Thursday, July 1, 2010

Entri ketiga

Gigih menyiapkan entri ketiga pagi ini.

Pernah aku beritahu pada Wann Afzan, aku sangat suka membaca blog dia. Alasannya mudah, aku kenal dia, dan aku suka tulisan dia. Mungkin dia tak pandai bermadah, tapi bila dia menulis, itu dari hatinya. Aku suka membaca tulisan dari hati.

Tulisan aku susah untuk menyamai konsep itu. Aku cuba menulis apa yang aku rasa. Apa yang ada dalam hati. Tapi sayang, selalu sangat hati mahu berahsia.

Hati oh, hati.

Mungkin aku perlu belajar buang rasa hipokrit. Ucap lebih kata sayang.

Sebab kadang-kala sifat hipokrit dan kejantanan itu jauh dari apa yang hati kita mahu.

Aku masih suka membaca tulisan Wann Afzan.

Dan aku cuba untuk menulis seperti itu. Aku mahu menulis dari sebuah hati yang tulus.

Hati, tolonglah berbicara.

Fin.

3 comments:

wann afzan™ said...

gua tolak tepi hipokrit, ego dan kejantanan time menulis...

tapi sebenarnye tulisan tu banyak merapu...

dan juga masih banyak rahsia yg terpendam..

hanya leh harap orang yang bace dapat korek bnda2 yg rahsia tu..

tengok, merepek lg kat ruang komen orang...sorry ah bai..hak hak~~

say- O said...

tetiba rasa ingin berblog.

wann afzan™ said...

buat blog say o!!!!!!!!!!!!!!!!