Thursday, September 20, 2012

Teleportasi

Cuba-cuba masuk Pertandinga Cerpen anjuran Buku FIXI untuk menang Antologi Cerpen Nadia Khan. 70% aku yakin tak akan menang. Tapi aku masuk juga sebab aku nak test skill penulisan aku samada dah berkarat atau belum.

Hasilnya karya yang ini menang laaa.

***


Aku duduk di hentian bas dek kepenatan yang menimpa-nimpa. Bow yang aku pakai sejak pagi tadi aku longgarkan. Lemas dek kerana trakeaku dihimpit ketat oleh ikatan bow itu.

Rokok Marlboro yang aku baru beli tadi aku sedut dan terus sedut.

Riuh meriah rumah Cassandra masih belum habis. Masih berduyun-duyun tetamu datang untuk mengucapkan tahniah pada Cassandra.

20 tahun aku kenal Cassandra. Hari ini hari gembira buat dia. Hari sedih buat aku. 20 tahun aku menyimpan perasaan pada Cassandra dan akhirnya semua ini aku simpan dalam hati aku.

20 tahun aku kenal pada Cassandra ibarat satu proses teleportasi ; satu pergerakan yang menentang hukum Fizik dan kontinoum ruang dan masa. Dan setelah 20 tahun, aku dan Cassandra telah diteleporasi di dua ruang yang berbeza.

Bezanya Cassandra bahagia di dalam ruangnya sekarang. Aku tidak.

Aku cuba pejamkan mata aku. Kalau saat indah itu boleh berlalu pergi ibarat satu proses teleportasi, kenapa tidak saat yang menikam ini. Bawalah aku ke ruang yang indah, jauh dari segala malapetaka dan derita. Jauh dari Cassandra.

" Saya rasa perkahwinan adalah sesuatu perkara yang membosankan. "

Gadis dengan mata mungil di sebelahku memulakan bicara menyedarkan aku dari lamunanku. Aku memandang sipi wajahnya. Rokok di mulut masih tegar menghasilkan kepulan putih.

"Sebab saya terpaksa memakai kasut tumit tinggi yang menyeksakan ini selama sehari dan berpura-pura tersenyum. Padahal ianya sangat menyakitkan. "

Katanya lagi sambil tersenyum.

Aku membalas senyumannya. Entah kenapa, dada aku yang tadi bergelang-geliut dengan rasa kecewa dan derita kini mula tenang. Masa ibarat terhenti memandang gadis mata mungil itu. Aku mahu berada di sini, memerhatikan mata mungil si gadis buat selama-lamanya.

Aku menghembus asap rokokku ke udara, membiarkan kepulan putih itu hanyut dalam udara petang.

***

Masih lemah sebab dalam 6 karya yang menang tu cerpen aku yang paling tak power. Dan cerita ni sebenarnya aku ambil semula dari tulisan aku yang dulu.

Tapi alhamdulillah, rezeki. Dapat buku ohsem ni.



fin.