Saturday, December 24, 2011

KL Gangster


Aku ni kalau filem Melayu memang memilih. Tambah-tambah sejak dah tak ada filem Yasmin Ahmad ni. Lagilah aku jarang turun wayang nonton filem Melayu.

Tambah-tambah filem Shamsul Yusoff. Sebab bagi aku filem dia ni lebih pentingkan untung dari jalan cerita. Cerita hapak tapi kutipan juta-juta.

Kalau macam tu download pun aku malas.

***

Well, then KL Gangster happened.

Ramai kawan-kawan aku cakap filem ni best. Even yang menjaritengahkan filem Melayu pun cakap filem ni ada dia punya tarikan.

Jadi, setengah tahun kemudian, aku pun terdetik nak tengok benda ni. So ini dia kesimpulan aku.

***

1. Tipikal Shamsul Yusoff. Plot kosong, bertumbuk ja banyak. Sampai ke sudah aku tak tahu moral cerita ni sebab sekali lagi aku tekankan, plot KOSONG.

2. Tipikal Shamsul Yusoff juga, banyak sangat pengaruh Hollywood. Asal gangster je mesti nama Dragon la, Shark la. Tapi kredit juga la. Hero kekal dengan Malek.

3. Aku paling benci cerita yang anti klimaks. Ending, dah cukup orang jahat kena sayur. Abang pukul adik dah cukup sedih, tiba-tiba watak Sofi Jikan kena juga mention dia punya 'sengat' tu. Apahal? Benda serius jadi kelakar.

4. Bagi aku watak adik Malek tak ada pun tak apa. Seriusly, apa fungsi dia? Apa?

5. Watak Shark tu ni setakat aku tanya tak ada seorang tahu apa kaum dia sebenarnya.

6. Moral yang cuba disampaikan aku rasa jangan bergangster, kelak masuk jel juga. Tapi....ah, malas pula aku nak eksplain!

7. Kalau di KL, logik ke orang lari tengah-tengah jalan Masjid India tu pegang pistol tapi still end up tak kena cekup dek polis? Logically? So, pengarah punya research macam mana?

8. For once, aku harap Shamsul Yusoff buat filem yang tak nampak sangat pengaruh Hollywood dan sudah-sudahlah berlakon dalam filem arahan sendiri.

****

Apa-apa pun klip 3gp lagi gampang.

p/s : rindu nak tengok filem Yasmin Ahmad. tak payah nak ada ayah Dato' pun boleh menang anugerah di Jerman.

fin.

1 comment:

mikhaelahmad said...

sila tengok songlap. sila tengok pelis. aku merayu.