Wednesday, May 19, 2010

Gadis dari Changlon v2.0 pt3.0

"Cik ni duk usha Cik S kan?"

Direct ja budak kelas aku, Eli, sergah aku suatu hari tu.

"Err, mana ada. Gua usha kereta Proton Saga dia lah."

"Hotak lu. Dia bawa MyVi la." Seorang lagi budak kelas gua, Mas, menyampuk.

Ahhh, sudah. Proton Saga tu kereta tunang S. Damn.

"Dia dah tunang la cik. Susah kalau nak dapat dia. Tapi tak mustahil." Kata Eli sambil membetulkan jawapan tutor Kimia.

"Apa maksud lu?" Gua bingung tiba-tiba.

"Hahaha, kalau cik nak saya tolong, boleh ja." Kata Eli sambil menjeling manja pada gua.

Eli dan Mas datang untuk menghantar tutorial saja. Sesudah mengeji gua, mereka pun cuba beredar.

"Eli!" Gua panggil.

Dia menoleh, "Err nombor 3 memang sama dengan Mas sebab kami buat sama-sama!"

"Hahaha, tak ada. Tak sangka lu selalu perhati gua. Tapi gua pun tau rahsia lu. Amacam lu dengan Shamsul?"

On the spot Eli terkesima.

Aku pun pandai baca orang juga.

to be..

Tuesday, May 18, 2010

Gadis dari Changlon v2.0 pt2.0

"Oh tunangannya S. Apa ya namanya, Ferdi atau Fendi? Nggak ingat sih." jelas Wak ketua kampung dengan beriya-iya sambil menghisap syabu yang berdekatan. Okay. Shisha ja. Saja gua nak kasi gempak.

"Masa kenduri gua tak nampak dia pun Wak."

"Oh. Dia kan orangnya bisnes. Tiap bulan pergi luar negara. Udah la ganteng orangnya. Kaya dan bijak. Wak rasa itu sebabnya S jatuh cinta."

Ohhh. Gua dengar je la cerita Wak tu. Dalam hati gua panas je. Eleh, pergi luar negara pun nak kecoh ke bai? Baru bulan lepas gua pergi Surabaya dengan Sahak. Gua tak kecoh pun.

Pehh. S oh S. Kau tak ingat aku ke haa? Sekali aku tengok muka kau waktu kenduri dulu terus aku cam kau.

Ahhhh.

Okay. Gua tipu u'ols. Masa kenduri tu bukan kali pertama gua dengar suara S. Kisah aku dengan S dah lama.

to be..

Monday, May 17, 2010

Gadis dari Changlon v2.0 pt1.0

"Nama aku Kareem. Gua bakal mengajar subjek Kimia dalam kelas you alls."

Dengan semudah itu, gua menjadi lekturar di KMK. Kolej Matrikulasi Kedah. Untukku, Kolej Mengejar Kebahagiaan.

Gua dah tau nama awek tu. Dia pun ajar Kimia juga. Gua panggil dia S. Pagi tu gua dikenalkan dengan seluruh jabatan Kimia.

"Nama aku Kareem. Tujuan aku datang sini hanya satu."

Haram gua tak bagitahu tujuan tu kat diorang. Ini hari pertama aku.

Memang penat. Gua mengajar kelas F1T1.

Gua menumpang di rumah ketua kampung ja dulu sebelum gua dapat rumah yang tetap. Kelas last gua tamat jam 5. Tak sempat gua nak mengayat S hari ni.

Tak apalah.

Masa gua nak balik, gua nampak seorang lelaki datang mengambil S.

Tunangan S barangkali.

to be..

Saturday, May 15, 2010

Gadis dari Changlon 3

"Lorh, kok cewek itu yang ditanya? Itu kan adiknya pengantin perempuan. Tapi cewek itu tunangan orang sih."

Itulah kata-kata dari ketua kampung yang telah menghancurkan hati aku. Direct. Hancur hati aku.

Habis saja makan, aku terus menggesa Sahak untuk pulang. Hati dah frust, apa lagi mau tunggu kan?

Sesudah mengucapkan tahniah kepada pengantin, Sahak bergegas ke arah Waja beliau. Dia tanya aku,

"Lu confirm lu nak balik ni bai? Wa tau lu ada hati dengan awek tadi."

"Biarlah Hak. Dah tunang orang dah pun."

"Ceh. Kapal terbang pun kena hijack bai."

Perli Sahak sambil menghidupkan enjin kereta.

_______________________________

Kereta Sahak meluncur laju melepasi pekan Jitra. Aku masih memikirkan perihal awek tadi. Tak pernah aku merasai rasa seperti tadi. Masa seolah-olah dibekukan. Jantung seperti sudah mau pecah.

"Hak, lu agak-agak dengan master yang gua ada, boleh tak gua jadi lecturer dekat matrikulasi tu?"

"Peh, lu gila ke? Lu ada master engineering tu bai. Pehal lu nak jadi lecturer situ pula?"

Aku hanya tersenyum. Semangat aku kini memuncak.

_______________________________

3 jam sebelum...

"Peh, tunang orang ke tu pakcik? Gua nampak hot je lagi. Dia kerja ke belajar lagi tu?" tanya Sahak pada ketua kampung sambil menerkam kurma ayam yang terhidang.

"Waduh. Sudah hampir setahun dia habis belajar pak. Sekarang dia berkerja di sini."

"Kerja apa, wak?" aku pula mencelah.

"Jadi apa ya? Ohh, jadi lekturar di matrikulasi."

Fin.

Wednesday, May 12, 2010

Gadis dari Changlon 2

PANG!!!

Sahak melepaskan pinggan yang dipegang disebabkan gelabah dengan situasi gua. Sahak ni pelik sikit. Setiap kali dia gelabah Parkinson dia mesti datang serang.

Awek tu usha gua dengan pandangan yang tajam. Dan berair. Awek tu apa lagi, menangis la. Susah betul. Gua panik lagi.

Susah betul. Gua apa lagi terus la pikat awek tu.

"Err, jangan la menangis. Malu lah."

Nak pulak dia layan aku. Menangis lagi depan khalayak. Semua orang dah mula pandang. Sahak macam biasa. Buat-buat sembang tak kenal gua dengan bersembang dengan ketua kampung situ. Bodoh punya member.

"WAAAAAAAA!"

Makin kuat la pulak dia meraung. Ah sudah. Matilah aku.

"Lu pehal bai? Dengan budak kecik pun takkan lu struggle?" sinis Sahak.

Gua tahu la awek ni baru 5, 6 tahun umurnya. Tapi nak pula dia dengar cakap gua kan? Lagi kuat dia meraung ada lah.

"Ni pehal memekak tengah-tengah khalayak ni?"

Itu ayat first gua dengar dari mulut dia.

to be..

Monday, May 10, 2010

Gadis dari Changlon

(Cerita ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah meninggal dunia. Juga tiada kaitan dengan Gadis dari SP. Inspirasi dari sesuatu yang hidup. Terimalah.)

Dah lama gua tak turun Changlon. Kali terakhir gua turun Changlon semasa gua belajar di matrikulasi yang tersohor di sini. Kali ni gua turun juga, kerna katanya seorang pensyarah Kimia yang juga tersohor di kalangan aku dan rakan-rakan bakal melangsungkan walimatul urus di sini.

Di pekan kecil inilah segalanya bermula.

_______________________________

Dulu orang buat kenduri pakat orang kampung. Sekarang senang. Order saja katherine. Eh, typo. Katering. Nak buat macam mana. Orang sekarang semua nak cepat.

Jadi gua pergi kenduri hanya untuk makan saja. Gua pergi dengan Sahak, rakan sekelas. Bekas pemain ragbi sekolah. Sekarang jadi kerani di sebuah firma guaman. Menternak lemak dalam proses.

Sampai saja gua disambut meriah oleh bapa pengantin yang entah kenal ke tak gua. Tapi gua apa kisah. Gua dan Sahak dengan gigih terus ke meja makan. Gua ambil lauk yang gua mampu. Sahak pula ambil lauk yang gua tak akan mampu habiskan.

Dah jadi bukit pinggan Sahak.

Sempat pula gua nganjing Sahak semasa ke meja. Spontan. Gua terlanggar awek depan gua.

Baju merah ros sudah dibasahi kuah kari. Gua panik. Gua saspek angin senggugut gua akan serang gua lepas ni.

Semua mata pandang gua dan awek tu.

Awek tu usha gua. Tiba-tiba, PANG!

to be..

Sunday, May 9, 2010

Hari Ibu

Dalam memori,

25 Disember 1954 - 21 November 2001.

Allahyarhamah Rahmah bt Senafi.

Sumpah saya sayang mak saya.

Selamat Hari Ibu, mak.

Al-Fatihah.



p/s : baru sedar tak pernah sempat ada soft copy gambar mak. [ini] memori ekslusif dari adik.

Fin.