Tuesday, March 31, 2009

Bangun, Berdiri dan Berlari...


Hari ini Ali sedar
Siti bukan miliknya
Ali palingkan muka
Pandang suatu yang indah
Berpaling dari kepahitan di depannya

Tak cukup

Ali masih merasakan kehadiran Siti
Ali cuba beredar

Tak mampu

Ali terduduk kembali
Ali takut
Takut jika dia beredar
Itulah kali terakhir dia akan berjumpa dengan Siti

Bukan

Ali takut
Takut jika Ali beredar
Itulah kali terakhir Ali kenal Siti
Dan kali terakhir Siti kenal Ali
Takut kehilangan Siti buat selamanya

Ali duduk diam

Namun entah bila

Ali terus
Bangun, berdiri dan berlari

Thursday, March 26, 2009

Siapa Kamu?

Buat apa hidup kalau nak mati??
Buat apa berjanji kalau nak mungkiri??
Buat apa datang kalau nak pergi??
Buat apa kasih kalau nak benci??
Buat apa cinta kalau tak di hati??

Kau salahkan diri...
Kau salahkan sifatmu sebagai manusia...
Namun cacat celamu...
Dari siapa sebenarnya??

Tanyalah dirimu??
Siapa Kamu??

Monday, March 23, 2009

Ali dan Siti

(Based on a true story)

Ini cerita pasal Ali.

Ali tak ada mak. Ali tak ada bapa. Ali tinggal dengan nenek. Jadi, Ali tak pernah tau erti kasih sayang. Apatah lagi cinta.

Ali suka pergi sekolah. Kat sekolah Ali buat banyak kawan. Dengan berkawan je Ali rasa bahagia sangat.

Itu dulu. Sekarang Ali dah besar. Dah masuk UKM.

Di UKM Ali ada kawan juga. Karim, Abu, Kassim, Pian, Ah Seng, Muthu dan ramai lagi. Kawan perempuan pun Ali ada. Minah, Bedah, Siti, Samsiah, Jamilah dan ramai lagi.

Ali kan suka berkawan.

Dalam banyak-banyak kawan Ali paling baik dengan Siti. Kalau ada apa-apa masalah Ali mesti terus cerita kat Siti. Siti pun sama. Pendek kata Ali dengan Siti ni memang baik laa. Macam kawan baik. Adik beradik.

Masa berlalu. Pian, Kassim dengan Ah Seng dah ada awek. Ali tengok je. Ali tak pernah ada awek. Ali tak pernah rasa cinta.

Ali tengok Pian keluar setiap minggu. Balik penat. Tapi senyum meleret-leret.

Ali tengok Kassim tiap-tiap malam bergayut. Bil melambak-lambak. Tapi hati selalu senang.

Ali tengok Ah Seng gaduh dengan awek. Sampai nangis-nangis. Tapi selalu baik balik. Gembira balik.

Ali fikir. Cinta ni ada pahit, ada manisnya. Tapi setiap orang pasti nak merasa cinta. Kerana manisnya cinta tak ada gantinya.

Ali sangat baik dengan Siti. Ali fikir, kalau ni bukan cinta, entah la. Sebab kalau dengan perempuan lain Ali tak segembira ni. Ali tak seserius ni. Ali tak serapat ni.

Satu hari tu, Ali jumpa Siti kat meja kafe. Ali cakap hai. Siti cakap hai. Ali nak cakap dia cintakan Siti. Tapi Siti tanya Ali dulu.

Ali tau cinta?

Ali angguk pun tak, geleng pun tak.

Siti tanya Ali, Ali pernah bercinta?

Ali geleng.

Siti balas, Siti pun tak pernah.

Ali senyum, Ali nak buka mulut cakap. Luahkan hati, tapi Siti cakap dulu.

Sekarang Siti rasa Siti dilamun cinta. Tapi tak tau betul ke tak.

Ali beliakkan mata. Dalam hati, dup dap dup dap dup dap. Dengan Ali ke?

Siti senyum dan buka mulut, dengan Abu.

Hati Ali, dup dap dup dap. Ali tunduk. Ali bangun. Ali keluar kafe. Ali panggil Abu. Ali suruh Abu duduk tepi Siti. Ali pergi duduk jauh-jauh. Dan Ali tengok Siti dengan Abu dari jauh.

Bila Siti senyum, Ali pun senyum.

Kenapa Ali buat macam tu? Sebab Ali tak nak Siti rasa apa yang dia rasa. Rasa sunyi tanpa cinta. Ali rasa kalau dia boleh buat orang yang dia cinta bahagia dia pun bahagia.

Betul ke pilihan Ali ni? Kalau betul, kenapa bila tengok Siti dengan Abu dada Ali rasa sakit sangat-sangat. Betul ke pilihan Ali ni?

Dan Ali duduk kat satu sudut. Tengok Siti dari jauh. Senyum yang entah betul atau buat-buat. Dan dada Ali sakit lagi. Sangat sakit.

P/S : Hidup memberikan kita pilihan... Tapi adakah dengan memilih jalan yang menyakitkan kita telah membuat pilihan yang betul?

Sunday, March 22, 2009

Luka Ketika Suka

Alangkah indahnya saat itu
Alangkah gembiranya ketika itu
Alangkah manisnya masa itu

Aku masih dapat membayangkan
Cahanya
Baunya
Warnanya
Kasihnya

Namun hari ini aku bertanya kembali
Itu semua,

Realiti ke fantasi??
Adakah hanya mimpi??

Jika benar hanya mimpi
Hati ini sangat sakit tika ini

Kerna saat itu
Yang dikatakan mimpi itu
Adalah saat yang paling indah dalam hidupku

Saturday, March 21, 2009

Gadis dari Sungai Petani Itu... (Bab 3)

Aku benci hospital. Bau ubat yang aku tak kenal terus menusuk hidung ni. Jururawat yang langsung tak ada ciri-ciri lawa mahupun cantik dan apatah lagi eksotik. Aku benci hospital. Doktor-doktor yang suka buat hal sendiri dan tak pernah peduli orang sekeliling. Konon pandai sangat. Hipokrit.

Aku benci hospital.

Entah siapa la perempuan tu. Muncul tiba-tiba. Terus menyusahkan aku. Sungguh ironik. Macam perempuan-perempuan lain. Juga muncul tiba-tiba dalam hidup aku. Memang perempuan yang tipikal dalam hidup ni.

Owh, aku benci hospital.

Dah dekat sejam aku tunggu di kerusi yang keras ni. Perempuan dari pejabat aku tu dah berapa kali telefon aku. Dan dia memang perempuan sial. Kali ni aku tak tipu kau la, jalang!!! Oh, tolong la cepat.

Aku sangat benci hospital.

Kelihatan seorang perempuan yang memakai kot putih datang menghampiri aku. Cis, bukan jenis aku. Gemuk, tua dan langsung tak ada sense of fashion.

"Encik Safwan", dia menyapa aku.

"Ya saya", balasku. Agaknya kalau hati aku boleh menulis, hanya satu saja yang akan ditulis sekarang. Hipokrit.

"Erm, encik kami dah buat X-Ray. Dan kami dah tengok jika ada darah beku dalam otak dia. Nasib baik semuanya okey. Dan rasanya dia akan selamat. Cuma..."

Ada aku tanya semua tu?? Dan sudah tentu aku tak keluarkan kata-kata itu. Walau itu yang aku nak maki betina depan aku ni sebenarnya.

"Cuma dia akan ada masalah amnesia nanti..."

Amnesia. Sejenis penyakit yang membuatkan seseorang hilang ingatan. Ya, walau aku tidur dalam kelas Biologi, tapi aku masih mampu menonton ER dan House. Lagipun aku bukannya bodoh sangat.

"Ohh, boleh saya tengok dia sekarang." Kataku. Dan apa aku peduli pun kalau perempuan tu ada masalah appendiks sekalipun. Aku memang tak akan peduli. Aku cuma perlu jumpa dia sebagai alasan untuk mengukuhkan kehipokritan aku ni.

"Dia masih belum sedarkan diri. Tapi Encik boleh masuk sekarang."

Dan bila aku nak melangkah saja, masih ada lagi bunyi yang aku tak nak dengar tu dari belakang.

"Erm, boleh saya tanya siapa gadis tu??"

Sejak bila seorang doktor menggalas jawatan sebagai seorang wartawan? Mana la aku kenal perempuan gila tu. Datang tiba-tiba dan terus merosakkan hari aku. Dan tanpa menoleh, aku menjawab.

"Sepupu."

Bodoh doktor tu. Takkan seorang sepupu langgar sepupu sendiri sampai sepupunya itu kena amnesia dan bawa sepupunya datang ke hospital dan dalam masa yang sama tak pula telefon saudara-mara terdekat mahupun sepupu-sepupu lain untuk datang tengok dan lawat sepupu yang kena amnesia sebab dilanggar sepupu sendiri tu. Dan doktor itu memang bodoh.

_____________________________________________________________


Di atas katil putih itu sekujur tubuh terbaring kaku. Memang perempuan yang menyusahkan. Agaknya berapa pula la bil yang aku kena keluarkan sebab perempuan ni..

Tapi bila aku tengok balik, body perempuan ni boleh tahan juga. Ahhh, aku tak suka gadis kampung. Kurang pengalaman. Kurang kekuatan fizikal. Dan banyak bunyi.

Di atas meja sebelah katil dia, aku nampak sehelai kertas kecil. Aku ambil. Aku baca. Tiket bas rupanya. Agaknya kepunyaan gadis ini. Dan di atas kertas itu tertulis,

Sungai Petani- Kuala Lumpur

Wednesday, March 18, 2009

Nak Jalan ke Lari??

Jauh mana pun kau berjalan
Laju mana pun kau berlari
Jalan mana pun kau ikut

Hanya destinasi kau yang menjadi taruhan

P/S : What does tomorrow offer me?? I never know...

Tuesday, March 17, 2009

Gadis dari Sungai Petani Itu... (Bab 2)

Gerimis pagi tu membasahi cermin kereta aku. Kereta yang aku letakkan depan rumah Marina. Ohh, siapa Marina? Tak ada siapa-siapa. Cuma seorang perempuan jalang yang menghabiskan masa malam tadi dengan aku.

Memang jalang. Aku bukan lelaki pertama yang membasahi katilnya. Dan aku juga bukan yang terakhir. Dan aku sudah tak peduli. Episod Marina dalam hidupku sudah tamat. Sudah mati. Sudah berkubur. Seperti mana episod Sally, Sherry, Lisa, gadis bertahi lalat di pusat yang aku sudah lupa namanya dan siapa-siapa saja yang tak sempat kutulis di sini. Jasamu kukenang dan kamu boleh berambus dalam hidupku.

Sekarang Marina dah tak penting. Yang penting macam mana aku nak bawa kepala aku yang berat macam anak gajah ni, badan aku yang berbau sebab tak mandi ni ke pejabat. Ahhh, malas pulak aku nak mendengar leteran perempuan tembam yang ada bilik sendiri di pejabat itu. Bilik yang terpampang tertulis 'PENGURUS'. Ahhh, pergi mampos la perempuan tu.

Rasanya destinasi aku yang seterusnya adalah... Arhhhh, aku tak dapat berfikir selagi anak gajah ni masih ada dalam kepala aku ni. Kuseluk poket seluar dan mengambil kunci keretaku. Lalu ku pandu deras kereta ini menjauhi rumah perempuan jalang yang aku sudah lupa namanya tu.

Thanks for last night, bitch!!

__________________________________________________________


Celaka. Bukan aku cakap aku tak pergi pejabat hari ni. Aku cakap aku masuk lambat saja. itu saja dah cukup untuk perempuan yang ada bilik sendiri tu nak maki hamun aku. Sial betul. Apa aku peduli. Janji aku dah mandi dan anak gajah ni aku dah keluarkan dari kepala aku ni.

Jarum jam yang pendek nombor 11. Jarum jam panjang nombor 12. Dan jarum jam yang lagi satu tu masih bergerak laju dari nombor 12 dan berulang-ulang lagi, agaknya sampai ke kiamat. Dan aku ni rasanya dah perlu ke sisi perempuan yang ada bilik sendiri tu. Bukan untuk dimaki hamun. Bukan. Hanya untuk mencium punggungnya. Menambah dosaku dengan menipu dia dengan kata-kata 'wah, cantiknya you hari ni' atau 'nice hair'. Aku tak makan pagi, jadi tak perlu bimbang kalau aku jadi loya. Yela tu, siapa pun akan buat macam ni untuk menyelamatkan lombong emas dia kan?

Sengaja aku letak kereta di luar. Senang aku nak memecut ke pejabat nanti.

Enjin kuhidupkan. Nampaknya aku perlu ke Shell di simpang tiga tu dulu. Aku kena cepat. Aku kena pantas. Kuundurkan keretaku ke belakang. Agak laju.

PANGGG!! DUPPPPP!!

Celaka! Sial! Apa yang langgar kereta aku ni?

Aku keluar dan memandang ke belakang. Keretaku selamat, tanpa calar-balar. Di sebelahnya selopak cecair merah yang merendami seorang gadis yang berbaju kurung hijau.

Dan di saat itu aku mengenali dia. Dia yang bakal merubah segalanya.