Sunday, October 14, 2012

Jennifer Morrison : House MD vs Once Upon a Time

Orang yang ohsem selalunya tengok House. 

Jadi tak hairan la aku pun tengok House. Dalam House ni ada satu karakter, nama dia Allison Cameron. Selepas berundur diri dari House, dia berlakon sekejap How I Met Your Mother dan sekarang berlakon cerita Once Upon a Time.

House MD


Once Upon a Time

Kesimpulan : Dia lagi lawa rambut brunette! Ergo, House 1 - 0 Once Upon a Time

fin.

Sunday, October 7, 2012

Jejaka Ini : Reinkarnasi


Blog ni dah lama tak bersentuh. Bukan apa, dulu banyak benda yang nak dipost, banyak benda yang nak rage. Biasalah, jiwa tengah membesar, akal letak di dasar. Bila baca balik, rasa geli juga dengan apa yang aku rage dan post sebelum ni.

Dah lama blog ni tak bersentuh tak bermakna aku dah lupa terus pada blog ni. Mana boleh lupa.

Aku dah tak ingat tahun bila aku buat blog ni. Dah lama dah. Agaknya kalau memori kita ni macam ruang stor yang diisi fail-fail berlabel peristiwa dalam hidup, fail yang berlabel ‘Mari Membuat Blog’ pasti dah berhabuk atau berkarat kalau ditulis atas besi. Secara teori-nya lah.

Ini blog kedua aku. Blog pertama aku (Anyone Order Pizza ß yeah agak lame, ah sangat lame, itu aku akui) terpaksa aku tinggalkan selepas tak lebih 30 entri sebab orang tak boleh komen kat situ. Maka terhasillah Jejaka Ini.

Kenapa Jejaka Ini? Entah. Sebab aku seorang jejaka mungkin, tapi yang pastinya semasa kelahiran Jejaka Ini, masa tu tengah ‘perang blog’. Semua orang nak ada blog. So aku nak blog yang ada identiti aku sendiri, bukan blog yang nama apa-apa atau ambil quote entah siapa-siapa. Jadi aku guna la Jejaka Ini. Itu kot alasannya.

URL blog ni aku akui, aku buat masa aku tengah tak matang. Masa tu aku saja tulis url damnfamous.blogspot.com ni atas alasan nak mengusik/melawak dengan member-member yang selalu baca blog aku. Alih-alih dah bertahun dah pun url ni macam ni. Nak tukar pun malas sebab semua orang pun dah kenal url gini. Biarlah dulu.

Dari dulu sampai sekarang, dah macam-macam header aku pakai. Semua aku buat sendiri. Kadang-kadang kelakar juga. Ada satu ja ada gambar aku, tu pun gambar belakang. Aku ni pemalu orangnya, jadi aku ni malas bergambar.
 





Dari atas tu sampai ke bawah itu lah header yang pernah aku pakai. Atas tu yang paling lama, bawah yang paling baru. Evolusi? Atau sekadar bosan pada benda yang lama?

Tapi aku tak boleh lupa terus Jejaka Ini, jadi aku tak boleh delete terus blog ni. Sebab aku ni orang yang penuh rasa nostalgia. Insya Allah selagi ada peluang aku nak biar je blog ni. Biar je blog ni di sini, menandakan kewujudan aku hari semalam yang menentukan keadaan aku pada hari ini.

Semoga aku semakin rajin update blog ni walaupun aku tahu bilangan pengunjung/pembaca blog ni dah berkurangan..

fin.

Wednesday, October 3, 2012

Gadis

Rambutnya yang panjang mengurai diikat kemas. Lenggok punggungnya selari dengan rambutnya tika dia melangkah.

Baju kurung warna biru muda dipilihnya pada hari ini, disesuaikan dengan beg galas warna coklat. Bibirnya yang sudah merah hanya dipakaikan lipgloss ala kadar.

Lorong dan simpang kecil itu tempat segalanya bermula. Aku dan dia.

Hari ini langkahnya dipacu laju. Lebih laju dari biasa.

Aku menoleh ke belakang melihat si gadis melangkah. Berlari kecil lebih tepat. Semakin lama makin dekat denganku.

Hatiku bergetar laju tatkala dia menghampiri. Makin lama makin laju. 

Makin lama makin dekat. Langkahku terhenti. Langkah si gadis diatur makin laju.

10 meter. 5 meter. 3 meter. 

1 meter.

Si gadis melintasi aku dan membawa bersama sisa-sisa hati aku.

fin.

Thursday, September 20, 2012

Teleportasi

Cuba-cuba masuk Pertandinga Cerpen anjuran Buku FIXI untuk menang Antologi Cerpen Nadia Khan. 70% aku yakin tak akan menang. Tapi aku masuk juga sebab aku nak test skill penulisan aku samada dah berkarat atau belum.

Hasilnya karya yang ini menang laaa.

***


Aku duduk di hentian bas dek kepenatan yang menimpa-nimpa. Bow yang aku pakai sejak pagi tadi aku longgarkan. Lemas dek kerana trakeaku dihimpit ketat oleh ikatan bow itu.

Rokok Marlboro yang aku baru beli tadi aku sedut dan terus sedut.

Riuh meriah rumah Cassandra masih belum habis. Masih berduyun-duyun tetamu datang untuk mengucapkan tahniah pada Cassandra.

20 tahun aku kenal Cassandra. Hari ini hari gembira buat dia. Hari sedih buat aku. 20 tahun aku menyimpan perasaan pada Cassandra dan akhirnya semua ini aku simpan dalam hati aku.

20 tahun aku kenal pada Cassandra ibarat satu proses teleportasi ; satu pergerakan yang menentang hukum Fizik dan kontinoum ruang dan masa. Dan setelah 20 tahun, aku dan Cassandra telah diteleporasi di dua ruang yang berbeza.

Bezanya Cassandra bahagia di dalam ruangnya sekarang. Aku tidak.

Aku cuba pejamkan mata aku. Kalau saat indah itu boleh berlalu pergi ibarat satu proses teleportasi, kenapa tidak saat yang menikam ini. Bawalah aku ke ruang yang indah, jauh dari segala malapetaka dan derita. Jauh dari Cassandra.

" Saya rasa perkahwinan adalah sesuatu perkara yang membosankan. "

Gadis dengan mata mungil di sebelahku memulakan bicara menyedarkan aku dari lamunanku. Aku memandang sipi wajahnya. Rokok di mulut masih tegar menghasilkan kepulan putih.

"Sebab saya terpaksa memakai kasut tumit tinggi yang menyeksakan ini selama sehari dan berpura-pura tersenyum. Padahal ianya sangat menyakitkan. "

Katanya lagi sambil tersenyum.

Aku membalas senyumannya. Entah kenapa, dada aku yang tadi bergelang-geliut dengan rasa kecewa dan derita kini mula tenang. Masa ibarat terhenti memandang gadis mata mungil itu. Aku mahu berada di sini, memerhatikan mata mungil si gadis buat selama-lamanya.

Aku menghembus asap rokokku ke udara, membiarkan kepulan putih itu hanyut dalam udara petang.

***

Masih lemah sebab dalam 6 karya yang menang tu cerpen aku yang paling tak power. Dan cerita ni sebenarnya aku ambil semula dari tulisan aku yang dulu.

Tapi alhamdulillah, rezeki. Dapat buku ohsem ni.



fin.

Monday, August 13, 2012

Buku Fixi, PTS dan Popular : Satu Konfessi, eh, Pengakuan!


Baru-baru ini heboh dengan cerita Popular tak mahu menjual 2 judul Buku Fixi yang terbaru (Hilang dan Murtad). Selepas itu Puan Ainon, presiden Universiti Terbuka PTS pula mendedahkan sebenarnya Buku Fixi ini menggunakan Bahasa Melayu Rendah, lantas telah menimbulkan keresahan di kalangan pembaca.

Masya Allah, apakah betul itu semua?

Setelah 10 judul Buku Fixi saya telaah akhirnya saya sedar rupanya saya telah dikaburi penggunaan Bahasa Melayu Rendah oleh pihak Fixi sendiri.

Perkara ini sedikit sebanyak telah menyebabkan saya dipandang serong oleh masyarakat yang rata-ratanya menggunakan Bahasa Melayu Tinggi atau paling kurang pun Bahasa Melayu Sederhana dalam kehidupan harian. Selain itu, ayah dan nenek saya juga sudah mula memulaukan saya kerana saya sudah kurang menggunakan perumpamaan dalam ucapan harian.

Saya juga perasan ramai anak muda di pekan menggunakan kata-kata kesat semasa bertutur dengan rakan-rakan. Sudah pasti mereka ini pembaca tegar Buku Fixi.

Malah, saya juga syak peningkatan golongan rempit di negara ini ada hubungkait dengan penerbitan novel-novel Fixi. Saya harap (kalau Puan Ainon membaca) Puan Ainon dapat membuat siasatan berkenaan isu ini. Entah-entah Syamsul Yusop pun baca Buku Fixi dulu baru keluarkan KL Gangster.

Saya ada dengar penulis BISIK tu gangster besar. Saya dengar la. Takut juga saya. Kalau penulis pun dah gangster, apatah lagi pembacanya?

***

Jadi saya menyokong penuh la kalau Puan Ainon tak kasi masyarakat marhaen ni baca Buku Fixi atas sebab gaya bahasa yang terlalu kesat dan rendah. Kan lebih baik baca novel cinta PTS yang mendidik kita untuk sayang kepada pasangan kita tanpa mengira darjat dan usia? Kan itu lebih penting??

Akhir kata, semoga pihak PTS akan terus menerus keluarkan novel cinta yang artistik dengan penggunaan gaya bahasa tahap tinggi yang melampau-lampau. Kalau boleh keluarkan novel yang gaya bahasanya kalau baca 17 kali pun sepatah haram tak faham lagi. Itu paling hebat.

***

Cis. Asal nak komen kat entri PTS, tapi buat semak pula bila fikir balik. Kah kah kah

fin.

Tuesday, August 7, 2012

Pelik

Ada beberapa benda pelik bila orang kena tegur. Ada perasan tak?

Kalau orang tu alim yang amat tegur, maka mulalah bising.

"Ko ingat ko semayang semua cukup ko dah ada lesen la nak sound orang ni?"

Bila orang yang tak alim mana tegur,

"Alah, bro. Ko pun lebih kurang. Takyah la bising-bising."

Jadi golongan mana yang selayaknya untuk kau?

Mungkin kena tunggu malaikat bersayap gergasi turun dari langit kot. Masa tu barulah selayaknya untuk kau ditegur.

Kalau aku mudah saja. Orang begini tak payah ditegur, elok diterajang saja (buat yang berani).

fin.

Thursday, August 2, 2012

Novel

Asalnya seorang yang cakap,

'tulislah novel, kau ada bakat.'

Seorang saja.

Dan kemudian ada seorang lagi. Dan seorang lagi.

Ah, apa nak jadi hal. Mari mulakan menulis!

fin.