Showing posts with label Merapu. Show all posts
Showing posts with label Merapu. Show all posts

Sunday, April 14, 2013

Cegampang


"Awak ni cegampang la," kata gadis rambut brunette seraya mengunyah keropok leko dengan berhati-hati.

"Cegampang tu mende?" tanya aku selamba sambil memasukkan kaki ke dalam air sungai. Sejuk.

"Figure it out lah," katanya sambil bertukar menjadi ikan duyung dan terjun ke dalam sungai tersebut.

Celaka. Jenis bagitahu cerita tak habis.

Cegampang.

fin.

Monday, September 19, 2011

Bosan

Sekarang ni hidup gua dah hilang punca.

Ecewah!

Mula-mula gua ingat nak abadikan hidup gua kalahkan Palie dalam Fantasy Football lepas kasi can dia menang mula-mula.

(Masa gua kasi can.)

(Masa gua still kasi can.)

Mudah. Dah menang dah.

Kalau gua tau macam ni, baik gua mula main masa game yang dah tengah-tengah. Baru nampak ada cabaran sikit.

***

Bilik baru rumah gua ni macam setan punya puaka. Payah nak tidur. Payah nak bangun.

***

ISA dah mansuh ni tenang la sikit gua nak kompelin dalam blog. Nanti tak pasal-pasal masuk lokap payah nak explain kat ayah gua nanti.

***

Okay lah. Gua nak pergi berak.

**awek tu nama shila amzah.
**gua tak pandang pun dia, dia yang nak snap gambar gua, pehal?
**payah lahanat tulis huruf S pakai paint!!!

fin.

Tuesday, June 28, 2011

Hari Sukan Sekolah

Minggu ni ada hari sukan di sekolah dekat dengan rumah gua. Kalau hari sukan, macam biasalah ada yang menang dan ada yang kalah. Yang menang tahniah, yang kalah bolehlah cuba lagi di tahun depan kalau tak pindah sekolah ataupun kena tindakan disiplin buang sekolah sebab masuk asrama perempuan.

Menang dan kalah ni adat lah. Yang menang tu power, yang kalah tu tak power. Macam Maharaja Lawak, Sepah power, Jozan tak power.

Tapi gua bukan nak tulis pasal power tak power Sepah. Hari ni gua nak tulis pasal Hari Sukan Sekolah.

Fakta #1

Selalu bila hari sekolah, cikgu-cikgu jadi gila mike. Cikgu yang muka garang macam lanun tiba-tiba jadi sweet bila jadi deejay. Tapi ini perkataan klasik yang mesti ada dalam setiap hari sukan. Bila dengar ni pagi tadi, gua jadi berdebar.

" Para peserta bersedia untuk dilepaskan. "

Entah kenapa.

Fakta #2

Golongan yang tak bersukan atau tak bertanding ni selalunya dikategorikan kepada dua. Golongan yang menyokong dan golongan yang sepatah haram pun tak ambil peduli.

Gua selalunya dalam golongan kedua. Bila tengah panas bersukan, gua lepak bawah pokok minum air sirap sambil sembang dengan member gemuk-gemuk pasal rancangan katon semalam.

Fakta #3

Masa sekolah rendah gua pengakap. So selalu juga la gua jadi kuli batak cikgu angkat meja dan sebagainya.

Tapi dulu benda yang paling legend untuk seorang pengakap sekolah rendah ialah bila boleh pegang papan yang orang tembak masa lepaskan peserta lumba lari.

Itu memang legend. Tapi gua tak berapa nak minat. Telinga gua ni sensitif dengan bunyi bising.

Fakta #4

Selain lagu-lagu marching, antara lagu yang mesti ada dalam playlist atau folder Hari Sukan Sekolah ialah lagu Kau Boleh. Lagu ni tak boleh tak ada. Seperti lagu Gemuruh, lagu ini juga dikatakan menguatkan konsep spiritual yang dikatakan dapat membakar semangat peserta, guru yang menjadi urusetia dan juga pak pacak.

Tapi hari sukan di sekolah dekat rumah gua dah lain. Dia pasang lagu Bruno Mars.

Fakta #5

Gua dulu masa Sekolah Derma, gua rumah Biru. Ataupun rumah Sekolah. Gua pun tak faham kenapa dipanggil rumah Sekolah, agak payah juga kalau nak difikirkan dari konsep komersialisasinya. Rumah Hijau rumah Syed Ahmad, Kuning rumah Raja, Merah rumah Perlis. Gua tak paham juga. Tapi gua ikut juga. Mana boleh lawan orang mainstream, nanti kena tahan ADS ; Akta Dalam Sekolah.

Masuk Sains Pokok Sena baru nampak gah sikit. Gua rumah Kuning atau rumah Angsana. Rumah sukan lain pun nama pokok, nampak ada tema dan melambangkan kemegahan dan kestabilan sesebuah rumah sukan yang dijadikan entiti pelajar bersaing sesama sendiri dalam arena jasmani.

Tapi nama rumah sukan sekolah dekat rumah gua ni menyampah pula gua dengar. Semua pakai nama kereta Proton.

Nak melambangkan apa? Gua risau juga, sebab nama-nama kereta Proton ni tak melambangkan kestabilan dan boleh mendatangkan rosak dan kemik.

****

Itu saja ulasan gua pasal hari sukan sekolah. Nak ulasan yang lebih bersifat kesukanan sila rujuk kepada Haji Hasbullah Awang, beliau lebih berpengalam dan bersemangat kental.

Akhir kata dari gua, bersukan-bersukan juga, nasik jangan lupa makan.

fin.

Thursday, July 1, 2010

Entri ketiga

Gigih menyiapkan entri ketiga pagi ini.

Pernah aku beritahu pada Wann Afzan, aku sangat suka membaca blog dia. Alasannya mudah, aku kenal dia, dan aku suka tulisan dia. Mungkin dia tak pandai bermadah, tapi bila dia menulis, itu dari hatinya. Aku suka membaca tulisan dari hati.

Tulisan aku susah untuk menyamai konsep itu. Aku cuba menulis apa yang aku rasa. Apa yang ada dalam hati. Tapi sayang, selalu sangat hati mahu berahsia.

Hati oh, hati.

Mungkin aku perlu belajar buang rasa hipokrit. Ucap lebih kata sayang.

Sebab kadang-kala sifat hipokrit dan kejantanan itu jauh dari apa yang hati kita mahu.

Aku masih suka membaca tulisan Wann Afzan.

Dan aku cuba untuk menulis seperti itu. Aku mahu menulis dari sebuah hati yang tulus.

Hati, tolonglah berbicara.

Fin.