Saturday, December 24, 2011

Ludah Meludah

Kah kah kah!!!



***

Panglima

1. Entah mana la kepanglimaan sangat pun aku tak tahu, masing-masing dah tua gemuk pula tu.

2. Umur dah berusia, tapi cakap macam budak 17, 18 tahun, masukkan dalam Youtube pula tu.

3. Kalau yang diturunkan tu bendera Datuk Seri Anwar Ibrahim, rasa-rasanya brader panglima ni nak komen apa pula?

4. YANG PALING AKU SAKIT HATI, LEPAS SAMAKAN ORANG DENGAN KUDA, LEPAS NAK LUDAH ORANG, PANGLIMA NI BOLEH PULA BERTAKBIR BAGAI. MACAM APA YANG NAK DIBUAT TU SATU JIHAD! PUIIII!!

***

Mahasiswa

1. Bangang juga. PWTC tu sah-sah la tempat UMNO. Macam ko log in fesbuk orang, ko letak muka ko sendiri.

2. Tujuan asal nak serahkan memorandum saja. Yang nak emosi sampai turun bendera tu apa hal la?

3. Kalau nak jadi mahasiswa yang berpolitik memang kena berarak ke? Assignment dah hantar belum? Exam bila?

***

Bagi aku dua-dua pun bangang. Dan bagi aku juga hal ni tak adalah sebesar mana yang orang bising-bisingkan.

Kalau budak-budak Mahasiswa buat protes secara aman damai, kan senang. Aku tak tahu la kalau dah ada yang kena pukul ke apa ke, tapi turunkan bendera tu dah puas la?

Panglima tu aku tak tahu pun wujud sampai la hari ni. Masuk Youtube, hit beribu dah tu. Padan muka. Lepas ni UMNO orang akan pandang lagi sampah sebab Panglima emo ni.

p/s : baru turun bendera dah nak ludah-ludah. emo Meleis!

fin.

KL Gangster


Aku ni kalau filem Melayu memang memilih. Tambah-tambah sejak dah tak ada filem Yasmin Ahmad ni. Lagilah aku jarang turun wayang nonton filem Melayu.

Tambah-tambah filem Shamsul Yusoff. Sebab bagi aku filem dia ni lebih pentingkan untung dari jalan cerita. Cerita hapak tapi kutipan juta-juta.

Kalau macam tu download pun aku malas.

***

Well, then KL Gangster happened.

Ramai kawan-kawan aku cakap filem ni best. Even yang menjaritengahkan filem Melayu pun cakap filem ni ada dia punya tarikan.

Jadi, setengah tahun kemudian, aku pun terdetik nak tengok benda ni. So ini dia kesimpulan aku.

***

1. Tipikal Shamsul Yusoff. Plot kosong, bertumbuk ja banyak. Sampai ke sudah aku tak tahu moral cerita ni sebab sekali lagi aku tekankan, plot KOSONG.

2. Tipikal Shamsul Yusoff juga, banyak sangat pengaruh Hollywood. Asal gangster je mesti nama Dragon la, Shark la. Tapi kredit juga la. Hero kekal dengan Malek.

3. Aku paling benci cerita yang anti klimaks. Ending, dah cukup orang jahat kena sayur. Abang pukul adik dah cukup sedih, tiba-tiba watak Sofi Jikan kena juga mention dia punya 'sengat' tu. Apahal? Benda serius jadi kelakar.

4. Bagi aku watak adik Malek tak ada pun tak apa. Seriusly, apa fungsi dia? Apa?

5. Watak Shark tu ni setakat aku tanya tak ada seorang tahu apa kaum dia sebenarnya.

6. Moral yang cuba disampaikan aku rasa jangan bergangster, kelak masuk jel juga. Tapi....ah, malas pula aku nak eksplain!

7. Kalau di KL, logik ke orang lari tengah-tengah jalan Masjid India tu pegang pistol tapi still end up tak kena cekup dek polis? Logically? So, pengarah punya research macam mana?

8. For once, aku harap Shamsul Yusoff buat filem yang tak nampak sangat pengaruh Hollywood dan sudah-sudahlah berlakon dalam filem arahan sendiri.

****

Apa-apa pun klip 3gp lagi gampang.

p/s : rindu nak tengok filem Yasmin Ahmad. tak payah nak ada ayah Dato' pun boleh menang anugerah di Jerman.

fin.