Seperti mana yang dah sedia maklum, gua tengah kerja di Secret Recipe. Baru dua minggu, tapi dah penat gila sebab setiap hari kerja 12 jam.
Dan gua jadi lagi gelisah memandangkan budak yang kerja dengan gua dah resign. Jadi kerja gua jadi lagi berlambak-lambak.
Tapi Secret Recipe kan pujaan ramai, setakat 2 minggu gua duduk sini dah ada 5 orang datang minta kerja kat sini. Jadi gua bersyukur. Ada la juga orang nak kurangkan beban gua nanti.
***
Budak #1,
Budak perempuan ni minta part time. Macam-macam bos tanya dia awal-awal, dia angguk je. Bos tanya bila boleh start, dia cakap paling awal pun Isnin. Dia balik, bos panggil semula interview dan gua tak tahu apa yang berlaku.
Budak #2,
Budak lelaki, yang ni kacak. Bos interview juga macam-macam. Gua tak dengar apa atas sebab komitmen dengan tugas.
nota : selang beberapa hari lepas tu, masa bos bergurau kasar dengan pekerja lama bos keluarkan statement 'lu orang tak ada alasan lagi haaa, esok dua staf baru nak masuk'.
kesan : sampai ke sudah gua tak nampak bayang budak berdua tu.
***
Budak #3,
Cerita ni epik. Dia datang hari kawan gua tu nak resign. Jadi gua memang bersyukur gila babi. Kira ada pengganti la, tak la gua jadi kuli 100%. Boleh gua agihkan tugas kuli tu kat dia sikit. Gua tak dengar apa yang dibincangkan, tapi last sekali bos salam tangan budak laki tu.
nota : gua jadi optimis bila malam tu bos suruh gua ajar budak baru yang akan datang esok. gua jadi suka. boleh gua buat teman nyembang.
kesan : sampai ke sudah juga gua tak nampak bayang budak tu. gua masih jadi kuli 100%.
***
Budak #4 dan #5,
Budak perempuan berdua ni datang semalam. Nampak macam tak ada potensi pun nak dapat kerja. Tapi kalau ikutkan, gua datang pun macam celaka dapat saja kerja. Dan betullah, memang diorang dapat pun kerja tu.
nota : kawan sekerja bisik esok ada dua orang budak nak masuk.
kesan : pergi mampus gua nak percaya lagi!!!!!!!
fin.

No comments:
Post a Comment