Friday, October 15, 2010

Cerita Serius

Aida,

Hari ini genap setahun awak pergi meninggalkan saya dan Aqilah.

Awak pergi pada pagi yang hening dan sunyi. Pagi yang nyaman kerana baru didatangani hujan rintik yang sekejap. Udara nyaman tika air hujan jatuh ke atas dedaunan pokok dan rumput-rumput menghijau. Nyaman. Tapi sayang kau tak berkesempatan untuk merasainya.

Hari ini Aqilah sudah berusia setahun 7 bulan. Dia sudah pandai berlari dan bercakap.

Aqilah sangat aktif. Dia suka berlari dan menjerit. Kadangkala aku pelik, kenapa anak yang sekecil ini mampu menghasilkan suara yang sekuat itu. Dia kuat merengek, Aida. Nasib baik kadang-kadang ibu dan kakak datang untuk membantu.

Ibu ada juga menyuruh aku mencari pembantu rumah. Tapi aku masih belum bersedia mahu menyerahkan anak kecil ini ke tangan orang yang aku tak kenal.

Kau tahu, sekarang aku sudah pandai menyalin lampin Aqilah. Dan aku juga tahu macam mana mahu memujuk dia mandi. Kalau dulu, aku hanya mandikan dia sehari sekali kerana aku terpaksa mengejar dia keliling rumah.

Aida,

Aku rindu kau. Tiap malam sebelum tidur tika aku melihat foto kita bertiga, kadangkala aku berdoa supaya Tuhan putarkan kembali masa dan mengambil aku, bukannya kau. Kerna aku tak sanggup bangun setiap pagi dan menyedari sepasang tangan yang ku pegang itu hanyalah fragmentasi memoriku.

Namun, aku cuba kuat untuk Aqilah. Dia perlukan papa yang kuat. Sekarang akulah papa dan mama anak kecil itu.

Aida,

Aku risau hari yang mendatang. Apa yang akan aku jawab jika Aqilah bertanya mana ibunya? Aku takut untuk menyatakan realiti. Aku takut akan realiti kerna aku masih belum bersedia untuk kehilanganmu sayang.

Aku sedar aku takkan mampu memutar kembali masa ke tahun lalu. Saat manis kita bersama aku rasakan seperti hidup yang lain.

Namun, aku akan terus di sini. Bersama cahaya mata kita, bersama anugerah kau untukku.

Kerna setiap kali aku merenung matanya, aku melihat kau.

Dari suamimu.

Thursday, October 14, 2010

Scanlations


Gua pembaca manga. Alah, komik Jepun tu laaaaa.

Baru-baru ni salah satu laman sesawang untuk gua baca manga telah ditutup sebagai tanda respek kepada pelukis komik yang tak suka orang membaca karya mereka secara percuma.

(Walaupun pada hakikatnya berlambak lagi laman sedemikian. )

Okay fine. Respek.

So gua beli semula buku Dragon Ball dan One Piece jenis tebal Comics House untuk bacaan dan koleksi gua sebab gua suka 2 manga ni. Walaupun gua dah tahu jalan cerita.

Dan gua perasan di atas komik ni ada tulis "Hak Cipta Rasmi dalam Bahasa Malaysia."

Bangganya gua baca buku Hak Cipta Rasmi. Tapi.....



Dah bertahun gua cari tapi tak ada pun tulis kat buku ni Hak Cipta Rasmi.

Kalau upload di website satu bentuk piracy, benda-benda camni apa lak?

Saja nak cakap dah bertahun gua tak beli Kreko.

Sekali lagi gua bangga.

fin.

Sunday, October 10, 2010

Reunion Semalam

Semalam pergi reunion PLKN. Dah lama tak pergi reunion.
Pak Abu, Cikgu Eddy, Cikgu Azizan. Dilla, Has dan Hakim. Nama yang aku jumpa semula semalam.
Ahhhhhh.
Semalam puas aku senyum dan ketawa sampai ditegur 'Nazrin ni memang suka gelak eah?'
PLKN adalah salah satu titik yang merubah cara hidup dan hala hidup aku.
Aku bangga ada di UUM Sintok sepanjang Disember '04 hingga Mac '05.
Kerana kami belajar erti persahabatan di situ. Ya, erti persahabatan.
Terima kasih.
fin.

Saturday, October 9, 2010

Stop. Tale of Two Apek.


Apek #1

Dia : Lama tak nampak, belajar mana?
Gua : UKM.
Dia : Ouhhh, habis belajar duduk sana la? Semua budak-budak sini macam tu.
Gua : (gelak)
Dia : Ya lah, duduk sini mana boleh kaya!
Gua : (gelak sambil memerhatikan deretan kedai yang tak pernah berubah dalam 30 tahun ni. )

Wawasan tinggi apek ni. Dulu kedai jual beras, kicap dengan barang dapur saja. Sesekali boleh main tikam kat sini. Sekarang dah boleh topap, beli henset dan download lagu di sini.

Dan apek tu sendiri dah 20 tahun kat situ.

Apek #2

Gua : Nak repair henset. Boleh ka?
Dia : Boleh, boleh. Apa rosak?
Gua : Ini bila gua on, keluar putih saja. Apa rosak eah?
Dia : Oh. Ini IC dalam rosak. Bila mau ambil?
Gua : Bila boleh siap?
Dia : Esok pukul 10 boleh la.
Gua : Ini sebab apa IC leh rosak eah?
Dia : Oh, ini tak ada sebab rosak. Tiba-tiba pun boleh rosak.

Apek ni gua tak tahu ada wawasan ke tak ada. Jawapan last tu gua rasa lagi senang kalau dia jawab 'tak tau'.

fin.

Mustapha/Ibrahim @ Kedua-duanya Sekali

Entri ni gua dedikasi khas kepada Mustapha atau Ibrahim atau kedua-duanya sekali bergantung kepada situasi.

Maklumlah dengar cerita Mustapha dengan Ibrahim macam emosi saja sejak dua menjak ni. Biasalah lu bukan sesetengah orang yang boleh ditenangkan hanya dengan melayan Spicy Chicken Mcdeluxe Black Pepper.

Ini cerita gua. Ini cerita benar. Tapi ini untuk Mustapha atau Ibrahim atau kedua-duanya sekali bergantung kepada situasi.

* * *

Macam Mustapha atau Ibrahim atau kedua-duanya sekali bergantung kepada situasi, gua pun masih belum ada yang punya. Gua simpulkan semua ni atas satu alasan mudah.

Gua tak pandai beli hadiah untuk perempuan.

Gua ada kawan nama Leha. Leha ada roomate nama Wawa. Gua nak beli hadiah untuk hari lahir Leha, maka gua dengan machonya menghubungi Wawa.

Gua : Wa, nak beli hadiah kat roomate lu. Apa eah nak beli?

Wawa : Entah gua pun tak tahu. Aaaa, lu beli sweater, hari tu dia tak pakai sweater pergi kuliah. Kesian dia, lemak-lemak dia saja tolong bagi haba kat dia.

Dan so fine, gua decide nak beli sweater, so gua pun fikir-fikir nak beli sweater apa, design macam mana, warna apa? Bagi mengelakkan masalah lanjut gua mengambil keputusan untuk membawa teman bagi memilih sweater untuk dibelit.

Tepat. Gua bawa Wawa. Sekali dengan Leha. Akhir sekali Leha yang memilih sendiri baju yang akan dihadiahkan kepadanya.

Leha : Abang Nas nak beli sweater macam mana? Budak tu tinggi dak?

Gua : Macam ang ja.

Leha : Erm, dia kulit cerah ka gelap?

Gua : Macam ang.

Beli hadiah untuk Wann lagi bagus ceritanya. Sedar atas kesilapan silam, kali ni gua dah decide sendiri nak beli apa untuk Wann, cuma gua perlu ahli penasihat. Macam biasa gua ambil KK jadi penasihat sebab dia senang dibuli.

Kali ni gua dah tahu nak beli apa. Gua nak beli kasut. Sampai saja kedai kasut gua mula memilih kasut dan gua jumpa apa yang gua cari.

Gua tunjuk pada KK untuk maklumat lanjut.

KK : Eiiii, tak lawalah!! Macam ni ke nak beli bagi hadiah? Abg Nas ni cari lah lawa sikit.

Terguris hati gua. Last-last dia yang pilih sambil gua duduk di sudut kedai.

Walau apa pun, at the end of the day, semua cerita ni berakhir dengan satu melodi yang sama.

" Terima Kasih Abang Nas. "

* * *

Gua harap lu dapat metafora gua.

Tak kisah la sama ada lu terlebih gemuk ke, terlebih panjang ke, terlebih bulat ke atau bermuka garang sekalipun. Semua itu tak penting.

Janji lu ada keikhlasan. Itu pasti orang akan nampak at the end of the day.

Dan ya, mungkin Tuhan tak bagi kau yang itu kerana di sekeliling kau sekarang sudah penuh dengan kesempurnaan dari-Nya. Siapa tau.

fin.

Sunday, October 3, 2010

Alang-alang tak Suka Baik Maki Terus Ye dak?

Dah kalau dah nama pun tak suka, benci, meluat, tak payah la simpan.

Maki hamun je terus. Tak payah la hipokrit macam sempurna sangat.

Lepas tu cakap belakang bisik-bisik macam lu maksum sangat.

Benda-benda camni gua tak boleh cerita kat orang, gua pun tak boleh maki lu balik atas sebab senioriti @ umur.

Tapi sabar setiap seorang pun ada batas.

Gua memang celaka, gua mengaku. Ada saja orang lain yang tak suka gua, tapi orang tu dah kenal gua lama. Itu gua rendah diri la balik.

Lu bajet macam dah kenal gua lama, bercakap dengan gua pun tidak, tapi lu nak ngumpat, mengata apahal?

Gua tak suka lu, ada gua ngumpat lu?

Alang-alang tak suka maki je depan-depan bai. Gua tak ada hal.

At least gua ada point nak ngumpat lu nanti. At least gua tak akan rasa bersalah nak ngata lu nanti.

Fak!

p/s : ini emo betul. kalau tak faham jangan campur. kecuali adik gua, dia mungkin faham. dan ya, oh ya, beribu kali ya, gua rindu mak gua. mak kandung gua. mak yang lahirkan gua, bagi nama kat gua, susukan gua, bagi gua duduk atas riba dia. gua rindu mak gua yang tu.

fin.

Friday, October 1, 2010

Johari

Jangan Joe jangan. Lu laki, lu jangan buat tu.

Tapi Joe nekad. Dia nak buat juga.

Joe pergi kedai Kak Leha.

" Lu nak cari siapa " tanya kak Leha.

" Gua nak cari Masya! " kata Joe tegas.

Ahh, sudah. Joe mesti buat benda tu. Damn la Joe. Lu kan laki. Tak payah la.

Keluar saja Masya, Joe terus melaksanakan apa yang dia nak buat tu.

Dia melutut dan berkata,

" Masya, gua dah lama nak cakap ni kat lu. Masya, tolonglah kahwin dengan gua. Tolonglah. " kata Joe pada Masya.

Masya terpana. Bingung. Seluruh kedai memandang Joe.

Gua dah agak. Kan dah malu. Lu tu lelaki. Kena lah ada ego sikit.

" Lelaki kena la ada ego sikit. Baru nampak cool dan jantan. Tapi ego yang banyak pun susah jugak. Yang penting, ikhlas. Ikhlas bukan menunjukkan kelemahan tapi menunjukkan kesungguhan. "

Kata tok penghulu yang tiba-tiba berada di sebelah gua. Bila tok sampai ni???

Depan gua, Masya sedang menangis dan memakai cincin yang diberi oleh Joe.

Ceh. Pondan punya Joe. Dia pun menangis juga.

Entah bila. Entah bila aku nak menjadi seberani Joe.

Aihhhhhh~~

fin.