Monday, April 6, 2009

Pertama Kalinya...

Hari ini, buat

Pertama kalinya

Aku mendapat markah terendah dalam Bowling -67
Aku mendapat tempat tercorot dalam bowling
Aku dikutuk Leha dalam konsistensi yang tinggi
Aku tidak berpeluh semasa karaoke
Aku tidak dapat menyanyi banyak walau 3 jam berkaraoke

Namun

Pertama kali jua

Aku dibelanja ketika keluar berfoya-foya
Aku keluar bersama akak ofis
Aku berjaya mengajak Amir tanpa Power Rangers yang lain
Aku berjaya melatih Leha dan Wawa ke arah kegemilangan bowling

Dan lebih penting

Pertama kali

Aku merasai ikatan keluarga yang serapat ini
Bergelak ketawa
Menjerit bersama
Saling memukul

Pertama kalinya

Aku terdiam, memerhati adik-adikku dari belakang
Aku senyum, dan terus berlari mengejar mereka
Kerana aku sedar

Buat pertama kalinya

Itulah keluargaku, DOT

(Maaf, tiada gambar. Kerna walaupun tiada gambar, namun semua ini kekal dalam hati ini)

2 comments:

Anonymous said...

woh...
mcm mana abg naz bleh ajak si ustaz rock tu...
tanpa kitorg...

sapa plak yg blanje tu?!

Nazrin Saad said...

mesti r guna gaya pujukan yg terbaik....
serta pksaan dan muka say o...

hahahha...
lec ko k awek say o yg blnja...
mkn kfc 2 weih...
heheheheh