Monday, May 30, 2011

Makcik-makcik

Ini entri balas kawan aku, Nurul Wahida.

Baca sini.

Gua takdahal dengan golongan besar makcik-makcik kat kampung gua. Seriusly. Kalau duduk kampung, internet, Astro First tak kenal tu apa ada hal sangat kan?

Yang aku angin ni kat sesetengah makcik yang berperangai macam yang gua nak nyatakan ni.

1. Jenis tunggu kenduri. Aku tak ada hal jenis pakai lawa-lawa nak pergi kenduri bagai. Tapi jenis compare kenduri aku tak tahan. Yang ni sedap, yang ni tak meriah. Woi, orang dah ajak pergi kenduri tu tolong bersyukur la weh.

2. Jenis bercerita hal orang masa makan. Orang ni nak buat rumah, orang ni kena ragut, orang ni tak makan nasi. Woi, trivial matter pun nak cerita masa makan apa hal? Tolonglah. Lain la kalau ada orang mati ka, perlu ziarah, derma dan sebagainya. Ni orang basuh rumah petang tadi pun nak cerita? Arghhhhhhh!!!!

3. Jenis fikir diri sendiri betul. Ini sebenarnya semua orang pun ada. Tapi bila it come to makcik-makcik bergaduh sesama sendiri sebab benda ni memang bangang sangat. Bila orang tegur kata orang cakap pandai.

4. Aku tak anti sangat dengan makcik yang suka melawa. Walaupun aku ni jenis tak suka melawa. Tapi kalau nak ke pasar pun nak bergincu memang sangat WTF la.

Ok. Tu ja. Kalau nak jadi makcik, jadilah makcik-makcik yang berhemah. Sekian.

fin.

Saturday, May 21, 2011

True Kop



Kalau lu mengaku true Kop, peminat Liverpool sejati tapi lu tak kenal siapa itu the God, baik lu insaf dan berhenti menipu sekarang juga.

The God is the true Kop. Scoring more goals than King Kenny.

Ini dia the God.



The God is Robbie Fowler.

Macam mana? Sekarang dah kenal belum?

Gua bukan apa. Memang gua bukan fan Liverpool. Tapi apa yang gua minat pasal Liverpool adalah Kop. Kop adalah antara peminat bola sepak yang paling hardcore sekali di seluruh dunia.

Tapi budak sekarang mengaku Kop, tapi bila tanya pasal Liverpool apa saja yang dia nak bangga?

Istanbul. The greatest comeback in history.

Fakkkkkkkkkk!!!!!!!

No offence, Liverpool is a nice club tapi kalau baru kenal dunia, the God pun tak kenal tak payah nak emo sangat bila MU dah menang Liga kali ke 19, tak payah nak emo sangat bila MU dah lagi power dari Liverpool.

Cause frankly speaking, Liverpool is not just about Istanbul 2005.

This guy, the God is truly a Kop.

***

Fakta Fowler :

* Penampilan pertama dia adalah dalam Piala Liga menentang Fulham dan terus menjaringkan gol pertamanya. 2nd leg, dia skor 5 gol menjadikan dia satu-satunya pemain Liverpool yang berjaya menjaringkan 5 gol dalam 2 game debut profesional beliau.

* Menjaringkan hattrik yang paling pantas dalam EPL (4m 33s) menentang Arsenal.

* Membangkang keputusan pengadil sebab memberi penalti padanya ketika menentang Arsenal. Dia ambil penalti tu tapi secara perlahan. Bagi can.

* Sebahagian dari pasukan yang memenangi unique treble tahun 2001.

* Sebahagian pemain yang bermain dua kali untuk Liverpool. Salah seorang dari golongan itu adalah penjaring terbanyak Liverpool, Ian Rush.

* Semasa bermain kali kedua bersama Kop, Benitez mengatakan Fowler tidaklah sebegitu fit. Namun beliau menjaringkan gol lebih kerap dari striker Liverpool yang lain pada masa itu. (Belum ada Torres masa tu.)

True Kop :

* Semasa bermain untuk Manchester City, dia telah menjaringkan gol ketiga dalam kemenangan 3-1 ke atas MU. Cara celebrationnya? Berlari ke arah fan MU dan mengangkat angka 5 kepada mereka menandakan 5 Piala Eropah yang dimenangi Liverpool.

* Ada di Istanbul semasa so called the greatest comeback in history.

* Semasa menandatangani kontrak untuk bermain kali kedua, Fowler menyatakan 'dreams do come true'. The Kop menyambut kepulangan Fowler dengan banner 'the God, number eleven welcome back to heaven'.

* Semasa debut Fowler ketika kontrak kali kedua menentang Birmingham Citu, Kop menyambut dengan standing ovation. Begitu juga pada penampilan terakhir Fowler yang mana beliau diberikan kapten armband. Kop menyorak namanya walaupun setelah habis game.

***

Aku bukan peminat Liverpool. Tapi aku minat Fowler as a man. He never give up. He broke his ankle twice and he stand up and continue scoring goals. Walaupun sudah keluar dari Liverpool, dia still has respect for the club. Sebab itu Kops pun ada respek dekat dia.

Fowler is an ordinary man. But forever is, he will remain God to the Kops.

***

So fuck off Kop posers! Kalau setakat nak gebang pasal Istanbul, the greatest comeback in football history tak payah nak sembang kalau tak kenal brader ni. Liverpool has their own tradition and they certainly don't need a poser like you!

fin.

Monday, May 9, 2011

Selamat Hari Ibu

Klik sini.

Aku tak faham mentaliti kita sekarang. Asal ada ja ura-ura macam ni menggelabah. Selama ni aku tengok orang sambut tak ada pun orang komplen. Sekarang, sejak zaman sharing note FB ni, orang mula menggelabah atas sekecil-kecil hal.

Bagi aku apa ada hal sambut Hari Ibu? Kita mahu meraikan ibu, bukan Dewa Greece. Apa masalahnya? Ada diskaun di merata-rata tempat, hotel dan sebagainya sempena hari itu. Jadi anda bawa ibu anda ke sana. Anda bagi hadiah. Aku kira memang itu menyambut Hari Ibu. Tapi apa kaitannya dengan Dewa Greece?

Samalah kalau kau sambut Hari Raya Aidilfitri tapi berlebih-lebihan. Beli set sofa dan home teater baru. Membazir itu ini dengan niat untuk menunjuk-nunjuk. Menyambut Hari Raya diharuskan tetapi kalau dah buat peel macam ni, tak jadi haram?

Orang sekarang memang pandai berfikir. Tapi atas dasar pemikiran yang terlalu pandai itu lah menjurus kepada benda seperti ini. Pemikiran yang macam ini yang mejadikan kita tak maju. Sumpah laknat tak pula dipertikai, mendedahkan aib orang dan mempermainkan tempat suci untuk kepentingan sendiri. Wallahualam.

Sedarlah. Ya. Aku sambut Hari Ibu. Aku mesej kawan-kawan aku mengucapkan Selamat Hari Ibu. Aku tahu, mereka dan ibu mereka nak dihargai. Dan aku juga tahu, aku dan kawan-kawan aku tu bukan memuja mana-mana Tuhan Greece.

Okay, baca ini pula. Dah besar panjang masing-masing fikirlah sendiri. Jangan pandai-pandai jatuhkan hukum atas apa yang anda baca dalam FB.

fin.

MU 2 vs 1 Chelsea

Fakta menarik yang kita kena sedar.

1. MU kena sedar seberjaya mana anda menang liga kali ke-19, suatu hari nanti Liverpool juga akan menang liga buat kali ke-19. Walaupun pada masa tu mungkin MU dah menang liga 30 kali.

2. Budak-budak muda kat kampung gua ramai minat MU. Entah kenal ke tak dengan Jaap Stam, Dwight Yorke dan Andy Cole.

3. Kita kena ambil iktibar perihal Chelsea. Tak boleh berjaya dalam liga, kita cuba di layar perak. Dengar cerita Fast5 sekarang ni boleh tahan juga ya.

Vin Diesel.


Vin Diesel juga.

fin.

Saturday, May 7, 2011

Ayah Gua

1. Ayah gua ni garang. Pucuk pokok apa saja yang tak merasa belakang badan gua. Di sebalik garang-garang sempat juga ayah gua tanam pokok.

2. Ayah gua suka makan rebung. Orang meratah daging. Dia meratah rebung. Memang RARE.

3. Ayah gua dulu ada senapang. Tapi kongsi dua orang. Rotan buat bersih senapang tak selalu bersih senapang. Selalu buat balun gua.

4. Ayah gua pandai kraftangan. Dia buat senapang kayu kat gua yang menjadi bahan cemburu penduduk kampung lain.

5. Ayah gua power. Tahu tak dia sekarang sedang buat banglo seorang diri. Dah siap rupa rumah tinggal nak pasang longkang dengan kulit rumah ja. Ayah gua buat sorang.

p/s : ayah gua ni memang bukan calang-calang orang gua rasa.

fin.

Wednesday, May 4, 2011

6Pack

Gua ingat menjelang hujung tahun ni gua dah nak ada six pack sebelah paling kurang.

Cita-cita ni gua simpan untuk membuktikan sesetengah pihak makan nasi lemak bukan mengundang obesiti sebenarnya!

Gua yakin gua boleh lakukan!

Sementara itu.....

*
*
*
*


Ni kes makan nasi lemak tak beringat la ni.

fin.

Monday, May 2, 2011

Osama is Dead

Semalam Osama dah mati. Hari ini US Dollar naik mendadak.

Gua malas komen, serius tak efek hidup gua.

****

Sementara itu di Malaysia, kalut pasal sumpah laknat Eskay.

Bangang!

Sebab politik sanggup malukan diri dalam masjid. Sebab politik satu Malaysia dah kenal lu. Orang dulu bersumpah sebab nak buktikan sesuatu.

Bukan sebab nak menang pilihanraya.

Bangang!

fin.