Disebabkan produksi dah tamat, maka gua nak cerita satu hal yang kasi gua panas. Gua harap watak-watak gadis yang terlibat tak baca entri gua. Tapi gua harap pakcik comel baca.
Ini bukan cerita gua 100%, ini cerita orang tapi gua dah olah kasi nampak lagi menarik dan kurang ganas.
***
Bad, Iffah dan Ain naik kapal terbang pada suatu hari. Disebabkan malam yang sebelumnya mereka terlibat dalam acara marathon 16km, maka mereka redah naik kapal terbang dalam keadaan yang penat dan mengantuk.
Dan disebabkan mereka bertiga juga merupakan atlet agung negara, maka botol air tidak pernah lekang dari tangan mereka.
Nak dijadikan cerita, atlet paling muda, yakni Ain telah tertido semasa di atas kapal terbang menyebabkan dia tidak sedar air mineral yang dibawanya telah tertumpah. Nak dijadikan cerita, seorang pramugara yang lebih mesra dengan panggilan Pakcik Comel telah menyedari air telah tertumpah.
Air Ain yang tertumpah.
-imaginasi penulis-Maka, Pakcik Comel mengambil jalan mudah, yakni memaki Ain.
Wajah Pakcik Comel.
-imaginasi penulis-Mula-mula makian bersifat agak klise nasihat dan boleh dijadikan bahan gelak ketawa semasa makan tengah hari kelak.
" Kan saya dah cakap atas kapal terbang tak boleh bawa makanan. Kalau tumpah siapa nak cuci, saya juga. Nanti kamu pijak-pijak dah kotor satu kapal terbang. "
Bad mula gelak sinis di belakang dengan gaya gagapnya.
" Belajar tinggi-tinggi pun tak guna. Belajar macam tahi ayam. "
Bad berhenti ketawa. Apa kaitan air tumpah dengan kaedah pembelajaran seorang pelajar? Setahu Bad, tidak ada langsung matapelajaran 'Cara-cara untuk Tidak Tumpahkan Air di dalam Kapal Terbang' yang ditawarkan dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat universiti.
" Mak bapak kat rumah tak ajar ke? "
Suasana dalam kapal terbang senyap terus. Bagi Bad itu sudah lebih. Benda kecil kenapa mahu besar-besarkan sampai tahap ibubapa? Bad ambil langkah paling bodoh dalam dunia.
Bad koyak buku dan lap air pakai kertas. Langkah itu nampak bodoh. Tapi biar Pakcik Comel nampak. Biar dia tahu orang bukan sengaja nak basahkan kapal terbang dia. Dan orang macam Bad pun ada rasa tanggungjawab, bukan hanya tahu maki perempuan yang lemah macam Ain. Seperti perangai Pakcik Comel.
Ain dan Iffah cuba halang Bad. Tapi ego Bad terlalu tinggi. Berhelai-helai kertas dari buku dikoyakkan di depan Pakcik Comel dan digunakan untuk mengelap lantai.
" Kalau kau lap pun dah tak ada gunanya. "
Bodoh punya pakcik. Kau duduk dan maki orang tu apa gunanya? Bad lap tak ada guna, tapi kau duduk pandang air di kaki sambil maki orang dapat keringkan air dalam kapal terbang? Sekarang Bad mula faham. Pakcik itu bodoh sebenarnya.
Ain mula menangis. Iffah mula memujuk Ain. Pakcik Comel masih memaki.
" Pakcik jangan keterlaluan. Pakcik ini orang tua, memang kami kena hormat! Tapi dia bukan sengaja. "
Jerit Iffah. Iffah tampak serius. Pakcik Comel yang duduk selang sekerusi dari Iffah dan Ain masih memaki mereka. Tapi langsung tidak berani pandang ke belakang dan menghadap muka Iffah yang jelas berang.
" Kan orang dah cakap jangan bawa makanan atas kapal terbang? "
" PAKCIK INI MEMANG BODOH! INI BUKAN MAKANAN! INI MINUMAN! "
Jerit Iffah lagi. Tapi Pakcik Comel masih enggan mengalah. Dia masih memaki hamun dengan cara tidak pandang ke belakang.
Bad pula mengambil langkah drastik sebelum Pakcik Comel dihentak.
" SUDAH! SUDAH! "
Jerit Bad sambil mengadap Pakcik Comel. Tapi Pakcik Comel tidak pula memandang Bad.
" Sudah apa pula? Blabla, *ayat macam celaka gua pun dah malas nak tulis apa yang keluar dari mulut dia* "
Sudahnya Ain, Iffah dan Bad terpaksa duduk jauh dengan Pakcik Comel. Sebab Pakcik Comel sangat tak kool, tak bergaya dan sudah tentu kurang ajar.
-
Malam itu, Bad dan Iffah menaiki sekali lagi kapal terbang Pakcik Comel.
" Orang dah cukup? Kalau dah cukup bolehlah kita gerak sekarang. "
Lahanat. Boleh pula cakap sopan-santun natang ni.
***
Moral :