Bukan bekerja untuk triple pay 12 jam sehari macam orang tak ada life.

Bukan.

Jadi Selamat Hari Raya buat mereka yang sudah ketemu definisi Hari Raya paling bermakna.

Gua dah jumpa.

p/s : raya tahun ni jumpa gua kat Korea. tapi raya kedualah. raya pertama gua kat rumah, nanti kena cop derhaka mati pula gua.

fin.

Tuesday, August 16, 2011

Puasa 2


Kejadian berlaku dalam pukul 5 lebih macam tu dalam bulan puasa ni juga.

Brader 1 : Peh, lu tengok ketat tak ketat baju awek tu.

Brader 2 : Nak masuk neraka la tu. Pakai tudung pun macam tak pakai tudung. Tak puasa lah tu!!

****

2 jam sebelum kejadian tu Brader 1 dan Brader 2 tengah seronok-seronok minum kopi dan hisap rokok kat belakang kedai.

p/s : how hypocrites are ruling our lives today.

fin.


Monday, August 15, 2011

Shitbrix


Akak : Bagi saya kek yang ni ye. (tunjuk mana-mana sambil senyum)

Gua : Yang mana satu ya kak?

Akak : Yang ni. (senyum lagi)

Gua : Yang mango ke peach ye kak?

Akak : Yang ni lah. (senyum)

Gua : Errr, yang warna kuning ke oren?

Akak : Haah, yang ni. (senyum)

****

p/s : need to stop this rotten feelings. **headache.

Tuesday, August 9, 2011

Oscar


Semua orang pun tahu Hollywood. Semua orang pun tahu anugerah paling grand untuk filem-filem Hollywood adalah Oscar Award.

Kalau untuk muzik kita ada Grammy, untuk drama TV kita ada Emmy, dan Holy Grail untuk filem Hollywood pula adalah Oscar Award.

Semua orang pun tahu benda tu kalau kita minat filem Hollywood.

****

Tapi benda yang kita kurang tahu adalah kebanyakan filem Hollywood yang berjaya di Oscar atau tercalon di Oscar tidak ditayangkan di Malaysia.

Gua rasa pelik dengan hal ni. Gua tengok kebanyakan filem Oscar ada value dia yang tersendiri. Kadang-kadang ceritanya berat, kadang-kadang ringan tapi mesejnya masih sampai dengan cara yang tersendiri.

The Hurt Locker, Crazy Heart, The Fighter, The Blind Side, Black Swan dan The King's Speech. Tak banyak yang tahu tentang filem-filem ni walhal ia adalah filem yang mendominasi Oscar dalam dua tahun ni.

Jeff Bridges. Kalau bukan disebabkan Tron, kita mesti tak kenal Pelakon Terbaik Oscar 2010 dan tercalon sekali lagi pada tahun ni.

Jadi kenapa agaknya filem-filem ni tak ditayangkan di sini?

Bagi gua satu saja. Sesetengah filem ni mesejnya terlalu berat dan sukar untuk mentaliti orang kita yang mahukan hiburan saja. Justeru ianya sukar untuk dimaterialisasi dalam bentuk wang ringgit dan keuntungan.

****

Selaku orang yang minat teater, habis saja Oscar, aku akan mendownload semua movie available yang ada kaitan dengan Oscar tahun tersebut.

Dan setakat ini hasilnya tak menghampakan.

For the next entri aku akan fokus pada filem-filem Oscar yang berjaya menambat hati aku.

p/s : i'm bored. thus, i'm writing this type of entry. yeah.

fin.

Sunday, August 7, 2011

Puasa

Bulan puasa ni bulan berkat. Bulan cover dosa. Bulan paling bersih.

Bulan puasa ni juga orang kata tak elok nak emo-emo.

****

Tapi kerja di Sekret Resipi ni memang buat gua emo.

Bukan pasal kastemer yang macam-macam. Bukan pasal bos yang macam-macam. Tapi pasal rakan sekerja yang tak berapa nak pandai.

Gua tak faham betul.

Payah benar ke kerja Sekret Resipi ni? Penat sangat ke? Gua tengok kerja bawah aircond tiap hari. Tak ada pula kena kerja bawah matahari. Tak ada lah tiap hari kena angkat kotak besar-besar.

Penat sangat ke?

Dah tu pehal tak puasa!!????

p/s : lama-lama gua kerja sini gua rasa nak lempang je sekor-sekor yang malas puasa ni. cakap pandai. bangang!

fin.

Friday, August 5, 2011

Jangan Monyet, Jangan!



Siapa-siapa tak pernah tengok ni zaman kanak-kanak dia memang sengsara.

Oh, Selamat Berpuasa!!

fin.