Wednesday, March 31, 2010

ICAF - The Gap is Widening

Apa yang gua nak tulis ini adalah based on pemerhatian gua sepanjang gua menyertai sebarang pertandingan drama/teater inter-kolej. Kalau ada yang terasa minta maaf. Gua tak spesifik pada mana-mana individu. This is based on my opinions, observations and 4 years of experience.

______________________________

Baru-baru ni Pusat Kebudayaan UKM ada menganjurkan ICAF (Inter College Art Festival) dalam 3 kategori ; Teater, Band dan Tarian dengan kerjasama Kolej Ibu Zain. Gua tak pandai menari. Gua juga tak pandai band, so gua akan komen pasal teater jer.

Terdapat 8 kolej yang menyertai pertandingan kali ni dengan 100% dialog akan diujarkan dalam bahasa Inggeris. Berbanding tahun lepas yang hanya menyaksikan 4 penyertaan, tahun ini jelas ICAF dipandang lebih berat oleh setiap JAKSA Kebudayaan yang prihatin.

Tahun ni, sekali lagi juara disandang oleh Tekad dengan teater Your Call, Please? Dengar kata cerita ni adaptasi dari novel, tapi gua pun tak pasti apa tajuk novel yang sebenar. Harap maaf. Tekad juga berjaya menggondol anugerah pelakon lelaki terbaik dan pengarah terbaik.


Tempat kedua disandang oleh adik-adik gua, DOT dengan teater berjudul Love Suicide. Cerita ni adaptasi juga tapi dah campur aduk dengan filem dan game pujaan ramai sehinggalah dijadikan skrip sendiri. Kira idea sendiri la kot.

Tempat ketiga disandang Persada dengan teater Money Cant Buy Love. Teater ni pun adaptasi novel yang gua tak ingat dari siapa. Persada menang besar juga malam tu dengan membawa pulang anugerah pelakon perempuan, pelakon pembantu lelaki dan skrip terbaik.


Okay.

Gua bukan nak cakap pasal yang menang. Gua nak cakap pasal yang kurang menyerlah. Selepas FTU tahun 2008, masa depan teater kolej orang nampak cerah sangat. Sebab ada kolej yang hanya meletakkan tahun satu dan dua tapi berjaya menampilkan karya yang berkualiti.

Tapi, pada ICAF tahun ni kualiti persembahan sangat menghampakan. Gua bukan nak bangga dan cakap gua perfect. Apa yang gua buat pun tak boleh dianggap hebat. Tapi serius apa yang gua lihat pada sesetengah kolej yang gua expect boleh buat lagi bagus sangat menghampakan. Gua jadi buntu dan hampa.

Walhal kolej-kolej tersebut ada potensi. Gua tak tahu mana silapnya. Mungkin tiada tenaga pengajar, tak ada yang tahu apa itu teater di situ. Mungkin juga pelajar-pelajar ni menyertai pertandingan ni hanya untuk sijil dan merit stay kolej. So dah memang diorang tak expect apa-apa pun kan?

Jadi gua harap sangat-sangat supaya yang betul-betul minat dapat menyertai sebarang bengkel yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan. Kalau rasa nak timba ilmu lagi, boleh terus join Kelab Teater Rimba UKM. Gua masuk UKM pun gua buta teater juga. Sampai ke sini barulah gua ada apa yang gua ada sekarang. Tak banyak tapi at least ada la juga.

Apa yang gua lihat pada ICAF, hanya beberapa kolej sahaja yang mementaskan teater bagi gua. Yang lain bagi gua adalah pementasan sketsa biasa dalam kelas.

Gua cakap ni sebab gua sayang teater. Gua rasa puas bila tengok rival gua boleh capai tahap yang tertinggi. Dan, kalau masuk bukan sebab minat tak payah la bai. Gua rasa memang lu buang masa je.

For now the gap is widening. Gua tak nak tengok pertandingan teater jadi macam 1 man show atau 2 man show. Gua nak semua dapat manfaat dan kepuasan.

Fin.

Monday, March 29, 2010

A Love Suicide




Kalah tu perit. Memang perit. Itu aku nampak. Base atas effort memang semua nak menang. Tapi ini saja yang dapat.

Tak payah nak menuding jari, tak payah nak membuat spekulasi. Segala rezeki bukan datang dari kita. Mungkin ini baik di pandangan mata kita tapi bukan di mata juri. Well, siapa tahu.

Yang penting ini. Aku bangga dengan apa yang aku ada.

p/s : ini patut ditulis dalam blog kelab teater. tapi aku letak di sini. kerna ini sangat dekat dengan jiwa aku.


Tuesday, March 23, 2010

Its a Love Story

A typical love story.

Boy meet girl. Boy and girl get along. Boy fell in love. Girl fell in love with another boy. Boy's heart get crushed.

Damn. So damn typical.

Fin

Wednesday, March 10, 2010

My Name is Khan

Hari tu Shah Rukh cakap kat gua dia nak turun UKM. Gua cakap la tak payah turun, bukan dekat New Delhi dengan Bangi. Nak kena turun dekat KLIA ambil ERL lagi, susah la. Bukan gua boleh pergi ambil dia. Gua sibuk gila minggu lepas.

Err, gua sibuk apa? Alah, perlu ke gua nak cerita? Okay gua cerita. Ini literasi potret yang gua termampu.

(Lagu Kuch Kuch Hota Hai berkumandang. Tapi dinyanyikan oleh Terry.)

Ini kawan Saloon gua.

Orang gila.

KP dan TKP paling bergaya.

Selalu marah gua.

Selalu ngumpat dengan gua.

Budak tak reti malu.

Budak muka masam masa diner.

Sorry. She's taken.

Hahaha. Dia memang begitu. Jangan tanya kenapa.



Shah Rukh tak jadi datang sebab gua tak bagi. Tapi entah kenapa, gua rasa happy gila malam ni. Happy, puas dalam satu nada yang sama.

Tahniah. Terima kasih. Minta maaf.

Mmmmuuuah!

p/s : di atas adalah gambar orang-orang yang memberi kekuatan, motivasi dan bantuan untuk aku memegang tanggungjawab selaku TKP 1 MMMKDO. terima kasih.

Fin.

Friday, March 5, 2010

Samsul The Supernatural

Hero cerita ni nama Samsul. Tahun 2030.

Sekarang bumi dah hancur. Gila-gila punya hancur. Yelah, sejak pertempuran Angel dengan Demon ni banyak tempat-tempat peranginan yang dah terbakar. Banyak juga mapley-mapley yang dah tutup kedai.

Kelab-kelab bola sepak dunia semua pun dah tutup. Bankrap. Kecuali MU dan Arsenal. MU dah berpaling tadah. Memihak kat side Demon. Arsenal pula tak ada orang berani kacau. Kalau ada yang kacau kena tembak dengan meriam lah. Berlubang kepala hotak.

Cerita sikit pasal pertempuran Angel dan Demon. Ketua Angel nama dia Michael. Ketua Demon pula nama dia Lucifer. Diorang ni gaduh atas alasan yang tak dapat dikenalpasti. Yang tak bestnya diorang ni power. Pernah sekali Lucifer hentak kaki dia, terbelah menara Petronas. Michael punya tahi hidung pula sekali lempar lemas 200 orang.

So diorang memang power. Nak tak nak ramai la orang yang mati dalam pertempuran ni. Yang hidup pula dah kena rasuk dengan geng-geng Angel dan Demon ni. Sampai la tinggal seorang ja. Samsul la. Dah kata hero kan?

Hari ni Samsul dapat tahu ada seorang lagi manusia yang masih hidup. Tapi dengar kata dia dah diculik oleh set-set Lucifer. Kalau Samsul lambat lauklah budak tu. So Samsul pun pack segala senapang bagai dalam kereta Impala hitam yang dia pinjam dari arwah Dean Winchester. Penuh barang dia dalam kereta tu. Nak taknak pencuci muka kena juga tinggal. Tapi boxer tak boleh tinggal. Kena bawa juga. Jauh perjalanan, takkan nak pakai boxer yang sama.

Semua polis dah mati. So selamba je ah Samsul pecut ikut halaju yang ditetapkan oleh diri sendiri. Dalam 3 hari sampai la dia di tempat kejadian. Samsul cool. Tangan kiri pegang pisau, tangan kanan pegang pistol Colt. Dalam seluar ada surah Yasin.

Tempat tu memang sarang Demon. Samsul keluar ja, 10 Demon datang serang Samsul. Samsul tembak pakai Colt. Peluru mana cukup. Nak tikam guna pisau ramai la pula. Lenguh tangan Samsul. Samsul keluarkan Yasin. Nah, ambil kau. Terbakar semua Demon.

Samsul teruskan perjalanan. Dia nampak seorang manusia kena ikat dekat pokok. Pehh, memang dasar Demon. Ingat ritual ke ikat-ikat orang kat pokok ni? Yang bestnya tu awek. Boleh tahan lawa juga. Lagi semangat Samsul. Yang tak bestnya Lucifer ada kat situ. Lucifer dah la power sejak dia take over badan Sam Winchester.

Tak apa. Samsul cool. Dia terjun bawah, dia jerit kat Lucifer.

"Baik ang lepaskan pompuan tu!"

Lucifer usha je Samsul. Dia balas la,

"Bakpe saye nak lepaskang dia? Die gewe saye boh! Mung nok gewe mung cari sendiri! Ke mung nok gocoh sini?"

Peh. Hangin Samsul. Samsul buka langkah. Silat Cekak. Sekali dia terajang Lucifer, 18 kali dia kena hentak balik. Dah Lucifer pandai taekwando pula dah.

Samsul keluarkan Colt. Baru Samsul sedar. Peluru dah habis.

"Bolo' sokmo mung ni! Mung nok gocoh ke dop mau ni?" perli Lucifer.

Samsul dah mati akal. Tiba-tiba azan Subuh. Hah, on the spot Lucifer terbakar. Maka Samsul pun menang battle tu dengan bergaya.

So dengan langkah cool, Samsul pun pergilah buka ikatan awek tadi. Dan disebabkan kadar gersang yang ketara dan dah memang tinggal diorang dua ja atas muka bumi ni, Samsul pun melafazkan kata jiwang,

"Err, awak. Awak nak kapel dengan kita dah? Sebab kalau awak tak kapel dengan kita memang awak jadi anadartu la, wak"

Kata Samsul. Kalau tak makan gak, Samsul nak bagi alasan sains pula. Menjamin kemandirian spesies. Perempuan tu balas,

"Euwwwww... Tak nak okay. Ko tu tak hensem."

Erkk. Samsul terkedu. Dan sayup-sayup Samsul terdengar satu suara familiar.

_____________________________________

"SAMSUL!! Bangun sembahyang Subuh la bongok!" jerit mak Samsul dalam kadar garang yang tinggi.

Oh. Samsul mimpi rupanya.

Samsul bangun, garu-garu kepala dan berfikir pasal statement awek tadi.

"Ceh. Perempuan tipikal." desas hati kecil Samsul sebelum mencapai towel.

Fin.

Saturday, February 20, 2010

Bad

(Cerita ini cerita rekaan. Tak ada kaitan dengan siapa-siapa pun. On video Youtube, then baca cerpen ni.)

Bad tak pernah rasa kasih sayang. Kalau ada pun dia dah lupa. Mana taknya, umur 5 tahun dah dihantar ke rumah anak yatim Langit Ketujuh. Sejak tu dia hidup sendiri. Trauma agaknya. Yalah, ditinggalkan di tempat sebegitu.

Yang ada dengan Bad hanya sekeping gambar. Budak lelaki 3 tahun, dia la kot, dengan seorang perempuan yang memeluk erat dirinya. Dengan senyuman manis disulamkan tahi lalat di bibir.

Tapi Bad tak rasa itu penting. Bad simpan gambar tu. Bad dah tak tengok gambar tu. Kerja Bad belajar, makan, tidur dan solat. Bad tak berkawan dengan orang.

UPSR 5A. PMR 8A. SPM 10A1. Dapat sponsor belajar di England, kursus Accounting. Dean's List sepanjang tempoh pengajian. Balik Malaysia jadi Akauntan berjaya di sebuah syarikat terkemuka pada umur 24 tahun.

Fast forward hidup Bad. Sekarang dia dah berumur 40 tahun. Masih seorang pekerja yang rajin dan mantap. Tapi masih tiada orang dalam hidup Bad. Bad masih single dan tak punya kawan. Bagi Bad kalau ada hubungan ianya hanya menganggu.

Umur Bad sekarang 56 tahun. Masih. Masih sama dengan gaya hidup dahulu. Bad kaya dan berjaya. Tapi Bad sendiri. Dan selama 51 tahun ini Bad tak pernah tersenyum.

Bad mengamalkan gaya hidup yang sihat. Bad suka bersenam. Suatu hari Bad pergi tasik untuk jogging. Sendiri.

Penat, Bad berehat di sebuah kerusi sambil menikmati angin petang.

Tiba-tiba seorang budak kecil yang berlari-lari terjatuh berhampiran Bad. Kepala terantuk. Apa lagi. Menangis la budak tu. Bad tengok ja. Bising la, desas hati Bad.

Sejurus lepas tu seorang perempuan datang mendapatkan budak tu. Dia tanya sakit tak. Budak tu nangis. Dia kucup kepala budak tu. Dia tanya sakit lagi? Budak tu nangis lagi. Dia kucup kepala budak tu lagi. Budak tu nangis lagi. Dia tanya dan kucup lagi. Berkali-kali. Sampai budak tu diam. Perempuan tu kucup untuk kali terakhir. Dan budak tu terus ketawa.

Bad terpaku. Apa yang perempuan tu buat? Kenapa dia rasa pelik sekarang.

Balik rumah Bad duduk tak diam. Bad selongkar barang dalam rumah. Seharian Bad macam tu. Dan akhirnya Bad jumpa apa yang dia cari.

Gambar dia dan seorang perempuan. Dia tengok perempuan tu senyum. Entah bila air mata Bad mengalir. Mulut Bad mengeluarkan sepatah kata,

"Mak, ayah..."



Bad tak mahu hidup seorang lagi.

Fin.

Friday, February 12, 2010

USANG : Ini Spesel

Gua bukanlah Rosham Noor, apatah lagi Johnny Depp mahupun Heath Ledger. Gua hanyalah jejaka tegar yang dipanggil Nas di kalangan rakan-rakan senior, junior mahupun sebaya. Justeru gua bukanlah hebat dari segi lakonan ni.

Kalau gua masuk Anak Wayang, gua mungkin tak lepas pusingan kelayakan. Sebab gua tak hebat. Gua hanya berpegang pada kata kunci ; gua cool. Itu saja. Tapi cool tak menjamin kejayaan dunia dan akhirat. Hahahahaha~~

Namun, gua masih berpeluang jadi macam Johnny Depp. Semua sebab KTR (Kelab Teater Rimba). Kali pertama gua berkhidmat untuk kelab ini adalah menjadi pelakon di hadapan 3-5000 orang pelajar semasa Minggu Orientasi bersama Ain Nur (bukan perempuan, juga bukan pondan). Lepas tu gua join belakang produksi saja.

Sampai ke hari ni rasa macam dah lama sangat gua tak berlakon untuk Kelab yang mendidik gua dalam bidang seni teater ni walau gua bukan ko-k sekalipun. Dah setahun lebih. Kali terakhir di Singapura.

Kali ni gua dikerahkan oleh sahabat gua, Mimi the Batman, untuk mengganti watak seorang teman yang ditimpa kecelakaan.

Alhamdulillah.

Masa ni gua belum kacak sangat lagi. Ini kacak medium.

Watak itu berjaya gua lakonkan walaupun mungkin terdapat sedikit kelemahan, al-maklumlah gua berlatih seminggu saja dan gua highlightkan sekali lagi, gua bukan Johnny Depp mahupun Jaafar Onn, okay!! Gua bukan profesional.

Nama watak gua Abang Bad. Seorang lelaki terencat yang gagap akibat makan di warung Pak Munawir. Namun cacat di minda, hakikatnya gua masih kacak. Gua rasa Ain kecik cuba mengorat gua tapi gua rejek sebab dia belum baligh lagi.

VC terpesona dengan adegan ini. Hahahaha~~

Gua akui gua banyak improvisasi dalam adegan gua. Contoh : "Sonia la bodoh!". Dalam latihan tak pernah buat. Ok. Sori. Biasalah kalau dah di pentas Panggung Seni. Summersault pun gua boleh buat. Cuma gua segan je. Kan kenalan Maya menonton di depan. Nanti apa pula kata dia pada Maya nanti.

Namun gua still rasa produksi ini akan meninggalkan kesan pada gua. Satu, mungkin ini adalah lakonan terakhir gua dalam Teater Rimba mahupun Teater UKM. Kedua, produksi kali ni betul-betul mengimbau 4 tahun di UKM. Hampir semua rakan teater dari gua tahun satu gua dapat lihat dalam produksi ini.

Gua bukan seorang yang romantik untuk melafazkan kata-kata ni. Tapi gua tak malu menggelarkan diri gua seorang penggiat teater walaupun gua bukanlah super-pro, walaupun gua tak adalah sehebat mana pun kalau nak dibandingkan dengan orang yang di luar sana.

Tapi banyak gua belajar di sini.

Buat produksi USANG, ini mungkin kali terakhir kita berkerjasama, tapi ini adalah memori yang paling indah. So Sweet!! Heee~~~


p/s : gua taknak bagi komen. sebab gua tau korang dah buat yang terbaik. oh dan buat teman yang datang menyokong, terima kasih. tak sia-sia 4 tahun.

Fin.