Friday, February 15, 2013

Lelaki Metroseksual vs Mamak


Siapa tak suka masakan mamak? Saban hari ada saja mulut yang menjamah di sana. Kalau betul ini dunia pasca apokalips sekalipun, aku yakin kedai mamak tak akan tutup. Terus komited dengan slogan kedai 24 jamnya.

Mamak harus diberikan tabik hormat. Bukan kerana dia mampu hafal 13 jenis makanan dalam sekali hela nafas. Bukan kerana dia mampu pikul 10 gelas minuman hanya dengan tulang 4 kerat.

Tapi kerana sifat dedikasi dan tahan sabarnya.

Lelaki metroseksual pula harus diberikan penyepak. Ya! Datang ke mamak dengan baju tanpa lengan, menonjolkan lengan separa tembam dan putih melepak. Seluar pendek menampakkan betis kenyal tanpa bulu. 

Dan yang paling celaka, lagak seperti kedai mamak itu istana milik ayahanda tercinta. Santapan harus tiba kurang 0.03 saat setelah diberi arahan. Pekerja harus sopan dan patuh, daulat mesti terjaga. Sembah mesti dengan penuh tatatertib.

Jika tidak, penumbuk naik ke muka!

Ah, aku benci lelaki metroseksual.

Jom mamak! Aku seru anda semua, bangkit! Berdiri di belakang aku, dan katakan tidak pada lelaki metroseksual!

fin.

Wednesday, February 13, 2013

Lama Aku Tatap...


Lama aku tatap skrin putih ini. Kubiarkan kosong, terisi lohong tak bernyawa. 

Mungkin sudah tiba masa kosong itu terisi, nyawa itu diberi.

fin.

Monday, December 17, 2012

Piala Suzuki 2012


Melihat Malaysia kalah dek Thailand bukanlah suatu benda yang memeritkan. Ianya sesuatu yang sudah dijangka.

Namun agak perit juga apabila aku - yang pada hari itu tengok bola di sebuah kedai - menoleh ke kanan dan memandang seorang budak tengah meset makwe dia. Bunyinya gini :

"keeper memang terbaik la....kesian fadhli sas kena buang, kalau tak kita boleh menang punya"

Maka aku buat hipotesis sendiri sendiri :

1. Budak tu tak reti tengok bola. Malaysia main macam 11 - dan kemudiannya 10 - orang gila atas padang. Itu pun dia tak nampak ka?

2. Budak tu saja nak ambil hati makwe dia.

3. Ayah makwe budak tu sangat tegas dengan pemilihan perkataan yang pesimis.

***

Lagi perit rasa tak dapat cabutan bertuah dari Malaysia kalah bola sebenarnya.

fin.

Thursday, October 25, 2012

Gergasi


Ini cerpen yang aku tulis untuk Pertandingan Cerpen FIXI - GERGASI. Tapi nasib tak baik macam cerpen lepas. Mungkin kali ni aku tak ada idea sangat, ah memang payah kot nak buat novel tajuk GERGASI.

Kah. Kah. Kah.

Alasan nak sedapkan hati.

***


“Betoi la, gergasi habaq hang!” kata Iskandar sampai tersembur-sembur nasi lemak yang disumbat ke dalam mulut.

Aku merenung Iskandar dengan 1001 keraguan. Bukan sekali dua aku kena kencing dengan dia, dah berkali-kali. Malah, setiap kali dia kencing aku, dia akan buat muka seposen, (macam sekarang ni la) yang membuatkan aku langsung tak dapat baca raut wajah dia. (Bukanlah aku ni pandai sangat baca raut wajah orang pun.)

“Apa hang buat kat tingkat atas malam-malam?” tanya aku pada Iskandar walaupun sebenarnya aku dah tahu dah jawapannya.

Iskandar menggoyang-goyangkan tangannya untuk menanggalkan sisa nasi lemak yang terlekat di tangannya. Tapi, lebih banyak nasi yang berterabur di atas meja berbanding yang mendarat tepat ke atas pinggan.

“Biasa la, hisap rokok la. Ni, kalau hang tak percaya, malam ni hang ikut! Hang boleh tengok sendiri!” Iskandar memberi kata putusnya sendiri.

***

Malam itu, seperti yang dijanjikan aku dan Iskandar ke tingkat atas Asrama Putera. Kami bergerak ke dorm B21, bilik pelajar Tingkatan Satu second in take. Jam sudah menunjukkan pukul 3.00 pagi. Jika ada warden yang nampak, memang nahas kami.

Suasana malam tu sangat dingin. Iskandar menjuihkan bibirnya menunjukkan katil yang paling hujung. Hanya ada 6 katil yang berisi di dalam dorm ini, dan rata-rata penghuninya sedang enak diulit mimpi.

“Mana?” tanya aku.

“Hang tengok ja la. Satgi hang nampak la!” tegas Iskandar.

Aku menumpukan perhatian aku pada katil yang paling hujung. Samar-samar cahaya dari lampu koridor menyusup masuk menerangi katil itu. Seorang junior sedang tidur nyenyak di katil hujung dengan hanya memakai kain pelikat lusuh.

Tiba-tiba kelihatan sesuatu bergerak-gerak dari bawah kain pelikatnya. Semakin lama semakin rancak pergerakannya. Mata aku membeliak. Iskandar hanya tersenyum nipis. Akhirnya benda yang bergerak di bawah kain pelikat itu berhenti bergerak dan berdiri tegak.

          “Gila aih! Memang gergasi betoi habaq hang!” jerit aku.

fin.

Monday, October 22, 2012

Berkhatan


Dalam fasa hidup lelaki separa matang, saat-saat inilah paling gerun, mendebarkan dan mencabar kejantanan seseorang. Kejantanan seorang kanak-kanak akan dinilai dari segi steady jumpa tok mudim, menangis jumpa tok mudim atau terkencing-kencing bila menghadap tok mudim.

Tapi bila dikenang di dalam hayat seorang kanak-kanak separa matang, siapa yang tak takut dengan pisau dan darah?

***

Aku selamat dikhatankan pada usia 11 tahun. Berdebar juga rasanya, sebab sebelum tu kawan aku ada cakap “Lepas umur 10 tahun daging hang dah liat dah. Lagi susah nak potong. Lagi banyak darah.”

Ass betul.

Nak dijadikan cerita aku pun selamat dikhatankan di salah sebuah klinik, yang terus meranapkan rasa fobia aku dengan Tok Mudim. Selaku seseorang kanak-kanak yang menjalani pantang, setiap malam mak atau ayah aku akan steady jaga aku. Takut lapar dan sebagainya. Itu syurga dunia la kiranya pada masa tu. Ahhhhhh….

Pada satu hari yang hening, aku rasa nak terkencing. Sangat-sangat. Memandangkan tiada orang di sekeliling, aku ambil langkah drastik pergi sendiri ke bilik air yang letaknya di tingkat bawah. Setelah kencing yang power, di mana air kencing mengalir keluar sebanyak 3-4 aliran sekaligus, aku pun mengenakan kain pelikat dan naik semula tangga.

Sampai saja di tingkat atas, aku merasakan bahagian sulit aku lembap. Takkan aku tidak mencuci kencing dengan sempurna tadi, fikir aku. Lantas aku melurutkan tangan aku ke dalam kain pelekat yang tersemat kemas di pinggang aku. Jari-jari aku dapat merasa lembab antara skrotum dan testis. Aku tarik semula tangan aku, untuk melihat ciri-ciri bendalir lembap di bahagian sulit aku!

Darah!

Sudahnya aku menjerti-jerit panggil mak aku dalam keadaan kelelakian yang tergugat. Mak aku turut cemas, dia berkali-kali marah aku, kalau orang sunat ni mana boleh panjat tangga tinggi-tinggi! Kata mak aku. Aku hanya mengangguk laju-laju.

Kecederaan bahagian sulit mengambil masa hampir 2 minggu untuk sembuh, lebih seminggu dari kanak-kanak normal yang lain.

Begitulah cerita aku tentang pengalaman berkhatan dan berdarah di kemaluan macam period. Sekian.

fin.

Saturday, October 20, 2012

Leeds United : Satu Kisah Hidup Tipikal


Leeds United adalah sebuah kelab bola sepak. Ya. Kelab bola sepak. Apa signifikan kelab bola sepak ini dengan kisah hidup aku, kau dan mungkin mereka-mereka yang lain?

Baca sampai habis.




Kalau nak dikira sejarah, Leeds walaupun tak sehebat Liverpool dan Manchester United, kelab ini memegang takhta sebagai pemenang terakhir Liga Divisyen 1 di England (yang selepas itu telah dijenama semula kepada EPL - English Premier League). Malah, pada satu ketika walau dalam era bola sepak moden, pasukan ini jauh lebih hebat dari Chelsea, dan juga Liverpool.

Kalau minat nak tahu pasal Leeds, boleh google. Kalau nak tengok movie pasal Leeds sila tengok The Damned United.

Brian Clough dan Leeds (Belakang tu Bremmer)

Ini kisah lebih 30 tahun selepas 'The Dirty Leeds'.

***

Pada tahun 2001, pasukan ini berjaya ke separuh akhir Liga Juara-juara. Pada zaman pasca Abramovich, selain Arsenal dan Manchester United, pasukan ini dianggap sebagai antara yang terbaik di Eropah. Malah, Liverpool pada masa itupun mengalami kesukaran untuk melayakkan diri dalam top 8 pasukan terbaik Eropah. Nah, Leeds United, kata orang kuasa baru bola sepak Inggeris yang dikuasai Manchester United pada masa itu,

Pada musim seterusnya pengerusi Leeds United membuat pinjaman wang, dengan anggapan mereka akan layak lagi ke Liga Juara-juara.

Mereka gagal.

Hasilnya hutang berlambak, dan pemain-pemain terpaksa dijual. Antaranya Rio Ferdinand ke Manchester United dan Harry Kewell ke Liverpool. Namun, krisis kewangan pasukan ini masih belum mahu kebah. Ramai lagi pemain terkemuka yang terpaksa dijual. 

Dan akhirnya pada musim 2003/2004, tahun yang sama Arsenal menang EPL tanpa kalah dan Abramovich membeli Chelsea pasukan ini jatuh ke liga bawah.

***

Cerita tentang kelab ini masih panjang sebenarnya. Dari antara yang terbaik di Eropah, sehinggalah ke Divisyen 3. Sekarang kelab ini sudah berada di Divisyen 2, krisis kewangan sudah berakhir.

Kisah ini seolah-olah cermin dunia sebenar. Setinggi mana kau boleh terbang, tinggi itu jugalah kau boleh jatuh. Satu dekad yang lalu nama kelab ini disebut-sebut, malah jersi kelab ini dijual laris seiring jersi Manchester United, Arsenal dan Liverpool. Kini?

Orang hanya pandang kau yang di atas. Bila di bawah, mati dipijak. Sekian.

fin.

Sunday, October 14, 2012

Jennifer Morrison : House MD vs Once Upon a Time

Orang yang ohsem selalunya tengok House. 

Jadi tak hairan la aku pun tengok House. Dalam House ni ada satu karakter, nama dia Allison Cameron. Selepas berundur diri dari House, dia berlakon sekejap How I Met Your Mother dan sekarang berlakon cerita Once Upon a Time.

House MD


Once Upon a Time

Kesimpulan : Dia lagi lawa rambut brunette! Ergo, House 1 - 0 Once Upon a Time

fin.