Friday, July 23, 2010

Be nice also cannot ah?

Dipetik dari akhbar The Star,

Semasa di Lapangan Terbang Kuching menanti transit ke Miri, Yasmin Ahmad telah menjenguk kedai emas untuk membeli anting-anting. Beliau mencuba beberapa anting-anting termasuk sebuah anting-anting emas. Akhirnya beliau telah membeli sepasang anting-anting yang lain dan meletakkan anting-anting emas itu. Ketika mahu membayar dia berkata kepada gadis kedai itu bahawa gadis itu boleh mengambil anting-anting emas itu. Gadis itu yang menyangka Yasmin bergurau menawarkan untuk menyimpan anting-anting itu di dalam kotak untuk Yasmin. Tapi Yasmin serius.

"You really so nice meh?" kata gadis itu.

Yasmin menjawab, "Be nice also cannot ah?"

Julai ini ramai kawan-kawan gua mengenang kematian King of Pop, MJ. Walhal sebelum kematian MJ tidak pula MJ dipuja seperti itu.

Tak. Gua akan mengenang seorang pembuat filem yang terhebat dalam sejarah yang gua sanjung semasa hidup dan mati beliau.

Yasmin Ahmad.

"Do you think you can find a replacement even if you search outside of the country? I dont think so." -Ali Mohammed, Leo Burnett chairmain (rakan kongsi Yasmin).

Fin.

Thursday, July 1, 2010

Entri ketiga

Gigih menyiapkan entri ketiga pagi ini.

Pernah aku beritahu pada Wann Afzan, aku sangat suka membaca blog dia. Alasannya mudah, aku kenal dia, dan aku suka tulisan dia. Mungkin dia tak pandai bermadah, tapi bila dia menulis, itu dari hatinya. Aku suka membaca tulisan dari hati.

Tulisan aku susah untuk menyamai konsep itu. Aku cuba menulis apa yang aku rasa. Apa yang ada dalam hati. Tapi sayang, selalu sangat hati mahu berahsia.

Hati oh, hati.

Mungkin aku perlu belajar buang rasa hipokrit. Ucap lebih kata sayang.

Sebab kadang-kala sifat hipokrit dan kejantanan itu jauh dari apa yang hati kita mahu.

Aku masih suka membaca tulisan Wann Afzan.

Dan aku cuba untuk menulis seperti itu. Aku mahu menulis dari sebuah hati yang tulus.

Hati, tolonglah berbicara.

Fin.